Ditentukan Allah untuk mengikat tali cinta di sewaktu muda, usahawan berjaya, Datuk Alif Syukri bagaimanapun tidak mahu anak-anaknya mengikut jejaknya dan isteri yang mendirikan rumah tangga pada usia muda.
Bagi dirinya, masa muda sepatutnya diisi dengan ilmu terlebih dahulu sebelum memikul tanggungjawab yang besar.
Menerusi perkongsian videonya, bapa kepada enam anak ini turut mahukan anaknya berjaya terlebih dahulu sebelum melangkah ke jinjang pelamin.
“Saya ni bukan Tuhan nak menghalang jodoh, ajal ketentuan kan di tangan Tuhan tapi sebolehnya saya tak nak kalau anak saya kahwin muda, sebab saya pernah merasa bagaimana kahwin muda.
“Kalau boleh saya nak dia explore dulu, nak ada pelajaran dulu, of courselah saya nak anak saya ada pendidikan yang baik.
“Saya nak dia lengkapkan diploma, ijazah dan sebagainya dahulu sebolehnya tapi kalau jodoh datang awal saya terpaksa reda,” luahnya berkongsi.
Menurut Datuk Alif lagi, dia yang dilahirkan dalam keluarga yang ramai juga turut mahukan anak ramai namun bersyukur dianugerahkan dengan enam rezeki cahaya mata.
Malah bapa penyayang ini turut menitipkan ucapan kepada ibu bapa agar sentiasa menghargai dan menjadikan anak sebagai sahabat yang baik.
“Saya ni sebenarnya ada adik beradik yang ramai. Bila ada adik beradik ramai ni saya happy. Kalau boleh saya nak ada 12 orang anak tapi alhamdulillah saya ada enam anak. Bagi saya tu dah cukup ramai, alhamdulillah.
“Bagi saya setiap anak ini ada rezekinya. Setiap anak lain ragamnya, lain auranya dan setiap anak ada rezeki masing-masing. Jadi sebab itulah saya suka ramai anak.
“Kepada mak ayah semua yang ada anak ramai, saya doakan anda menjadi seorang mak bapak yang baik, menghargai anak dan jadikan anak sebagai sahabat. Inshallah kehidupan kita lebih bahagia.
“Hargai keluarga selagi mereka ada, kalau tak ada nanti kita rindu,” ujarnya lagi berkongsi.
Terdahulu, Datuk Sri Alif Syukri yang mendirikan rumah tangga bersama Datin Sri Shahida dikurniakan dengan enam orang cahaya mata.
Menarik: “Ikut Muka Mommy, Sebiji Sama”, CP Juliana Evans Kongsi Wajah Anak Kedua, Comelnya!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!