Isteri kepada pelawak terkenal, Achey iaitu Anne memaklumkan bakal menjalani pembedahan untuk membuang salah satu tiub Fallopianya hari ini di salah sebuah hospital swasta di ibu negara.
Setelah hampir 11 tahun mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti ini masih belum dikurniakan cahaya mata dan mengambil keputusan untuk melakukan In vitro fertilisation (IVF) namun mempunyai masalah pada tiub Fallopianya.
Menurut Anne, doktor mengesahkan tiub fallopian mempunyai masalah dan memerlukan pembedahan segera.
“Selepas doktor check telo saya dan achey tak ada masalah…lepastu saya buat HSG cek pula…Tetapi Selepas doktor scan untuk melihat keadaan Follopian Tube, Doktor suggest untuk remove Follopian tube…sebab ada masalah blocked pada tube”
Tambahnya lagi dia bersetuju untuk membuat salah satu tuib fallopian demi untuk menimang cahaya mata.
Ads
“Saya relakan sebab dah lama kami menanti untuk mendapatkan cahaya mata”
Anne turut memohon maaf kepada semua dan meminta untuk mendoakan pembedahan hari ini berjalan lancar.
“Saya mintak maaf pada semua andai kata, saya ada salah dan silap ya….Doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar…Aminn”
“Sedih..berpisah dengan suami sebab dia ada #muzikallawaksuperstar3 tak dapat temankan saya….saya pulak 1 time admit wad dan buat operation”
Ads
“18/08/2022 saya admit wad dan 19/08/2022 pagi ini saya menjalani operation…Pada semua doakan saya ya. Doa yang baik-baik ya…”
Rata-rata wargamaya dan rakan selebriti mendoakan urusan Anne dipermudahkan dan selamat menjalani pembedahan tersebut.
Apabila kita disahkan hamil, sudah tentulah gembira. Kita pun teruja berkongsi berita kehamilan ini dengan teman-teman rapat. Tup-tup seminggu dua selepas itu, kita pula dikejutkan dengan berita kehamilannya! Pernahkah anda mengalami situasi begini? Mengandung sama waktu dengan teman baik, jarak kehamilan pun tak jauh.
Minggu ni kita bersalin, esok lusa dia pula. Sebenarnya, mengikut sebuah kajian yang dijalankan oleh National Longitudinal Study of Adolescent health (ADD Health) di Amerika Syarikat sekitar tahun 1990-2000 menemui bukti kebanyakan responden mereka hamil pada waktu yang sama seperti teman-teman baik mereka.
Satu lagi hasil kajian dari sebuah jurnal oleh American Sociological Association, seorang wanita hamil mempunyai aura kehamilan yang boleh berjangkit kepada teman-teman rapat mereka. Namun dalam kajian ini, menegaskan bahawa aura kehamilan ini bukan sahaja merebak melalui psikologi tetapi juga bulan persenyawaan (dari sudut bilogi).
Sesuatu kehamilan ini boleh mempengaruhi teman-teman rapat wanita hamil tersebut untuk memiliki anak walaupun mereka tidak merancang untuk mempunyai cahaya mata ketika itu.
BAGAIMANA BOLEH BERJANGKIT?
Rasa membuak-buak mahu jadi ibu
Apabila melihat teman rapat sudah hamil, sudah tentu wanita ini teruja dan bersemangat untuk mengandung juga.
Excited tengok teman hamil
Pada awalnya mungkin tidak merancang untuk hamil, tetapi selepas ada teman terdekat yang mengandung terus terasa mahu hamil. Hamil pada waktu yang sama, membolehkan ibu hamil boleh berkongsi dengan pengalaman dan sama-sama membuat pemeriksaan kandungan. Seronoknya!
Kebanyakan wanita mungkin bertambah teruja untuk hamil apabila melihat teman-teman rapat sudah mempunyai anak. Tambah pula apabila ada teman yang sama-sama hamil terutamanya jika mereka hamil anak kedua atau seterusnya, mungkin sudah ada pengalaman dan akan berkongsi pengalaman dan pengetahuan mereka.
Bukan waktu hamil sahaja yang dipengaruhi, tetapi jumlah anak! Sebuah laporan kajian pada tahun 2014 oleh Demographic Research mendapati kaitan antara hubungan dengan teman baik bukan sahaja mempengaruhi waktu kehamilan, tetapi jumlah anak. Memandangkan kebanyakan wanita sekarang mempunyai ramai teman baik, mungkin lebih rapat dari keluarga yang boleh mempengaruhi seseorang wanita itu untuk hamil pada waktu yang sama seperti temannya.
Orang kata walaupun wanita tahu sakitnya bersalin macam mana, tapi demi anak kekuatan itu datang dengan sendirinya. Biarpun menahan kontraksi berjam-jam, ada yang akhirnya kena buat pembedahan tetap reda demi menyelamatkan nyawa. Itu pengorbanan seorang wanita bergelar ibu.
Bagi Datin Seri Nur Shahida yang kini sedang hamil anak kelimanya, perasaan tak sabar dan gemuruh semakin dirasainya.
“Tak sabar nak bersalin walaupun tahu nak bersalin tu sakit. Tapi lagi tak sabar sebab sakit pinggang dan kaki selalu krem.
“Lagi 2 atau 3 minggu Insya Allah sampai masanya. Kalau saya tak gugur bulan puasa hari tu mesti dah twin dah baby dalam perut saya ni.
“Namun kuasa Allah tiada siapa boleh halang dan mungkin Allah lebih tahu saya tak mampu nak jaga sampai dua jadi dia ambil yang satu. Kesimpulannya berbaik sangkalah dengan aturan Allah SWT,” katanya.
Sebelum ini Datin Shahida pernah memuatnaik gambar ujian imbasan kandungannya di instagram dengan hanya satu janin sahaja yang dapat diselamat manakala janin yang kedua tidak dapat diselamatkan.
NAMUN DIA TETAP BERSYUKUR KERANA MASIH DIKURNIAKAN REZEKI UNTUK HAMIL DAN MEMPUNYAI ZURIAT DAN DIA BERSYUKUR ALLAH MENGURNIAKAN DIA DENGAN NIKMAT ANAK-ANAK.
Alhamdulillah walaupun satu dah gugur masih ada 1 lagi yg sangat2 sihat, kata doktor.
Dia percaya Allah bg saya byk nikmat…. anak saya ramai….. sedangkan byk. lagi mereka2 yg ikhtiar nak hamil belum merasakan lagi…… sepatutnya saya bersyukur Allah limpahkan banyak rezeki untuk saya…. apalah sangat diduga dgn sedikit ujian.
Menerusi posting terdahulu, Datin Shahida menjelaskan dia mengalami pendarahan yang teruk dan akhirnya menyebabkan keguguran pada salah satu kembar yang dikandungnya itu kerana terlalu aktif dan mungkin faktor stres dengan kerja.
Sumber: ig Datin Seri Nur Shahida
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selebriti dari seberang, Nikita Willy berkongsi caranya melatih anak untuk tidur sendiri di bilik sendiri seawal usia anak sulungnya, Issa Xander Djokosoetono 4 bulan.
Menurut perkongsian isteri Indra Priawan di laman Youtube miliknya, Nikita mempunyai sebab tersendiri untuk melatih anak tidur sendiri sejak bayinya berusia 4 bulan.
“Kita ajar dari kecil, risau kalau ajar masa dia dah besar nanti jadi susah sangat sebab dah terbiasa tidur dengan saya dan Indra”
“Dan kita sleep training dia saat dia umur 4 bulan, pada mulanya dia tak boleh tidur tanpa saya, tapi sekarang Alhamdulillah sudah bisa jadi dia sudah boleh berdikari dan dia juga tidur lebih lama juga,”
“saya merasa dia tidur lebih lena di biliknya sendiri, karena nggak ada suara yang ganggu gitu dan nggak ada gerak-gerik yang mengganggu dia.”
Tambah artis cantik berdarah Minang ini lagi, jika anak sulungnya tidur bersama, dia sendiri yang tidak dapat mengawal diri daripada memeluk anaknya saat tidur.
“Dan kalau misalkan dia tidur sama kita, setiap kali dia mengeluarkan suara, saya akan refleks terus dan dukung dia dan itu menyebabkan tidurnya terganggu,”
“Baby itu kan masih active sleep ya, masih suka berisik-berisi saat tidur. Padahal dia tuh lagi tidur. Jadi saat dia tidur di kamar di crib dia sendirian, saya merasa dia lebih selesa dan dia bebas berekspresi gaya tidurnya, dan tidurnya pun juga lebih panjang dan pagi-pagi dia bangun seger banget gitu,”
CARA MELATIH BAYI TIDUR SENDIRI TANPA BANTUAN
Terapkan Rutin Sejak Kecil
Atur waktu tidur anak dari kecil dengan baik. Ada sesetengah ibu bapa, sering merungut anak mereka sukar untuk tidur malam. Semak semula jadual tidurnya dari kecil. Jika anda sering membiasakan bayi untuk tidur lambat sejak kecil, contohnya sering membawa mereka berjalan-jalan hingga lewat malam, jangan terkejutlah kalau anak tidak mudah untuk tidur awal.
Dari kecil kita dah didik dia tidak ada rutin tidur yang tetap dan membiasakan anak tidur lewat. Anda perlu tahu, bayi memerlukan waktu tidur yang lebih lama berbanding orang dewasa.
Cara tidurkan bayi yang paling baik adalah dengan melatih mereka melelapkan mata pada waktu yang sama setiap hari. Elakkan daripada melakukan sebarang aktiviti yang boleh merangsang kecergasan dan kecerdasan mereka sebelum tidur.
Bawa Anak Masuk Bilik Awal
Katakanlah waktu tidur anak pukul 9 malam, lepas isyak tu dah boleh bawa anak masuk bilik untuk tidur. Kaedah ini seolah-olah memberitahu si kecil bahawa sudah tiba masa untuk mereka tidur.
Anda juga boleh membaca buku cerita kepada bayi anda. Bayi memerlukan suasana tenang untuk melelapkan mata. Sebaiknya, elakkan sebarang gangguan seperti bunyi bising orang bercakap ataupun bunyi televisyen yang kuat. Jika anda mengamalkan cara tidurkan bayi ini, ia secara tidak langsung dapat membantu membiasakan si kecil dengan rutin tidur awal.
Semua orang mahukan keadaan yang selesa untuk merehatkan diri. Samalah dengan si manja anda. Pastikan bilik si manja tidak terlalu sejuk atau terlalu panas. Cahaya dalam bilik sedikit gelap dan pastikan katil bersih tanpa habuk. Ruang tidur yang selesa dan tenang mampu membuatkan anak tidur dengan mudah.
Cuti sekolah ini pasti ada yang mengambil kesempatan nak khatankan anak. Memang tak dinafikan kaedah sekarang buatkan luka pada tempat khatan sembuh dengan cepat, tapi untuk ibu yang pertama kali nak jaga anak berkhatan, tentu ada gusarnya.