Anak-anak kecil hatinya sangat tulus dan terlalu jujur. Kadang kita nampak mereka diam, tapi sebaliknya ada sesuatu yang dipendam dalam hati. Apa yang dia lihat, dengar semua disimpan dalam memori.
Seperti nukilan anak ini yang begitu memahami kesibukan ayahnya mencari rezeki tetapi dalam masa sama dia tetap mahu bersama dengan HERO kesayangannya.
“Ini ayah saya. Ayah saya selalu bangun awal. Tapi selalu balik lewat. Hari Ahad ayah saya kerja, orang lain cuti tetapi saya sayang ayah saya!”
Bila baca nota ini, ramai yang tersentuh hati kerana menampakkan kejujurannya ketika menulis mengenai pengorbanan ayahnya.
Perkara ini juga mengundang sebak dalam kalangan warganet dan rata-ratanya turut mengalami situasi sama demi mencari rezeki untuk keluarga dan membahagiakan orang tersayang.
Ramai ayah selaku ketua keluarga akui, mereka bukannya minta untuk kaya tapi niat cari rezeki ini demi memberi keselesaan yang terbaik buat insan tersayang.
Malah terpaksa bekerja siang malam ini pun kerana desakan hidup yang terpaksa dilalui sekarang.
Cuma apa yang buatkan ramai sebak, kata-kata “Saya Sayang Ayah Saya” mengambarkan apa saja yang terjadi sekalipun, dia tetap menyayangi ayah sehingga akhir hayat.
Sementara itu, dalam kapsyen yang ditulis dengan ayat “Ayah mintak maaf. Ayah keluar mencari rezeki untuk kita sekeluarga. Ayah sayang semua anak-anak ayah” seolah memberitahu apa yang dilakukan ini demi untuk kelangsungan dan kebaikan bersama.
Malah di ruangan kapsyen rata-rata golongan bapa mengalami situasi sama tetapi apa yang mereka harapkan pengorbanan ini akan berakhir dengan kemanisan pada masa datang.
“Pergorbanan seorang ayah kepada anak-anak tidak akan dilupakan. Sanggup bersusah payah berhujan dan berpanas demi menjaga rezeki ahli keluarga. Aallahuakbar.”
“Semoga aku pun akan jadi ayah-ayah yang kuat macam dalam komen ni. Kome kuat. Akuuu solute!!! Doakan aku semoga jadi ayah yg bertanggungjawab dan kuat untuk keluarga kecil kuu!!!”
“Antara tanggungjawab dan pengorbanan. Kami tidak minta untuk disanjungi, cukup sekadar dihargai.”
“Hero yang tak didendang. Dah jadi ayah ni baru tau perasaannya macam mana.”
Kredit: Shah Thegret
Anak belum lancar membaca? Belajar cara mudah nak ajar anak tanpa perlu rasa stres, daftar secara percuma di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-cepat-belajar/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)