Isteri kepada pelawak terkenal, Achey iaitu Anne memaklumkan bakal menjalani pembedahan untuk membuang salah satu tiub Fallopianya hari ini di salah sebuah hospital swasta di ibu negara.
Setelah hampir 11 tahun mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti ini masih belum dikurniakan cahaya mata dan mengambil keputusan untuk melakukan In vitro fertilisation (IVF) namun mempunyai masalah pada tiub Fallopianya.
Menurut Anne, doktor mengesahkan tiub fallopian mempunyai masalah dan memerlukan pembedahan segera.
“Selepas doktor check telo saya dan achey tak ada masalah…lepastu saya buat HSG cek pula…Tetapi Selepas doktor scan untuk melihat keadaan Follopian Tube, Doktor suggest untuk remove Follopian tube…sebab ada masalah blocked pada tube”
Tambahnya lagi dia bersetuju untuk membuat salah satu tuib fallopian demi untuk menimang cahaya mata.
“Saya relakan sebab dah lama kami menanti untuk mendapatkan cahaya mata”
Anne turut memohon maaf kepada semua dan meminta untuk mendoakan pembedahan hari ini berjalan lancar.
“Saya mintak maaf pada semua andai kata, saya ada salah dan silap ya….Doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar…Aminn”
“Sedih..berpisah dengan suami sebab dia ada #muzikallawaksuperstar3 tak dapat temankan saya….saya pulak 1 time admit wad dan buat operation”
“18/08/2022 saya admit wad dan 19/08/2022 pagi ini saya menjalani operation…Pada semua doakan saya ya. Doa yang baik-baik ya…”
Rata-rata wargamaya dan rakan selebriti mendoakan urusan Anne dipermudahkan dan selamat menjalani pembedahan tersebut.
Kredit: Anne Achey
Artikel: Bagus Untuk Anak! Formula Terbaharu Susu Kambing Karihome Dengan Kualiti Terbaik
Jom belajar rahsia ajar anak simpan sampai jadi jutawan di SINI
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!