Anak-anak kecil hatinya sangat tulus dan terlalu jujur. Kadang kita nampak mereka diam, tapi sebaliknya ada sesuatu yang dipendam dalam hati. Apa yang dia lihat, dengar semua disimpan dalam memori.
Seperti nukilan anak ini yang begitu memahami kesibukan ayahnya mencari rezeki tetapi dalam masa sama dia tetap mahu bersama dengan HERO kesayangannya.
“Ini ayah saya. Ayah saya selalu bangun awal. Tapi selalu balik lewat. Hari Ahad ayah saya kerja, orang lain cuti tetapi saya sayang ayah saya!”
Bila baca nota ini, ramai yang tersentuh hati kerana menampakkan kejujurannya ketika menulis mengenai pengorbanan ayahnya.
Perkara ini juga mengundang sebak dalam kalangan warganet dan rata-ratanya turut mengalami situasi sama demi mencari rezeki untuk keluarga dan membahagiakan orang tersayang.
Ads
Ramai ayah selaku ketua keluarga akui, mereka bukannya minta untuk kaya tapi niat cari rezeki ini demi memberi keselesaan yang terbaik buat insan tersayang.
Malah terpaksa bekerja siang malam ini pun kerana desakan hidup yang terpaksa dilalui sekarang.
Cuma apa yang buatkan ramai sebak, kata-kata “Saya Sayang Ayah Saya” mengambarkan apa saja yang terjadi sekalipun, dia tetap menyayangi ayah sehingga akhir hayat.
Sementara itu, dalam kapsyen yang ditulis dengan ayat “Ayah mintak maaf. Ayah keluar mencari rezeki untuk kita sekeluarga. Ayah sayang semua anak-anak ayah” seolah memberitahu apa yang dilakukan ini demi untuk kelangsungan dan kebaikan bersama.
Ads
Malah di ruangan kapsyen rata-rata golongan bapa mengalami situasi sama tetapi apa yang mereka harapkan pengorbanan ini akan berakhir dengan kemanisan pada masa datang.
“Pergorbanan seorang ayah kepada anak-anak tidak akan dilupakan. Sanggup bersusah payah berhujan dan berpanas demi menjaga rezeki ahli keluarga. Aallahuakbar.”
“Semoga aku pun akan jadi ayah-ayah yang kuat macam dalam komen ni. Kome kuat. Akuuu solute!!! Doakan aku semoga jadi ayah yg bertanggungjawab dan kuat untuk keluarga kecil kuu!!!”
“Antara tanggungjawab dan pengorbanan. Kami tidak minta untuk disanjungi, cukup sekadar dihargai.”
Ads
“Hero yang tak didendang. Dah jadi ayah ni baru tau perasaannya macam mana.”
Kebelakangan ini tular di media sosial mengenai soft candy ataupun gula-gula gummy dengan jem buah-buahan yang dijual secara online sehingga menjadi tumpuan kanak-kanak kerana bentuknya yang comel dengan pelbagai perisa.
Wala upun ramai menyatakan gula-gula gummy itu halal kerana terpapar logo halal pada bungkusannya namun kesahihan itu disangkal oleh pihak Bahagian Hab Halal, Jabatan Agama Islam (JAKIM).
Pihak JAKIM memberi maklum balas mengenai isu tersebut di Facebook mereka dengan mengatakan bahawa logo halal yang tertera adalah tidak diiktiraf oleh JAKIM.
Minggu ini pihak kami dihujani dengan pertanyaan oleh para pengguna di media sosial berkaitan status halal produk manisan Soft Candy With Jam yang tidak dinyatakan alamat pengeluar sebenar rentetan terdapat maklumat kandungan bahan mentah produk tersebut yang mengandungi ramuan tidak halal iaitu pork gelatine (gelatin babi) pada label pembungkusan produk.
Pada produk tersebut juga tertera logo Halal Food Council International Malaysia & Asia Region dan ia telah mengundang keresahan dan salah faham masyarakat terhadap pensijilan halal Malaysia.
Untuk makluman semua, produk tersebut telah menggunakan logo halal yang TIDAK DIIKTIRAF oleh JAKIM. Justeru, penggunaan logo halal tersebut adalah menyalahi Akta Perihal Dagangan 2011 dan boleh dikenakan tindakan melalui peruntukan perundangan yang berkaitan di negara ini.
Pengguna Muslim dinasihatkan untuk tidak memilih produk berkenaan dan meneliti terlebih dahulu label bungkusan produk sebelum melakukan sebarang belian dan transaksi.
Pengguna yang menjumpai produk tersebut di pasaran dinasihatkan mengemukakan aduan lengkap dan menyalurkannya kepada pihak berkuasa iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui e-mel pr_halal@islam.gov.my atau kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui e-mel e-aduan@kpdnhep.gov.my / http://e-aduan.kpdnhep.gov.my/
Untuk mengetahui senarai badan-badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM, layari Portal Rasmi Halal Malaysia di www.halal.gov.my atau muat turunnya di https://drive.google.com/…/1hvYRXjsfP9mpPifB_4tG2k17qi1…
Si manja suka bergambar? Jom, mama papa kongsikan foto aksi bayi anda bertemakan Jungle Cuties untuk peraduan Pencarian Bayi Pa&Ma! Mana tahu ada rezeki boleh menang banyak hadiah menarik. Nak hantar gambar anak klik saja link ini: https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/
Bermula pada 19 Julai-13 Ogos 2021 yang lalu, Pa&Ma Gala Moms yang Diinspirasikan Bersama Cetaphil telah berlangsung dengan jayanya biarpun diadakan secara virtual. Kita juga dapat menyaksikan pelbagai perkongsian menarik tentang kehidupan serta kejayaan 20 orang mama millennial ini. Sememangnya memberi inspirasi!
Pada 15 Ogos 2021, acara kemuncak untuk majlis anugerah ini telah diadakan. Pa&Ma Gala Moms Reunion ini dihoskan oleh selebriti Dazrin Kamarudin dan turut dihadiri oleh 4 orang penerima anugerah iaitu Mawar Rashid, Farahanim Razak, Leeyana Rahman dan Irma Hasmie bersama 70 orang ahli Kelab Komuniti Pa&Ma. Turut memeriahkan acara ini adalah Ms Jessica Chan, Pengurus Pemasaran Cetaphil serta Dr Kartini Farah Rahim yang merupakan seorang Pakar Dermatologi.
Pa&Ma Gala Moms Reunion dimulakan dengan sesi bersama Leeyana Rahman, Irma Hasmie dan Dr Kartini yang mengupas tentang permasalahan kulit anak. Selain itu, Leeyana dan Irma turut berkongsi tip mereka ketika menguruskan anak-anak.
Seterusnya acara diteruskan dengan penampilan Mawar Rashid dan Farahanim yang bercerita tentang kepentingan menjaga kulit anak. Selain itu, ketika sesi ini juga Ms Jessica turut berkongsi tentang cara menjaga kulit anak menggunakan rangkaian produk Cetaphil.
Acara tambah meriah apabila sesi Teka & Menang dibuka kepada 70 orang ahli Kelab Komuniti Pa&Ma. Mereka dibahagikan kepada 5 buah kumpulan iaitu Mommy, Mama, Bonda, Ibu dan Ummi untuk giliran menjawab soalan. Ternyata kesemua mereka memberikan tumpuan penuh kerana rata-rata soalan yang ditanyakan dijawab dengan betul. Turut diadakan adalah sesi cabutan bertuah. Memang betul-betul havoc!
Pa&Ma mengharapkan ramai followers yang terinspirasi dengan perkongsian menarik dari kesemua penerima anugerah Pa&Ma Gala Moms yang diinspirasikan Bersama Cetaphil ini. Semoga acara anugerah ini dapat diteruskan pada tahun hadapan. Terima kasih buat semua yang terlibat untuk menjayakan acara ini sepanjang ia berlangsung.
Bagi anda yang mahu menyaksikan kemeriahan acara kemuncak Pa&Ma Gala Moms Reunion, boleh tonton video ini:
Setelah selamat menimang cahaya mata pertama pada April lalu, pasangan selebriti Kamal Adli dan Uqasha Senrose mengadakan majlis aqiqah dan majlis kesyukuran buat buah hati mereka.
Anak pertama Kamal dan Uqasha, si comel Haura Uqaira kini sudah pun berusia dua bulan selepas dilahirkan pada 27 April lalu.
Majlis aqiqah dan kesyukuran yang berlangsung baru-baru ini dilihat cukup ringkas namun meriah. Menerusi akaun Tik Tok, turut dikongsikan beberapa momen ketika majlis berlangsung.
Kamal dan Uqasha dilihat tampil dengan persalinan berona merah jambu, begitu juga dengan si comel Uqaira yang berada kemas di pangkuan ibunya.
Majlis keluarga itu turut mengundang Ustaz Wadi Anuar bagi menyempurnakan ibadah tahnik buat Uqaira.
Apa yang menarik majlis ringkas dan tidak keterlaluan ini dihias dengan hiasan dekorasi minimalis. Kelihatan pentas utama dirias dengan belon-belon dan teddy bear dari warna putih dan kecoklatan. Memang cantik dan kemas.
Meninjau diruangan komen rata-rata pengikut pasangan ini memuji penampilan Uqasha selepas melahirkan anak. Ibu cantik manis ini tetap kekal jelita dan ayu dengan berlitup kemas di majis ini.
Terdahulu, Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik. Pasangan ini menyambut kehadiran cahaya mata sulung mereka pada 27 April lalu.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.