“Saya Nak Jumpa Adik Ni…,”Tersentuh Lihat Bayi Derita Kanser, Aliff Syukri Nak Bantu Ainul

Share

Dia sendiri seorang bapa, sudah tentu mudah tersentuh melihat penderitaan bayi kecil ini, Ainul Mardhiah yang menderita ketumbuhan kanser.

Anak kecil berusia 8 bulan ini diduga dengan barah dan kini terpaksa menahan ketumbuhan pada bahagian lidah yang membesar.

Kisah bayi bernama Ainul Mardhiah menjadi tular mendapat perhatian daripada jutawan kosmetik Datuk Sri Aliff Syukri. Dalam status terkini, bapa kepada lima anak ini menyuarakan hasrat untuk bertemu dengan si kecil ini sendiri.

Apa nama adik ini, siapa kenal adik ni…

Kalau boleh nak jumpa sendiri, nak bantu apa yang perlu

Kebanyakan follower memberikan semangat kepada Datuk Sri Aliff untuk membantu dan mendoakan kemurahan rezeki.

Semoga Allah beri kesembuhan

Allah kurniakan rezeki berlipat ganda

“Terima kasih Dato sudi membantu”

Moga ada sinar baru

Sumber: aliffsyukriterlajaklaris

Artikel berkaitan: Disahkan Ada Ketumbuhan Dalam Mulut, Bapa Harapkan Doa Orang Ramai Untuk Ainul Mardhiah

Published by
Azma ML