Sebelum terkorban dalam kemalangan yang membabitkan sebuah kereta dan enam motosikal di Kilometer 4 Jalan, Kampung Acheh, Setiawan, Perak, seorang suami sempat menghantar gambar swafoto kepada isterinya yang sedang hamil anak pertama mereka.
Mohd Nur Hisham Hassan, 29, yang bertugas sebagai juruteknik di sebuah syarikat minyak dan gas, bersama seorang lagi penunggang motosikal Mohd Suhail Zainal, 22, dan pemboncengnya, Hasrandy Bahrum, 27, maut di tempat kejadian akibat cedera parah dalam kemalangan pada pukul 5.30 petang.
Rasa tak sedap hati panggilan tak jawab
Isteri Mohd Nur Hisham, Nur Syahirah Abdullah, 25, berkata beliau berasa tidak sedap hati dan mengesyaki sesuatu terjadi apabila suaminya yang dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja gagal dihubungi.
Beliau berkata suaminya sempat menghantar gambar swafoto 10 minit sebelum habis kerja pada pukul 5 petang dan berasa pelik suaminya masih belum pulang kerana kebiasaannya dalam 10 minit sudah sampai rumah.
“Saya kemudian mencari suami di rumah rakannya di sekitar taman perumahan dan terkejut apabila mereka memberitahu sedang mengenal pasti mangsa rempuhan kereta melalui sebuah video yang tular di aplikasi WhatsApp.
Ads
“Saya kemudian bergegas ke tempat kejadian tetapi semua mangsa telah dibawa ke hospital. Saya cuma dapat mengecam sebuah topi keledar di tempat kejadian yang saya pasti milik suami saya, luluh perasaan saya ketika itu,” katanya ketika ditemui di Bilik Forensik Hospital Seri Manjung, di sini hari ini.
Nur Syahirah reda dengan pemergian suaminya itu biarpun mereka sepatutnya sedang ‘berbahagia’ menanti cahaya mata apabila beliau disahkan hamil tujuh minggu selepas berkahwin dua tahun lalu.
Tak sangka perbualan mengenai kematian jadi kenyataan
Beliau juga tidak menyangka perbualan dengan suami mengenai kematian, akhirnya menjadi kenyataan seawal ini, namun tidak akan lupa nasihat suami agar menjaga akhlak dan sentiasa kuat sekiranya apa-apa terjadi kepada dirinya.
Ads
“Cuma saya berasa sedih apabila semalam beliau pergi kerja tanpa memegang dan bercakap dengan baby (bayi) dalam perut seperti kebiasaan sebelum ini. Allah lebih sayangkan dia,” katanya yang bekerja sebagai pereka baju di sebuah syarikat pakaian di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata kejadian berlaku apabila kereta jenis Proton Preve tersebut dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke lorong bertentangan dan merempuh kumpulan penunggang motosikal.
Katanya kemalangan itu turut menyebabkan empat penunggang motosikal dan dua penumpang kereta Proton Preve itu cedera parah dan dirawat di Hospital Seri Manjung, manakala pemandu kereta berusia 38 tahun tersebut, melarikan diri.
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Luluh hati seorang ibu apabila anaknya yang berumur dua tahun meninggal dunia selepas didakwa tidak mendapat rawatan sewajarnya akibat kecuaian seorang doktor sebuah klinik kesihatan di sini.
Berdasarkan hantaran daripada Facebook Erma Iswani dia begitu kesal apabila anaknya Muhammad Umair Muhammad Ridhwan, 2, tidak mendapat rawatan yang sewajarnya sehingga menghembuskan nafas terakhir hanya dalam tempoh satu hari.
Sementara itu Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr. Nor Azimi Yunus berkata, pihaknya akan melakukan siasatan dalam kes ini dan akan mengambil tindakan lanjut.
Selepas melarikan kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dari depan rumah di Taman Teratai, Kangkar Pulai, Selasa lalu, polis telah berjaya menahan seorang lelaki.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata suspek berusia 36 tahun itu ditahan 4.45 petang sehari selepas kejadian di Kampung Kangkar Baru, Yong Peng.
Lepas culik, suspek samun OKU
Katanya, hasil siasatan polis, suspek melarikan seorang kanak-kanak perempuan kira-kira jam 5.30 petang dengan menaiki kereta.
“Kemudian suspek membawa mangsa ke Stulang Laut di sini dan melakukan samun terhadap seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) berumur lingkungan 20 tahun dan mengakibatkan kerugian anggaran RM500.
Ayob Khan berkata, selepas samun mangsa OKU, suspek telah mengarahkan mangsa untuk merakam kejadian amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di dalam kereta yang dipandu oleh suspek.
“Suspek meninggalkan lelaki OKU terbabit di tepi jalan Stulang Laut dalam keadaan selamat, manakala kanak-kanak terbabit yang dalam ketakutan serta trauma ditemui orang awam di depan kedai makan di Kangkar Pulai,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambah beliau lagi, suspek direman lima hari bermula 16 Disember. Kereta suspek berwarna kelabu dan sebuah telefon bimbit juga dirampas.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan, seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 dan seksyen 363 Kanun Keseksaan,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan sepasang suami isteri trauma selepas anak sulung mereka yang berusia tujuh tahun hilang dipercayai diculik dari kediaman mereka di Taman Teratai.
Mangsa ditemui selamat di belakang rumah kedai kira-kira 1.5 kilometer dari rumahnya, enam jam selepas dia dilaporkan hilang.
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong p erjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!