“Saya Reda Tapi Sedih Sebelum Pergi Kerja Suami Tak Sempat Pegang Perut Cakap Dengan Bayi.”

Share

Sebelum terkorban dalam kemalangan yang membabitkan sebuah kereta dan enam motosikal di Kilometer 4 Jalan, Kampung Acheh, Setiawan, Perak, seorang suami sempat menghantar gambar swafoto kepada isterinya yang sedang hamil anak pertama mereka.

Mohd Nur Hisham Hassan, 29, yang bertugas sebagai juruteknik di sebuah syarikat minyak dan gas, bersama seorang lagi penunggang motosikal Mohd Suhail Zainal, 22, dan pemboncengnya, Hasrandy Bahrum, 27, maut di tempat kejadian akibat cedera parah dalam kemalangan pada pukul 5.30 petang.

Rasa tak sedap hati panggilan tak jawab

Isteri Mohd Nur Hisham, Nur Syahirah Abdullah, 25, berkata beliau berasa tidak sedap hati dan mengesyaki sesuatu terjadi apabila suaminya yang dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja gagal dihubungi.

Kredit: Berita Harian

Beliau berkata suaminya sempat menghantar gambar swafoto 10 minit sebelum habis kerja pada pukul 5 petang dan berasa pelik suaminya masih belum pulang kerana kebiasaannya dalam 10 minit sudah sampai rumah.

“Saya kemudian mencari suami di rumah rakannya di sekitar taman perumahan dan terkejut apabila mereka memberitahu sedang mengenal pasti mangsa rempuhan kereta melalui sebuah video yang tular di aplikasi WhatsApp.

 

“Saya kemudian bergegas ke tempat kejadian tetapi semua mangsa telah dibawa ke hospital. Saya cuma dapat mengecam sebuah topi keledar di tempat kejadian yang saya pasti milik suami saya, luluh perasaan saya ketika itu,” katanya ketika ditemui di Bilik Forensik Hospital Seri Manjung, di sini hari ini.
Nur Syahirah reda dengan pemergian suaminya itu biarpun mereka sepatutnya sedang ‘berbahagia’ menanti cahaya mata apabila beliau disahkan hamil tujuh minggu selepas berkahwin dua tahun lalu.

Kredit: Bernama

Tak sangka perbualan mengenai kematian jadi kenyataan

Beliau juga tidak menyangka perbualan dengan suami mengenai kematian, akhirnya menjadi kenyataan seawal ini, namun tidak akan lupa nasihat suami agar menjaga akhlak dan sentiasa kuat sekiranya apa-apa terjadi kepada dirinya.

“Cuma saya berasa sedih apabila semalam beliau pergi kerja tanpa memegang dan bercakap dengan baby (bayi) dalam perut seperti kebiasaan sebelum ini. Allah lebih sayangkan dia,” katanya yang bekerja sebagai pereka baju di sebuah syarikat pakaian di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata kejadian berlaku apabila kereta jenis Proton Preve tersebut dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke lorong bertentangan dan merempuh kumpulan penunggang motosikal.

Katanya kemalangan itu turut menyebabkan empat penunggang motosikal dan dua penumpang kereta Proton Preve itu cedera parah dan dirawat di Hospital Seri Manjung, manakala pemandu kereta berusia 38 tahun tersebut, melarikan diri.

Kredit: Bernama; BH

Mama jom rileks jap, klik link ni!

Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.

Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy