Hati ibu mana yang tidak gundah bila anak yang dikandung, dibesarkan penuh kasih sayang, akhirnya terpalit ujian besar? Lima tahun bukan tempoh yang sekejap untuk seorang ibu menanggung resah, doa dan harapan.
Itulah yang dilalui oleh Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz, ibu kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
SHARIFAH Mahani Syed Abdul Aziz, ibu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengucup dahi anaknya : UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Hari ini, Mahkamah Rayuan di Putrajaya akhirnya melepaskan dan membebaskan Syed Saddiq daripada empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah jenayah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
“Sebagai seorang ibu, lima tahun itu bukan sekejap. Penuh cabaran, penuh dugaan. Tapi di hati Saddiq, apa yang dia lakukan kerana Allah SWT dan untuk rakyat,” luah Datin Sharifah Mahani dalam nada yang penuh kelegaan.
“Pernah Terdetik Di Hati… Janganlah Masuk Politik”
Dalam detik-detik penuh emosi itu, ibu ini juga berkongsi betapa dia pernah berasa berat hati bila anak kesayangan memilih untuk berkecimpung dalam dunia politik.
Ads
“Kadang-kadang, sebagai seorang ibu, hati berdetak nak kata janganlah masuk politik. Susah sangat, ramai yang tak beri kerjasama,” katanya dengan penuh jujur.
Siapa sangka, di sebalik senyuman dan semangat juang Saddiq di mata rakyat, ada seorang ibu di belakang tabir yang menahan perasaan, menyimpan keresahan, namun akhirnya akur dan reda atas pilihan anaknya demi negara tercinta.
Doa Seorang Ibu Itu Tiada Hijab
Sebagai ibu, tiada apa yang lebih utama selain keselamatan dan kebaikan untuk anak-anak. Meski diuji dengan fitnah, dugaan, dan kata-kata yang menyakitkan, doa seorang ibu tetap mengiringi.
Ads
Syed Saddiq ditemani oleh ibu bapanya di Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini.
“Bagi mereka yang menganiaya anak saya, saya hanya mendoakan supaya Allah memberi hidayah kepada mereka. Hidup ini sementara, bukan selama-lamanya. Jangan aniaya orang lain,” pesan beliau penuh makna.
Malah, dalam keikhlasan hatinya, Datin Sharifah Mahani juga memilih untuk memaafkan mereka yang menzalimi keluarganya.
“Saya maafkan mereka atas penganiayaan ke atas anak dan keluarga. Kita semua manusia biasa…”
Amanah Untuk Terus Berjuang
Walau perit, walau berat, ibu ini tidak pernah patah semangat untuk memberi sokongan kepada perjuangan anaknya.
Ads
“Syukur alhamdulillah Saddiq dikelilingi orang yang menyayanginya. Semangat dia kuat untuk rakyat, kuat untuk Malaysia. Tak kira bangsa dan agama. Sebagai ibu, saya diamanahkan untuk memastikan perjuangan dia berjaya kerana Allah,” katanya penuh keyakinan.
Luahan ini bukan kata-kata biasa. Ia adalah jeritan hati seorang remaja berusia 13 tahun, Allahyarham Zara Qairina (bukan nama sebenar), yang kini menjadi tumpuan inkues selepas kematiannya mengejutkan ramai pihak.
Dalam prosiding yang sedang berjalan, dua pelajar tampil memberi keterangan bahawa mereka pernah mendengar arwah mengemukakan soalan-soalan hipotesis yang memilukan hati, termasuk: “Kalau saya terjun dari sini, masih ada orang sayang saya? Apakah rasanya?”
Menurut laporan Harian Metro, peguam Azhier Farhan Arisin yang mewakili salah seorang kanak-kanak terlibat memaklumkan arwah pernah meluahkan lebih daripada 10 kenyataan seumpama itu. Walaupun Mahkamah Koroner belum mengesahkan catatan diari yang dikatakan milik Zara, seorang saksi mendakwa tulisan di dalamnya adalah tulisan arwah.
Diari itu dikatakan memuatkan luahan yang menyayat hati: “Ya Allah, kenapa aku dibenci?” dan “Kenapa aku tidak disukai?” — isyarat jelas bahawa anak ini berasa terasing, sunyi dan memerlukan bantuan.
Seorang saksi turut memberitahu bahawa dua hari sebelum kejadian, Zara pernah dimarahi ibunya. Malah, ketika dihantar semula ke sekolah, salam yang diberi kelihatan seolah-olah tidak ikhlas, menggambarkan ketegangan emosi yang mungkin dialaminya ketika itu.
Namun begitu, peguam menegaskan masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan mengenai punca kematian Zara kerana ramai lagi saksi dijangka tampil memberi keterangan.
Ibu Ayah, Dengarlah Jeritan Sunyi Anak Kita
Kisah ini menjadi peringatan besar buat ibu ayah. Anak-anak mungkin nampak ceria di luar, tetapi jauh di sudut hati mereka berperang dengan luka yang tidak terlihat. Bila mereka mula bertanya tentang mati, menulis ayat sedih atau menyendiri, itu tanda minta tolong.
Sebagai ibu bapa, jangan cepat memarahi atau menghakimi. Duduklah bersama anak, dengar luahan mereka dengan hati terbuka. Pelukan, kata-kata lembut dan sokongan kecil mampu membuat anak rasa mereka masih disayangi.
5 Tanda Awal Anak Mungkin Alami Tekanan Emosi
Kerap menyendiri dan enggan bergaul seperti biasa.
Ucapan negatif tentang diri sendiri seperti “saya tak disayangi” atau “saya menyusahkan orang”.
Mood berubah mendadak, mudah marah atau menangis tanpa sebab.
Gangguan tidur atau selera makan, sama ada berlebihan atau terlalu sedikit.
Minat menurun, tidak lagi teruja dengan aktiviti yang sebelum ini digemari.
Jika ibu ayah perasan tanda-tanda ini, dapatkan segera bantuan daripada guru, kaunselor atau pakar psikologi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seorang ibu di aplikasi Threads meluahkan rasa kurang senang apabila menerima beg goodies daripada taska anaknya.
Jujurnya kata ibu ini, dia meluahkan rasa bimbang tentang pengambilan makanan yang tidak sihat, lebih-lebih lagi pada usia anak di bawah tiga tahun.
“Sebagai ibu yang hantar anak ke taska, saya takkan sesekali bagi beg goodies makanan atau sebarang bentuk makanan dekat anak-anak taska.
“Besar tanggungjawab bila kita bagi anak orang lain makan. Especially below 3 years old. Macam mana kalau dia alergik, tercekik jajan atau keracunan makanan?
“Anak saya yang bawah 2 tahun pernah dapat sumi berkulat, kertas mewarna yang ada lidi tajam + glitter, popping candy, ini memang saya terkejut. Kenapa bagi goodies popping candy untuk anak bawah 2 tahun?” ujarnya.
Tambahnya lagi, dia memahami situasi ibubapa yang ingin membuatkan anak-anak merasa gembira namun menuntut sesetengah ibubapa peka kepada anak-anak yang lain.
Gambar hiasan.
Pun begitu katanya, dia merasa amat lega apabila taska mengambil langkah proaktif dengan menampal notis larangan menyambut hari jadi dan pemberian goodies bag berunsurkan makanan. Itu yang sepatutnya dilakukan oleh pihak tadika tanpa keprihatinan anak-anak yang masih kecil.
Tambahnya lagi, jika benar mahu memberi goodies, mungkin pilihan yang lebih sesuai adalah dalam bentuk mainan atau buku yang mesra usia, contohnya, sticker books, alat tulis atau puzzle kecil yang selamat.
Reaksi warganet turut membanjiri ruangan komen dengan pelbagai pandangan yang senada. Ramai yang bersetuju bahawa pemberian goodies di taska perlu lebih berhati-hati dan tidak dibuat sekadar untuk ‘cukup syarat.’
“Setuju. Dah tu beli yang murah-murah, kita pun dapat rasa low quality, tak sedap! Kalau nak sedekah, kan lebih elok pilih barang yang berkualiti,” komen pengguna Threads.
Bayi lelaki yang tular kerana dilahirkan di tepi jalan raya berhampiran persimpangan lampu isyarat Taman Bukit Dahlia pada Ahad lalu, dilaporkan dalam keadaan baik dan stabil.
Perkara itu dikongsikan sendiri ibunya yang berasal dari Sabah. Pasangan ini difahamkan sudah hampir setahun menetap di Johor Bahru.
Gambar ketika kejadian.
Dalam perkongsiannya, si ibu yang enggan dikenali itu berkata bayinya kini masih dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) dan menerima rawatan antibiotik bagi mengelak jangkitan kuman.
“Bayi seberat 2.63 kilogram itu masih di HSI. Saya dan suami belum memberi nama kepadanya,” katanya ketika dihubungi.
Ibu yang kini masih belum stabil emosinya itu juga wanita itu keberatan ditemubual lanjut kerana belum stabil dari segi emosi.
Ahad lalu, wanita berkenaan dilaporkan sakit untuk bersalin ketika menunggang motosikal bersama suaminya, lalu dibantu oleh pengguna jalan raya di tepi jalan.
Kisah ini mendapat perhatian ramai di media sosial selepas video kejadian dikongsi pengguna jalan raya, yang memuji keberanian insan-insan yang tampil menyambut kelahiran bayi berkenaan di tepi jalan.
Paling menarik, dikhabarkan seramai tujuh orang individu berbilang bangsa yang membantu wanita itu tidak memiliki latar belakang perubatan namun tetap berani melalui pengalaman manis itu. Satu pujian harus diberikan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hanya tinggal tiga bulan lagi sebelum menyambut kelahiran anak ketiga, namun takdir Tuhan mendahului segalanya.
Seorang suami, tempat isteri berpaut dan pelindung dua anak kecil,...