“Saya & Suami Tak Mandul” Cahaya Mata Sulung Hadir Selepas 23 Tahun Menanti

Share

“Saya dan suami tidak mandul kerana lepas dua tahun kahwin, kami berjumpa pakar dan pemeriksaan lanjut menunjukkan kami tidak mempunyai sebarang masalah pada sistem pembiakan.

Setelah sekian lama berdepan tohmahan orang sekeliling dan dituduh mandul, kini seorang peniaga makanan, Norehan Sulaiman, 42, bersyukur apabila dikurniakan zuriat pertama selepas 23 tahun mendirikan rumah tangga.

“Namun pada masa itu kami belum ada rezeki nak timang anak sendiri. Macam-macam orang cakap tuduh kami mandul.

“Tak sangka umur dah 41 tahun baru hamil dan sekarang umur anak baharu masuk empat bulan selepas saya bersalin 8 April lalu secara pembedahan,”


“Dahulu saya tidak mampu untuk memahami cerita yang dikongsi rakan berkaitan kehamilan, tetapi kini saya dapat merasai pengalaman ‘mabuk’, lesu dan tidak ada selera makan,”

Ujar Norehan, sebelum ini ketika perkahwinan mereka menganjak 10 tahun ini, dia dan suami mengambil dua anak angkat lelaki serta perempuan sebagai penyeri hidup yang kini berusia 13 dan 14 tahun.

“Saya dan suami sangat gembira kerana kedua-dua anak angkat sangat akrab dengan adik mereka, Aisy Mateen Mikhael Sohimy,”

Kredit: Sinar Harian

 

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
NuFa