Dalam hidup berkeluarga, tak semua perkara berjalan seperti yang kita rancang. Itulah yang dilalui oleh penyanyi terkenal Hafiz Suip apabila mengesahkan bahawa beliau telah sah bercerai dengan isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah, pada 29 Mei lalu di Mahkamah Syariah Shah Alam.
Walaupun berpisah, Hafiz tetap tenang dan matang dalam menerima takdir yang telah tertulis. Malah, dia sendiri menyatakan bahawa perpisahan itu berlaku secara baik tanpa sebarang pertelingkahan besar.
“Saya dan isteri sah bercerai talak satu. Kami tidak lagi sehaluan dan tiada lagi persefahaman. Tapi hubungan kami tetap baik demi anak-anak,” ujar Hafiz dalam nada yang penuh ketenangan.
Ibu Tetap Yang Terbaik Untuk Anak
Sebagai ayah, Hafiz memahami keutamaan emosi dan kestabilan anak-anak. Sebab itulah dia tidak mempertikaikan soal hak penjagaan. Jelasnya, bekas isterinya adalah insan paling layak untuk menjaga anak-anak mereka.
“Saya reda dengan keputusan ini. Ibu adalah tempat paling sesuai untuk anak-anak. Kalau kita asyik nak pertikaikan soal hak, sampai bila pun tak akan selesai. Lebih baik kita berdamai,” katanya jujur.
Ads
Kata-kata ini sangat memberi kesan, terutama buat ibu bapa yang mungkin sedang melalui situasi serupa. Dalam apa jua keadaan, emosi dan kesejahteraan anak-anak harus jadi keutamaan.
Rindu Anak, Tapi Pilih Untuk Bertolak Ansur
Hafiz turut mengakui bahawa dia sentiasa memikirkan anak-anak dan merindui mereka. Namun, dia juga faham bahawa anak-anak perlu fokus pada persekolahan dan rutin harian mereka.
Ads
“Ya Allah, tipu kalau saya tak rindukan mereka. Tapi mereka pun ada jadual sendiri. Kami masih dalam proses perbincangan, mungkin saya akan ke Kuala Lumpur sebulan sekali untuk bertemu mereka,” ujarnya.
Kini Hafiz menetap di Kuching, Sarawak dan berusaha untuk terus kekal berhubung dengan anak-anak sebaik mungkin.
Hadam Ujian, Pilih Untuk Reda
Bagi Hafiz, apa yang berlaku adalah satu ujian yang besar dalam hidupnya. Namun dia tidak mahu menyesal. Sebaliknya, beliau anggap semua ini sebagai pengalaman dan pengajaran yang mendewasakan.
Ads
“Saya tak menyesal. Ini adalah pengajaran paling besar dalam hidup saya. Kita tak perlu saling menyalahkan. Dalam Islam sendiri mengajar kita untuk reda dengan takdir kalau mahu rasa tenang,” katanya penuh pengharapan.
Beliau turut menitipkan nasihat buat pasangan yang sedang merancang untuk berkahwin.
“Kalau nak kahwin, kena fikir masak-masak. Kena betul-betul bersedia dan matang.”
Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Meskipun jalan hidup berubah, kasih seorang ibu dan bapa tetap tidak akan berkurang. Kisah Hafiz ini membuktikan bahawa walaupun tidak lagi bersama, ibu bapa masih boleh bekerjasama dan saling menghormati demi kesejahteraan anak-anak. ❤️
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebut sahaja nama Nur Fatima Aisya, pasti terbayangkan kepetahan anak kecil ini bercakap. Ada sahaja aksi comel Fatima bersama ibu dan ayahnya yang menghiburkan semua.
Terbaru, gelagat comel Fatima yang berlakon ketika berbual di dalam telefon bersama kawannya mencuit hati ramai. Mana tidaknya, Fatima ligat memikirkan idea untuk berbual di telefon bersama ibunya.
“Best friend Nyamma takde nama lagi ni.
“@c_h_o_t standby drive Nyamma pergi school malam-malam,” tulis Fazura dikapsyennya.
Apa yang menarik perhatian pastinya kepetahan Fatima yang berbual bersama rakannya di telefon. Ada sahaja ideanya untuk dibualkan.
“Daddy marah nanti,” kata Fatima memberitahu rakannya kerana tidak dapat ke sekolah waktu malam.
Gelagat Fatima itu sudah semestinya menarik perhatian wargamaya yang cukup terhibur dengan kepetahannya.
Gelagat si comel kesayangan pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin, Nur Fatima Aisya semakin membuatkan wargamaya terhibur. Ada sahaja aksi comel dan telatah Fatima yang dikongsikan oleh ibu dan ayahnya.
Jika sebelum ini Fatima dilihat semakin pandai melaram, mengenakan pengilat kuku dan aksesori, namun kali ini sedikit berbeza.
Terbaru menerusi akaun Instagram rasmi Fattah dan Fazura, pasangan ini memuat naik video Fatima yang dimarahi oleh Fattah kerana menconteng pintu bilik air.
Fatima dilihat sedang asyik membersihkan kesan contengannya sambil dipantau oleh Fattah yang berada di sisinya.
Walaupun dimarahi bapanya, namun Fatima tetap berdiam diri dan tekun mencuci pintu hingga bersih.
Pun begitu ketika dihujung video, aksi Fatima terus buat ramai yang ketawa. Mana tidaknya, aksi comel Fatima yang menjawab dengan begitu bersahaja seolah-olah langsung tidak bersalah kerana menconteng dinding.
Menjengah ke ruangan komen rata-rata pengikut anak kecil ini yang pada mulanya kasihan melihat Fatima kena marah terus terhibur bila mana Fatima menjawab seperti seolah-olah tidak bersalah.
Personaliti media sosial dan Youtuber Alieff Irfan berkongsi berita gembira kelahiran kembarnya pada tarikh merdeka 31 Ogos 2022 yang lalu. Sejak itu, dia dan isteri ada berkongsi perkembangan kembar mereka namun masih belum bersedia untuk menunjukkan wajah kedua orang bayi tersebut.
Kini bayi mereka sudahpun berusia tiga bulan dan kedua-duanya membesar dengan baik. Baru-baru ini, Bella ada berkongsi momen indah ketika mengadakan majlis akikah untuk kembar mereka di kampung halaman Alieff di Kelantan.
Sumber foto: Instagram bellestrelle
Sedikit-sebanyak melalui perkongsian di IG Story Belle boleh dilihat mereka mendukung bayi kembar mereka. Ketika ini, Belle sudah sedikit terbuka untuk memperlihatkan kecomelan bayi-bayi mereka yang diberi nama Ayla Medina dan Ayden Maleeq.
Sumber foto: Instagram twins_aylaayden
Menerusi Instagram twins_aylaayden, pasangan ini berkongsi wajah anak-anak mereka ketika usia 43 hari. Pasangan ini mengadakan sesi fotografi khas untuk merakam detik indah mereka sekeluarga dengan tema kuning dan coklat.
Sumber foto: Instagram twins_aylaayden
Tambah Bella, wajah bayi kembarnya ini banyak berubah berbanding pada awal kelahiran mereka. Menerusi ruangan komen, ramai yang melihat raut wajah Ayla lebih seiras dengan Alieef manakala Ayden pula lebih banyak mengikut wajah Bella.
Jelas kelihatan wajah bahagia pasangan ini ketika sesi fotografi dijalankan. Memang comel betul Ayla dan Ayden ni! Semoga mereka berdua membesar dengan sihat dan menjadi anak-anak yang sentiasa membanggakan kedua orang tua mereka.
Sayu luahan hati isteri kepada Elmi Nu Zamani Aizat Azim, 25, pemuda yang ditemukan lemas selepas terjatuh dari Kilometer 2.8, Jambatan Pulau Pinang di...