Isteri kepada penyanyi terkenal Syamel, Ernie Zakri mengakui setiap wanita yang mengalami proses bersalin pasti akan melalui proses perubahan badan.
Ernie yang juga penyanyi bersuara lantang ini berkongsi pengalaman ketika menjalani proses kelahiran anak sulungnya Februari lalu.
Ernie menjawab soalan seorang individu yang berkongsi rasa sedih dan kecewa kerana fizikaalnya berubah selepas menjalani pembedahan sewaktu bersalin menerusi sesi soal jawab di aplikasi NGL.
“Saya rasa down lepas pembedahan anak ke-2, perut saya jadi buncit.
“Berat badan dah ok tapi perut masih ke depan, sampai ada yang ingat saya mengandung lagi.
“Padahal baru je bersalin tahun lepas,” luah rasa sedih seorang peminat.
Menurut pemilik nama Nur Ernie Shahirah Zakri, dia menasihati individu berkenaan untuk kuatkan semangatnya dan secara perlahan memulihkan keadaannya.
“Perlahan-lahan ok, itu normal. Saya sendiri pun down dan masih ada lagi perut comel tu.
“Kalau saya nak rasa ok, saya akan pakai pakaian yang bersesuaian dan cover beberapa tempat yang perlu dilihat oleh orang. Jadi lepas itu, pemikiran kita akan semakin baik.
“Kalau awak ada lebih masa, boleh buat senaman secara perlahan-lahan. Fokus pada bahagian bawah ABS sahaja.
“InsyaAllah dah nama pun jahit di situ kan, memang akan mengambil masa,” jawab Ernie.
Ernie sah bergelar isteri kepada penyanyi Syamel pada Mac tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Nur Khawla Soleha.
Kredit: Gempak
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!