Dia sendiri seorang bapa, sudah tentu mudah tersentuh melihat penderitaan bayi kecil ini, Ainul Mardhiah yang menderita ketumbuhan kanser.
Anak kecil berusia 8 bulan ini diduga dengan barah dan kini terpaksa menahan ketumbuhan pada bahagian lidah yang membesar.
Kisah bayi bernama Ainul Mardhiah menjadi tular mendapat perhatian daripada jutawan kosmetik Datuk Sri Aliff Syukri. Dalam status terkini, bapa kepada lima anak ini menyuarakan hasrat untuk bertemu dengan si kecil ini sendiri.
Apa nama adik ini, siapa kenal adik ni…
Kalau boleh nak jumpa sendiri, nak bantu apa yang perlu
Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas rumah yang didiaminya di Taman Pantai Bersih di sini terbakar dalam kejadian pada pagi Ahad.
Mangsa berusia dua tahun itu ditemukan tidak bernyawa dalam salah satu bilik di sebuah rumah flat di tingkat dua di taman berkenaan.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth, Pegawai Bomba Kanan (PBK) 1 Mohd Nasir Idris berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.29 pagi berhubung kebakaran di sebuah rumah flat.
Menurutnya, kebakaran melibatkan sebuah rumah flat di tingkat dua (bangunan empat tingkat) dengan anggaran keluasan 30×30 kaki persegi (kps) dan anggaran peratusan kemusnahan keseluruhan 20 peratus.
“Kebakaran berlaku di sebuah bilik berkeluasan 10×10 kps dan kebakaran telah dipadamkan sebelum pihak bomba tiba di lokasi.
“Bagaimanapun, seorang kanak kanak berusia dua tahun ditemui di dalam bilik tersebut namun didapati telah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Tambahnya, punca kejadian dan jumlah kerugian sedang dalam siasatan.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Superintenden Siti Nor Salawati Saad mengesahkan kejadian tersebut.
“Benar kejadian melibatkan kanak-kanak lelaki berusia dua tahun. Ketika kejadian, mangsa sedang tidur di dalam bilik berkenaan.
“Ibunya telah keluar bekerja pada jam 7.30 pagi, neneknya sedang mandi manakala ahli keluarga lain sedang tidur. Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan,”
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI
Rezeki Allah siapa nak duga! Tapi itulah yang berlaku pada sebuah keluarga di Melaka apabila menerima kehadiran seorang bayi perempun yang dianggap oleh mereka ‘bayi ajaib’ kerana tersorok disebalik dua ketumbuhan dalam perut ibunya.
Melalui laporan Harian Metro, kehadiran bayi yang dilahirkan pada 19 Jun lalu dengan selamat langsung tidak disangka kerana ibunya tidak pernah menyedari kehamilan tersebut sehinggalah tiba hari untuk membuat pembedahan membuang dua ketumbuhan dalam perut.
Tak sangka mengandung lagi!
Bercerita mengenai kehadiran bayi perempuan yang dinamakan Nur Iman Amani Widodo ini, ibu bayi tersebut Sanisah Abu Bakar, 45, anggap ini semua rahsia Allah dan rezeki untuknya sekeluarga selepas mempunyai lima orang anak sebelum ini.
“Segalanya bermula apabila ahli keluarga ingatkan saya menghidap ketumbuhan dalam perut yang menyebabkan perut sering berasa sakit.
“Namun tak sangka, dalam masa sama mengandungkan seorang anak yang cukup sifatnya,” kongsi Sanisah.
Scan tak nampak bayi, hanya dua ketumbuhan
Suami Sanisah, Widodo Sinasim, 47, berkata, dia tidak menyangka isterinya hamil sehinggalah Sanisah mengadu mengalami kesakitan yang tidak tertanggung minggu lalu.
“Doktor di Hospital Melaka memang ada melakukan ujian imbasan, tetapi tidak dapat mengesan ada bayi dalam perut isteri saya sebelum ini. Apa yang dikesan hanyalah dua ketumbuhan.
“Doktor melakukan pembedahan dan berjaya mengeluarkan ketumbuhan seberat 500 dan 800 gram.
Bagaimanapun dalam masa sama ketika proses membuang ketumbuhan itulah, doktor terkejut apabila mendapati ada bayi dalam perut isteri lalu menyelamatkan anak itu daripada perkara tidak diingini,” katanya ketika menerima kunjungan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin di kediamannya di Kampung Kuala Linggi.
Widodo bagaimanapun berkata, beliau, isteri dan lima anak mereka berusia enam hingga 19 tahun menyambut kehadiran bayi itu dengan penuh kesyukuran dan menganggapnya sebagai keajaiban kerana tiada siapa menjangkakan kehadirannya.
Baru pertama kali sambut raya, Siti Aafiyah puteri sulung kesayangan Datuk Seri Siti Nurhaliza terus dapat beraya dengan Perdana Menteri Malaysia Tun M.
Dalam keterujaan pertama kali menyambut Aidil Fitri bersama anak tersayang, Siti memuat naik gambar dia dan Aafiyah berpeluang menziarahi pemimpin yang sangat dikagumi tak lain tak bukan Tun Dr Mahathir di kediaman Perdana Menteri Malaysia ke-7 tersebut.
Bertuahnya anak ibu dapat beraya bersama Ayahnda Tun M & Bonda Tun Siti harini @chedetofficial
Nampaknya selain daripada bahagia kerana dapat menyambut hari raya dengan gelaran ibu, Siti juga bertuah kerana berpeluang berkunjung ke rumah pemimpin yang sangat disanjungi.
Memang bertuah dua beranak ini!
Selain daripada suaminya Datuk K, kunjungan raya tersebut turut disertai oleh dua anak tirinya dan menantu Siti pelakon jelita Izara Aisyah.
Tuah yang diperolehi oleh Comel Pipi Merah ini bukan semua orang berpeluang merasainya. Dalam usia tiga bulan, Aafiyah beruntung kerana dapat berkunjung menziarahi rumah pemimpin negara yang paling dikagumi rakyat Malaysia.
Rata-rata netizen menyatakan betapa bertuah dan beruntungnya Aafiyah kerana dapat jumpa Tun M.
Sumber: Instagram ctdk
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.