Rumahtangga akan bertahan lama apabila suami isteri turunkan ego dan bertindak seolah-olah tak pernah jadi apa-apa yang negatif antara kedua-duanya.
Bertengkar, bermasam muka, merajuk. Semua itu adalah asam garam kehidupan.
Kalau dua-dua pun berkeras. Suami jenis tak endah.
Isteri pula terlebih memendam. Maka masalah pun takkan selesai. Dalam kehidupan perkahwinan ini perlu ada komunikasi dan perbincangan. Semua ini untuk kurangkan ketidakharmonian dan ketegangan.
Terimalah hakikat bahawa hidup berumahtangga tidak selamanya aman damai. Pasti ada pasang surutnya.
Hadapilah dengan berhemah dan bersabar. Mengalah tak semestinya kita bersalah, ia juga tak bermaksud kita jadi lemah.
Namun mengalah itu yang jadi resipi untuk menamatkan sebuah pertelingkahan besar.
Yang penting, suami kembali memeluk isteri dan mengucapkan “maafkan abang.”
Dan isteri pula memeluk suami dan kata “saya pun minta maaf ya bang.”
Kan indah apabila ego suami isteri berjaya diturunkan. Moga semakin harmoni ya rumahtangga kalian di luar sana.
Kuncinya, rendahkan ego.
Kredit: Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik
Jom belajar rahsia ajar anak simpan sampai jadi jutawan di SINI
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!