Aktor Datuk Fizz Fairuz secara terbuka memberitahu menerima keadaan fizikal isterinya, Datin Almy Nadia yang dilihat berisi berbanding sebelum memiliki cahaya mata.
Menerusi laporan Kosmo! Online, Fizz atau nama sebenarnya Fairuz Zainal Abidin berkata, dia akan terus menyayangi Almy yang juga seorang aktres kerana tidak kisah dengan perubahan fizikal dialami isterinya.
“Kadang-kadang isteri tanya sama ada saya sayangkan dia atau tidak kerana bentuk badannya yang gemuk. Saya cakap biarlah. Kalau awak kurus, saya mengandungkan awak balik. Sebab saya menerima dirinya yang sekarang. Saya tidak kisah kerana saya suka dia begitu (berisi),” katanya.
Pelakon berusia 44 tahun itu berkata, dia bersyukur mempunyai pasangan hidup yang memikul tanggungjawab sebaiknya terutama dalam soal menguruskan anak-anak.
“Kalau dia kurus, saya tidak fikir isteri akan dapat jadi seorang ibu sempurna. Saya bersyukur dengan kehadiran empat orang cahaya mata dalam keluarga.
“Jadi tidak perlu fikir kalau orang bercakap buruk tentangnya,” ujarnya.
Kongsi pelakon filem Munafik itu lagi, dia pernah memberi galakan kepada isteri untuk menurunkan sedikit berat badan secara selamat dan tidak memudaratkan kesihatan.
“Saya pernah suruh dia kuruskan badan. Saya beri galakan. Tapi cara yang bagaimana? Potong usus? Sementara nak tunggu sembuh lebih kurang dua minggu, anak-anak nanti bagaimana?
“Saya nak ambil pembantu, dia tak mahu. Semua kerja nak buat sendiri. Saya tahu isteri penat buat kerja rumah, uruskan anak-anak ke sekolah. Tapi itu yang dia mahukan,” kongsinya lagi.
Untuk rekod, Fizz dan Almy berkahwin pada 26 April 2014 dan dikurniakan empat cahaya mata perempuan iaitu Afrina Arianna, 6, Afrina Aurora, 5, Afrina Ayra, 4 dan Nur Afrina Aisyah, 2.
Kredit: Kosmo! Online, Instagram Fizz Fairuz/ Almy Nadia
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI