Dua beradik yang rentung dalam kebakaran di Jalan Bunga Raya Besar, Kampung Dato Sulaiman Menteri, Johor Bahru pada Sabtu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mukim Tebrau pada Ahad.
Muhammad Zafran Muhammad Fikri, 3, dan Nurul Hawa Zafira Muhammad Fikri, 2, dikebumikan dalam satu liang lahad pada jam 5.30 petang (Ahad).
Terdahulu jenazah dua kanak-kanak itu tiba dengan dibawa van ke tanah perkuburan selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.
Dianggarkan lebih 50 orang termasuk ahli keluarga dan kenalan hadir memberikan penghormatan terakhir dalam suasana hiba.
Ads
Ibu mangsa Nurul Ain Najihah Zulkifli, 27, ketika ditemui berkata, dia hanya mampu meredai pemergian cahaya matanya itu.
“Saya tidak risau apa-apa sebab anak saya sudah jadi anak-anak syurga.
Ads
Kredit: Metro
“Cuma rasa sedih sebab saya lihat Zafran (di lokasi kejadian) peluk adik dia..saya orang pertama yang masuk ke rumah selepas kebakaran dipadamkan,” katanya ketika ditemui di tanah perkuburan.
Semalam, dua beradik itu ditemukan rentung dalam bilik tidur dalam kejadian yang berlaku pada jam 1.40 tengah hari. – Bernama
Kehilangan anak tercinta adalah satu ujian yang tidak terbayang pedihnya. Lebih sukar lagi apabila pemergian itu berlaku secara tiba-tiba, meninggalkan tanda tanya yang tidak terjawab. Inilah yang dialami oleh keluarga arwah Zara Qairina Mahathir, kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun yang meninggal dunia pada 17 Julai lalu.
Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar mendedahkan bahawa ibu arwah, Noraidah Lamat, menolak cadangan pihak polis untuk menjalankan bedah siasat. Pendedahan itu mengejutkan orang ramai, namun bagi Noraidah, keputusan tersebut dibuat dalam keadaan dirinya keliru, panik dan masih dalam kejutan emosi.
“Saya terkejut, panik dan tidak dapat membuat keputusan yang wajar ketika kejadian. Tiada penjelasan yang jelas dan kami memang tidak biasa dengan kes seperti ini. Kami panik dan tiada nasihat diberikan mengenai proses bedah siasat,” luah Noraidah dengan nada sebak.
Menurut wanita berusia 45 tahun itu, sekiranya beliau tahu kepentingan bedah siasat, pasti dia tidak akan menandatangani dokumen penolakan tersebut. “Kalau tahu penting, tak akan tandatangan,” tulisnya di Facebook.
Dalam masa yang sama, pihak Bukit Aman turut memaklumkan berlaku ketidakpatuhan prosedur apabila pihak polis gagal menjalankan bedah siasat seperti yang sepatutnya. Kejadian ini menambah lagi kesedihan keluarga yang masih mencari jawapan punca kematian anak syurga mereka.
Bagi seorang ibu, kehilangan sebegini bukan sahaja meninggalkan rasa rindu yang tiada penghujung, tetapi juga persoalan yang berlegar di hati setiap hari. Namun, di sebalik kisah duka ini, ada pengajaran besar buat semua ibu bapa. Dalam keadaan cemas, pastikan kita mendapatkan maklumat dan penjelasan yang tepat daripada pihak berwajib sebelum membuat keputusan penting.
Bedah siasat bukan sekadar prosedur perubatan, tetapi juga jalan untuk mencari kebenaran dan memastikan punca kematian dapat dikenal pasti. Ia juga dapat membantu keluarga memahami keadaan sebenar dan, dalam sesetengah kes, mencegah perkara yang sama daripada berulang kepada orang lain.
Buat Noraidah dan keluarganya, semoga diberi kekuatan untuk menghadapi kehilangan ini. Dan buat kita semua, hargailah setiap detik bersama anak-anak kerana masa yang kita ada adalah anugerah yang tidak ternilai.
Nota Pa&Ma 📌 Mengapa Bedah Siasat Penting Untuk Kes Kematian Mengejut Kanak-Kanak?
Membantu menentukan punca sebenar kematian.
Penting untuk siasatan undang-undang sekiranya ada unsur jenayah atau kecuaian.
Boleh membantu doktor mengenal pasti masalah kesihatan yang mungkin ada kaitan dengan genetik, sekali gus memberi manfaat kepada ahli keluarga lain.
Memberi jawapan yang lebih jelas kepada keluarga untuk menerima takdir dengan lebih tenang.
Minat seorang isteri jangan dipandang ringan. Apabila mereka sukakan sesuatu, pasti mereka akan usahakan walau dengan cara bagaimana sekalipun. Begitu jugalah kegilaan para isteri dengan sebuah jenama bekas makan yang terkenal. Dek kerana kualitinya yang bagus, biarpun sedikit mahal para isteri sanggup ‘berhabis’ untuk melengkapkan koleksi mereka.
Para suami dan anak-anak pula cukup gerun jika dibekalkan makanan dalam bekas ini. Biarlah guna bekas biasa, janganlah yang jenama ini. Takut kalau hilang! Hilang bekas ini, umpama hilang nyawa. Begitulah yang dikongsikan oleh seorang suami, Mohd Fadli Salleh, melalui laman Facebooknya.
Pergi ambil anak kat sekolah tadi dah jam 6:30 dah pun. Sampai kat jaga, Asyraff naik motor aku. Baru nak gerak, dia cakap,
“Ayah. Beg duit adik tertinggal kat kelas. Ada duit RM8 lagi dalam tu untuk untuk belanja esok dan lusa.”
“Biar la beg duit tu. Esok pagi ayah pergi tengok.”
Aku malas nak masuk dalam sekolah dah. Jauh juga pagar ke kelas dia. Kami pun bergerak pulang. Baru sekejap bergerak, Asyraff cakap lagi,
“Botol air pun tertinggal ayah.”
“Sreeettttt!”
Terus aku brek emergency.
“Kenapa tak cakap? Duit hilang ayah boleh niatkan sedekah. Kalau botol air hilang, bukan setakat Adik kena marah. Ayah pun mungkin hilang nyawa. Tupperware ke dik?”
“Tak tahu jenama apa.”
Ah, Tupperware ke, Tipuware. Kalau tinggal botol air kat sekolah boleh hilang nyawa woih.
Yang kelakarnya, waktu anak aku masuk kelas, ada seorang lagi lelaki di temani anaknya baru keluar dari kelas darjah 3 tingkat atas. Dari jauh aku laung,
“Kenapa tu bang?”
“Tertinggal botol air cikgu!” Balasnya dari kejauhan.
“Tupperware ke?” Jerit aku lagi.
“Yaaaaa!”
“Kahkahkah.”
Kami gelak bersama. Laju dia gerak balik. Tak sempat nak ambil gambar bukti. Lewat balik pun boleh kena soal siasat juga weh. Bahaya main dengan kaum wanita ni. Seram. 😅
Waktu keluar pintu sekolah, guard pula tegur,
“Tertinggal apa cikgu?”
“Nyawa.”
Senyum je guard dengar jawapan aku. Entah dia faham entah tidak. Lantakkan.
Gitu je aku jawab lantas pecut balik rumah dengan penuh kelegaan.
#MFS – Wanita bukan makhluk bumi –
Lucu perkongsian dari suami ini, tapi tidak boleh dinafikan kebenarannya. Jangan dibuat main, kerana bekas makanan ini sangat penting buat pengumpulnya. Yang tahu, pasti tahu akan hakikat ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Isteri dihujani hadiah mewah hampir 12 Juta selepas bersalin. Seorang wanita di Dubai mencuri perhatian ramai apabila mempamerkan hadiah-hadiah mewah yang diterimanya daripada suami sebagai tanda penghargaan selepas melahirkan anak kedua mereka.
Malaikah Raja, yang dikenali kerana sering berkongsi gaya hidup serba mewah di Instagram, memuat naik sebuah video yang menunjukkan pelbagai hadiah bernilai tinggi yang diterimanya selepas kelahiran bayi perempuan mereka.
Malaikah Raja membeli-belah bersama suaminya selepas dihadiahkan barangan kemas dan kereta mewah di Dubai. Agensi
Antara hadiah yang diberikan termasuk sebuah Mercedes Benz G Wagon berwarna merah jambu yang ditempah khas, sebuah rumah mewah bernilai AS$2 juta (RM9.5 juta), beberapa beg tangan jenama pereka terkenal, serta barang kemas bernilai ratusan ribu ringgit.
“Bayi perempuan yang mahal. Macam mana bayi sekecil ini boleh mula mengosongkan akaun bank bapanya?” tulisnya berseloroh dalam kapsyen video tersebut.
Video itu bermula dengan Malaikah berdiri di sebelah suaminya sebelum dia menunjukkan satu persatu hadiah yang diterimanya sebagai ‘push present’ – iaitu hadiah yang diberikan oleh seorang suami kepada isterinya sebagai penghargaan atas pengorbanan melahirkan anak.
Hadiah pertama yang diperlihatkan ialah kereta mewah G Wagon diikuti dengan sebuah rumah baru bernilai AS$2 juta (RM9.5 juta). Tidak cukup dengan itu, Malaikah turut menerima lapan beg tangan Dior bernilai AS$100,000 (RM475,000), gelang emas bernilai AS$80,000 (RM380,000) serta pakej urutan selepas bersalin untuk dirinya dan bayi bernilai AS$10,000 (RM47,500).
“Suami saya membelanjakan AS$10,000 untuk urutan harian selepas bersalin untuk saya dan bayi kerana saya perlu pulih daripada proses bersalin,” katanya dalam video tersebut.
Lebih mengejutkan, Malaikah juga diberikan bajet bulanan sebanyak AS$50,000 (RM237,500) untuk membeli pakaian bayi, gelang tenis bernilai AS$200,000 (RM950,000) serta barang kemas emas bernilai AS$70,000 (RM332,500) khusus untuk anak perempuannya.
Sejak dimuat naik beberapa hari lalu, video tersebut telah meraih lebih 15 juta tontonan dan hampir 500,000 tanda suka di Instagram.
Di ruangan komen, ramai netizen memberikan pelbagai reaksi – ada yang terkejut, ada yang terhibur, malah ada juga yang menyokong tindakan suaminya yang menghargai isteri dengan cara luar biasa.
“Saya perlu pulih selepas menonton video ini. Tolong kirimkan saya AS$1 juta (RM4.40),” seloroh seorang pengguna media sosial.
“Wow, masa saya balik rumah selepas bersalin, suami saya cuma kata dia dah siap kupas kentang untuk saya,” tulis seorang lagi.
Namun, ada juga yang menyokong idea ‘push present’ yang diberikan oleh suaminya.
“Tidak kira sama ada video ini dibuat sebagai gurauan atau tidak, saya menyokongnya. Lelaki mahu anak, jadi mereka perlu memberi penghargaan kepada isterinya,” kata seorang netizen.
Sehingga kini, video tersebut masih menjadi topik hangat di media sosial, dengan ramai yang membincangkan sama ada budaya ‘push present’ mewah seperti ini patut dijadikan kebiasaan atau sekadar trend sementara.