Menjelang bulan Ramadan pelbagai kisah dan pengalaman yang dikongsi oleh ibu hamil dan menyusu. Ada yang tidak dapat bertahan dan ada yang dapat bertahan untuk menunaikan ibadah puasa.
Bagi yang mampu bertahan ia merupakan satu anugerah yang besar kerana dapat menjalankan ibadah berpuasa di bulan yang mulia ini. Bagi yang tidak dapat meneruskan puasa, ketahuilah bahawa keselamatan anda dan bayi lebih utama dan segalanya.
Ramai pakar kesihatan tampil berkongsi tentang golongan-golongan yang tidak digalakkan berpuasa kerana dikhuatiri akan menjejaskan kesihatan ibu dan kandungan. Bagi yang kurang yakin, anda digalakkan supaya berjumpa dengan pakar kesihatan untuk mengetahui tahap kesihatan anda dan dapatkan nasihat kesihatan.
Berlegar.
1. Ibu hamil tak perlu puasa nanti mudarat kepada anak.
2. Ibu menyusu tak perlu puasa nanti kesian anak tak dapat susu yang cukup.
3. Ibu hamil dan menyusu kena puasa juga sebab puasa ni wajib, menyusu boleh campur dengan makanan lain (ada pilihan terutama anak dah mula makan).
4. Ibu hamil dan menyusu tak payah puasa sebab rukhsah (keringanan).
5. Ibu hamil dan menyusu perlu puasa, kalau tak mampu baru lah berbuka puasa.
Banyak pemahaman
Ibu hamil dan menyusu, pergilah jumpa doktor untuk bertanya keadaan kesihatan diri dan janin (atau anak), kalau tiada masalah kesihatan tiada keperluan untuk ambil rukhsah, bahagianya boleh berpuasa.
Ibu hamil dan menyusu, ada masalah kesihatan yang disahkan oleh doktor maka berusahalah menjaga kesihatan dan dalam masa yang sama berazamlah berpuasa setakat kemampuan diri. Kalau mampu sampai jam 10 pagi, maka berbukalah selepas tidak mampu.
Tak perlu tanya soalan dengan orang yang tak tahu kondisi kesihatan ibu dan janin, semua kandungan berbeza. Seorang ibu yang beranak 10 pun ada 10 pengalaman mengandung yang tidak sama.
“Saya okay je puasa masa mengandung, siap menyusu anak.”
“Saya boleh puasa semua kandungan dan tiap tahun menyusu anak.”
Dia macam kalau kamu musafir, ada yang naik kereta dari Perlis pergi Johor Bahru rilek sahaja. Ada yang naik kapal terbang. Ada yang naik bas. Semua kondisi tak sama.
Jadi, rujuklah dengan doktor untuk pastikan kesihatan dan dalam masa yang sama kena faham rukhsah bukan bermaksud tak payah tetapi keringanan, nanti dah habis Ramadan ganti semula puasa tu.
Macam rukhsah jamak taqdim dan jamak taakhir. Keringanan untuk solat bukan tak payah solat.
Uish. Punya tak best puasa selain Ramadan, tak ada kawan nak sahur wooooo.
Dah dah, kalau sakit jumpa doktor. Doktor pun ramai dah belajar fiqh perubatan tau.
Sumber: Insyirah Soleha