Isteri kepada penyanyi terkenal Syamel, Ernie Zakri mengakui setiap wanita yang mengalami proses bersalin pasti akan melalui proses perubahan badan.
Ernie yang juga penyanyi bersuara lantang ini berkongsi pengalaman ketika menjalani proses kelahiran anak sulungnya Februari lalu.
Ernie menjawab soalan seorang individu yang berkongsi rasa sedih dan kecewa kerana fizikaalnya berubah selepas menjalani pembedahan sewaktu bersalin menerusi sesi soal jawab di aplikasi NGL.
“Saya rasa down lepas pembedahan anak ke-2, perut saya jadi buncit.
“Berat badan dah ok tapi perut masih ke depan, sampai ada yang ingat saya mengandung lagi.
“Padahal baru je bersalin tahun lepas,” luah rasa sedih seorang peminat.
Ads
Menurut pemilik nama Nur Ernie Shahirah Zakri, dia menasihati individu berkenaan untuk kuatkan semangatnya dan secara perlahan memulihkan keadaannya.
“Perlahan-lahan ok, itu normal. Saya sendiri pun down dan masih ada lagi perut comel tu.
“Kalau saya nak rasa ok, saya akan pakai pakaian yang bersesuaian dan cover beberapa tempat yang perlu dilihat oleh orang. Jadi lepas itu, pemikiran kita akan semakin baik.
Ads
“Kalau awak ada lebih masa, boleh buat senaman secara perlahan-lahan. Fokus pada bahagian bawah ABS sahaja.
“InsyaAllah dah nama pun jahit di situ kan, memang akan mengambil masa,” jawab Ernie.
Ernie sah bergelar isteri kepada penyanyi Syamel pada Mac tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Nur Khawla Soleha.
Mungkin rasa susu badan sangat istimewa sehinggakan si manja tidak mahu melepaskan puting ibunya. Ada masanya anak sudah tidur ketika disusukan, tetapi terjaga semula apabila ibu menarik keluar puting payudara dari mulutnya. Dek kerana anak suka mengempeng, sukar untuk ibu melakukan kerja-kerja lain. Sudahnya, ibu pun terlelap sama. Jika anda mahu berhenti menyusukan bayi, cubalah cara ini.
Apabila dilepaskan puting payu dara daripada mulutnya, dia akan menangis biar pun sudah yakin dia sudah pun lena. Apa yang patut dilakukan agar ia tidak menjadi tabiat buruk kerana keadaan ini menyukarkan ibu untuk bergerak setiap kali sesi penyusuan berlangsung.
4 SEBAB KENAPA BAYI MENGEMPENG
Bayi suka mengempeng mengikut usianya. Kadang kala ia adalah biasa bagi bayi yang berusia beberapa bulan memerlukan keselesaan daripada ibunya dan payudara. Berikut adalah antara sebab terjadinya hal ini:
a)Selama sembilan bulan dia menjadi sebahagian daripada anda dan kini baru beberapa minggu atau bulan menyesuaikan diri dengan keadaan di sekelilingnya.
b)Dia memerlukan momen penyusuan intim bagi mengenang perasaan selesa yang pernah dilaluinya bersama anda.
c)Sesetengah bayi memerlukan lebih keselesaan sewaktu menyusu berbanding yang lainnya. d)Ini kerana mungkin perasaannya lebih sensitif. Tiada salahnya jika bayi hanya boleh tidur lena jika menyusu terlebih dahulu.
e)Kajian menunjukkan anak yang mendapat keselesaan apabila dia menangis, cenderung
untuk menjadi insan yang lebih berkeyakinan diri dan berdikari. Asasnya, jika anda memberi keselesaan kepadanya sekarang, dia akan kurang memerlukannya di masa akan datang.
Adalah tidak biasa jika bayi terus mahu menyusu ketika sedang tidur. Untuk itu, ada beberapa perkara yang boleh anda cuba lakukan bagi mengatasi hal ini. Bergantung kepada berapa usia anak, anda mungkin boleh biarkan dia terus menyusu sambil tidur tetapi pastikan dia diletakkan di dalam sling (penggendong). Jadi, anda boleh bangun dan lakukan pekerjaan lain ketika dia tidur.
PERHATIKAN CORAK TIDUR SEBELUM BERHENTI MENYUSUKAN
Walau bagaimanapun, pastikan bayi benar-benar lena dan tidak lagi menghisap puting sebelum anda cuba mempraktikkan panduan ini. Untuk itu, anda mungkin perlu menunggu untuk beberapa ketika. Bayi akan melakukan aksi hisapan untuk mendapatkan keselesaan (flutter atau comfort sucking) iaitu hisapan yang lembut dan perlahan-lahan. Apabila bayi baru sahaja tidur, anda dapat lihat dia mengerut mukanya, sebahagian tangan digenggam, bayi menegangkan otot badan serta muka dan kelopak matanya bergerak-gerak.
CABUT BILA SUDAH TIDUR NYENYAK
Apabila sudah nyenyak tidur pula, anda dapat mengenal pasti dengan melihat corak
pernafasannya adalah biasa, kelopak mata tidak bergerak dan anggota tubuhnya lemah;
tangan terkulai, tiada lagi genggaman tangan serta ototnya lebih relaks. Oleh yang demikian, apabila bayi mula tidur nyenyak, cuba tarik puting dan jauhkan diri
daripadanya secara perlahan-lahan.
GUNAKAN KELINGKING
Satu perkara yang kadang kala membantu ialah sisipkan jari kelingking di dalam mulut
bayi apabila dia sudah tidur. Jadi, anda boleh keluarkan puting payu dara dari mulutnya dan biarkan bayi menghisap jari anda itu.
Lama-kelamaan, barulah anda boleh mengeluarkan jari daripada mulutnya. Cara ini membantu dengan memberi sedikit tekanan pada bahagian bawah bibir bayi apabila anda melakukannya. Dengan melaksanakan panduan ini, anda boleh mengelakkan bayi daripada terjaga daripada tidur.
OBJEK YANG MEMPUNYAI BAU BADAN IBU
Meletakkan sesuatu benda betul-betul di sebelahnya yang mempunyai bau badan ibu seperti baju T atau bantal juga dapat membantu. Ketahuilah, menyusu bukan sekadar membekalkan bayi dengan khasiat yang diperlukannya. Lebih daripada itu, payu dara anda berupaya memberikan keselesaan dan rasa selamat kepada bayi.
Masa yang diperuntukkan untuk menyusu bayi adalah sangat singkat tetapi memori kasih sayang yang anda curahkan melalui penyusuan susu ibu akan berkekalan seumur hidupnya. Percayalah, bayi anda dengan sendirinya akan tidur tanpa perlu menyusu pada masa akan datang. Jadi, nikmati momen ini selagi ada.
Sumber: Majalah Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Petua tradisional patut dijadikan amalan oleh ibu berpantang memandangkan manfaatnya memang diyakini baik untuk meningkatkan tahap kesihatan. Sama juga halnya dengan hal-hal yang berkaitan dengan kecantikan wajah.
Petua yang boleh menaikkan seri wajah sewaktu berpantang sangat penting diamalkan, kerana ia akan membantu anda lebih bersemangat mengharungi tempoh berpantang yang dianggap panjang.
Paling menyeronokkan, bahan-bahan yang digunakan untuk menaikkan seri wajah ketika berpantang ini mudah sahaja untuk didapatkan.
Berikut adalah petua yang boleh anda praktikkan. Selamat mencuba!
1. Sapukan air kelapa tua ke seluruh wajah. Air kelapa mengandungi mineral yang dapat menaikkan keserian wajah. Jika tiada air kelapa tua, boleh juga menggunakan air kelapa muda.
2. Selepas mandi, basuh muka dengan menggunakan air basuhan beras yang ketiga.
3. Sapukan yogurt asli ke seluruh bahagian wajah untuk mengekalkan kelembapannya.
4. Sapukan ke wajah masker daripada tomato ranum dan biarkannya kering sebelum dibilas menggunakan air suam.
5. Bagi ibu berpantang yang berkulit kering, sediakan campuran bedak sejuk yang dicampur dengan madu untuk menambahkan kelembapan wajah.
6. Di setiap pagi dan petang, sapu bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan kisaran kunyit hidup untuk menaikkan seri wajah.
7. Boleh juga menggunakan bedak sejuk yang dicampurkan dengan perahan air asam jawa.
8. Letakkan teh uncang yang telah digunakan pada lingkaran gelap bawah mata untuk menghilangkan kesan lebam akibat berjaga sepanjang malam.
9. Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum setiap pagi dan malam. Selain menaikkan seri wajah, ia turut melancarkan peredaran darah dalam badan.
10. Rebus air akar kayu dan campurkan bersama ibu kunyit hidup untuk diminum pagi dan petang. Ia turut bagus untuk membuang angin dan melancarkan peredaran darah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selalu dengar ramai ibu-ibu yang sembelit time pantang. Eh jangan buat main-main tau sembelit masa pantang ni risiko dia besar. Kadang ada yang boleh sebabkan sembelit sampai berdarah.
Ada sesetengah ibu yang bersalin jadi trauma bila alami sembelit teruk sampai rasa seram nak membuang. Orang kata kalau nak cepat baik luka jahitan tu kena elakkan push time membuang.
Perkongsian dari Puan Aizah Zarirah untuk tip sembelit masa pantang boleh membantu ibu yang risau nak buang air besar.
Macam akak lepas bersalin, benda paling takut ialah “alamak, macam mana nak membuang, dah la jahitan baru lagi, boleh ke?”
Kalau pengalaman sayalah, doktor memang akan bagi ubat minum pelembut najis. Jadi untuk mommy tak payah risau ye. Kalau doktor tak bagi boleh beli dekat farmasi. Masa dekat hospital hari tu, serius ubat pelembut ni memang membantu sangat-sangat. Jadi kita tak perlu risau jahitan luka/terkoyak sebab bila dah consume ubat pelembut tu, mommy akan rasa perut tu macam nak cirit-birit. Pernah kena cirit birit tak? Bila cirit birit, tak boleh nak tangguh-tangguh, haa macamtu jugak bila makan ubat pelembut doktor bagi ni.
Jadi, selain ubat doktor ini adalah tip-tip macam mana akak rawat dan elakan sembelit masa pantang jadi lebih teruk. Kalau mommy-mommy ada pengalaman boleh la share.
Tip untuk rawat sembelit yang mungkin boleh diamalkan
Pemakanan. Kena jaga pemakanan semasa dalam pantang. Banyakkan ambil makanan yang berserat, buah-buahan dan sayur-sayuran. Masa pantang tak banyak sayur yang boleh makan kan, kalau macam saya, hari-hari lah makan sayur sawi. Nasib memang hantu sayur. Tak boleh kalau dalam sehari tak makan sayur! Tak lengkap.
Suplemen. Suplemen memang banyak membantu terutamanya kalsium dan detox. Detox dia akan bawa najis kita terus parking ke usus besar dan kalsium pulak memang melawaskan. So bila dah membuang, badan u pun akan rasa lebih ringan dan rasa lebih sihat!
Minum air putih banyak-banyak. Orang dulu-dulu tak bagi minum air banyak takut bawah tu kembang, tapi cara yang betul ialah nak minum banyak tu boleh tapi sekali minum ialah minum sikit-sikit tapi kerap. Lagi-lagi kalau ibu yang menyusu badan, air memang no 1 kena lebih, perlu minum air yang cukup untuk hasilkan production susu yang banyak. Air yang cukup bantu elakkan najis jadi keras.
Guna toilet jenis duduk. Kalau jenis cangkung macam bahaya jugak rasanya.
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.