Pengalaman bersalin bagi seorang wanita ini ibarat antara hidup dan mati. Sama ada ibu itu melahirkan anak secara normal atau czer dua-dua cara ini ada kisah kesakitannya. Sebab itu, ibu yang bertarung nyawa di labour room atau bilik pembedahan, apabila dah masuk belum tentu keluar dengan selamat.
Jadi tak sepatutnya sesetengah individu membuat perbandingan yang bersalin czer sakitnya tak macam sakit bersalin normal. Bagi yang tak mengalami situasi ini memang mudah bercakap, tapi yang pernah kena czer akan tahu kesannya walaupun anak dah besar.
Seperti perkongsian Dr Sandra di akaun TikToknya, beliau sangat marah bila orang selalu membandingkan kelahiran normal dan czer. Lagi-lagi bila ada yang beritahu ibu bersalin czer ni malas untuk ‘meneran’.
Kalau nak diikutkan ibu yang bersalin normal biasanya dalam tempoh satu bulan dah mula beransur-ansur baik secara natural tetapi yang czer ni mereka rasa dalam tempoh yang berpanjangan.
@drsandramdReply to @mira.art05 C-SECTION is NOT A JOKE! It is a major surgery! XOXO 🧡💋 to all mommies ##drsandramd ##csection ##women
“Jangan kata malas nak teran”
Beliau menjawab soalan salah seorang individu yang bertanya mengenai tanggapan orang lain yang dikatakan selalu merendahkan wanita beranak secara czer.
Menurut Dr Sandra, tak kisahlah ibu lahir normal, czer, forsep atau vakum semua wanita berkorban dan bertarung nyawa. Semua ni satu pengorbanan besar yang tiada siapa akan lalui kecuali yang bergelar ibu.
“Saya cukup pantang bila orang cakap ibu czer ni malas nak teran. Ingat ya bahawa pembedahan czer merupakan pembedahan major bagi wanita dan boleh menyebabkan kematian.
“Walaupun sebelum itu si ibu takut jarum pun dia akan setuju nak dicucukkan jarum besar di tangan demi fikirkan anak dalam kandungan. Sekalipun dibius, ibu tetap akan rasa sebab bius separuh. Boleh rasa apa doktor atau jururawat buat.. Tarik atau tolak baby tu sampailah selamat keluar,” katanya.
Kongsi Dr Sandra lagi, parut pembedahan ini juga akan kekal sampai bila-bila, belum tambah lagi perut jadi menggeleber serta sakit pada bahagian perut dan pinggang. Walaupun anak dah besar kesan ni tetap akan dirasai.
“Tolonglah faham, ibu yang perlu czer ini bukan suka-suka. Ada alasannya kenapa tak boleh normal. Takkanlah nak bersalin normal juga jika dari awal dah tahu risiko lain akan berlaku.
“Jadi para suami tolonglah sayang isteri, jangan bandingkan dengan mak atau nenek yang tidak ambil epidural atau boleh je lahir secara normal. Jangan kata malas nak teran,” ujarnya.
Kredit: Dr Sandra Raman MD
Nak tahu lanjut mengenai e-WORKSHOP ini, layari http://www.wasap.my/60139974978/EworkShopPAMATINISPA
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI