
Pelakon Saharul Ridzwan akui teruja untuk mengetahui jantina anak ketiganya yang bakal dilahirkan pada bila-bila masa dalam masa terdekat ini.
Kata Saharul, sejak anak kedua lagi dia sengaja buat kejutan untuk diri sendiri tentang jantina bayi sehingga hari dilahirkan.
“Saya tengah berdebar ni kerana isteri saya memang tengah tunggu hari bila-bila masa sahaja akan bersalin..tak hari ini mungkin esok insyaAllah.
“Saya memang teruja dan tak sabar hendak mengetahui jantina anak ketiga ini. Saya suka akan perasaan teruja seperti ini sebab saya memang suka suprise.
“Terdahulu masa anak kedua juga saya guna elemen yang sama kerana momen untuk tahu jantina bayi sebaik sahaja dia dilahirkan memang seronok.
Isteri ada fibroid, mohon doa dipermudahkan
Selain berdebar menanti saat kelahiran anaknya, Saharul juga meluahkan rasa bimbang terhadap isterinya Qaabila Deena Emir kerana mempunyai fibroid.
“Sekarang ni doktor akan pantau sama ada isteri boleh bersalin normal atau pembedahan kerana ada ketulan fibroid di dalam rahimnya.
“Doakanlah, cuma saya harap proses bersalin nanti dipermudahkan dan selamat semuanya,” katanya.
Saharul mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016. Pasangan ini telah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, 6, dan Fateema Azzahra kini berusia tiga tahun.
Kredit: Gempak, IG Saharul Ridzwan & deenaemir
Anak belum lancar membaca? Belajar cara mudah nak ajar anak tanpa perlu rasa stres, daftar secara percuma di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-cepat-belajar/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Betul Ke Kalau Perut Besar Ibu Susah Nak Bersalin Dan Kandungan Saiz Kecil Kurang Sihat?

Isi Kandungan
ToggleAda sesetengah orang kata bahawa saiz perut yang kecil adalah petunjuk kepada proses bersalin yang mudah? Bagaimana pula dengan perut bersaiz besar? Adakah ia mitos?
Bermula dari saat perut mula kelihatan, pasti mama perasan ada mata-mata yang memandang ke arahnya bukan? Usah resah dengan situasi seperti itu. Sama seperti bayi, perut ketika hamil pun ada pelbagai saiz dan bentuk.
Lazimnya, bagi kehamilan pertama, perut anda kelihatan “kemas”. Namun, semakin ramai jumlah anak yang pernah dikandungi, otot di bahagian perut menjadi lebih longgar lalu menjadikan perut melebar.
Perlu anda tahu, saiz perut juga bergantung kepada kedudukan bayi di dalam rahim dan amaun air ketuban yang ada. Tidak kira besar atau kecil saiz perut anda, pokok pangkalnya anda dan bayi yang dikandungi sihat dan selamat.
BERAT IBU KURANG, BAYI JADI KECIL?
Pada awal usia kehamilan, doktor akan memeriksa Indeks Jisim Tubuh (BMI) anda. Idealnya, BMI berat badan normal adalah di antara 19 dan 24. Sekiranya anda berat badan anda dikesan kurang dan sepanjang hamil tidak mengamalkan pemakanan yang mencukupi,ia berkemungkinan besar memberi kesan kepada saiz bayi.
Dia mungkin mengalami masalah kurang berat badan juga. Malah, dia juga mungkin boleh dilahirkan sebelum tempoh usia matang iaitu sebelum 36 minggu. Oleh yang demikian, adalah penting untuk anda mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.
BERAT BERLEBIHAN MENGUNDANG KOMPLIKASI?
Jika anda hamil dengan BMI lebih daripada 30, ada pelbagai komplikasi yang bakal anda depani. Antaranya tekanan darah tinggi, diabetes dan praeklampsia. Walau bagaimanapun, anda tidak dibenarkan mengamalkan diet dengan mengehadkan pengambilan makanan. Namun, pengambilan lemak dan gula yang terhad dapat membantu anda mengawal berat badan dalam kadar yang munasabah lalu mengurangkan risiko masalah kesihatan sama ada untuk tempoh jangka pendek mahupun panjang kepada bayi dalam kandungan.
BAYI BESAR, LAHIR SUSAH?
Saiz bayi tidak mempengaruhi kelancaran proses bersalin. Biasanya, kesukaran yang mungkin dialami adalah tertakluk kepada kedudukan bayi serta saiz pelvis ibu. Ia juga bergantung kepada tahap anda mengawal diri dan kesakitan yang dialami sepanjang kontraksi berlangsung.
Apa pun jua saiz bayi, apa yang anda perlukan ialah sokongan kuat, kekal bertenang dan seboleh bolehnya berjalan-jalan di sekitar bilik bersalin selagi mampu berbuat demikian.
BAYI KECIL, MUDAH LAHIR?
Terdapat salah tanggapan bahawa bayi yang bersaiz kecil lebih mudah untuk dilahirkan. Namun, tiada kajian yang dapat membuktikan tanggapan ini. Sebenarnya, kebanyakan bayi bersaiz kecil boleh mengambil masa yang lebih lama untuk memulakan proses kelahiran berbanding bayi yang bersaiz besar.
BAYI KECIL KURANG SIHAT?
Perlu anda tahu bahawa terdapat perbezaan antara bayi yang bersaiz kecil kerana tidak berkemampuan membesar dengan baik ketika dalam rahim jika dibandingkan dengan bayi yang sememangnya mempunyai genetik saiz kecil.
Oleh sebab itulah, sepanjang kehamilan saiz rahim anda dipantau oleh doktor setiap kali pemeriksaan antenatal dilakukan.
Jika bayi anda kecil tetapi sesuai dengan anda yang mengandungkannya, maka perkembangan kehamilan akan berjalan seperti biasa. Namun, jika perkembangan rahim terbatas dan tidak menunjukkan apa-apa perubahan, maka anda akan dirujuk kepada doktor yang lebih pakar bagi membolehkan pemantauan yang lebih rapi dilakukan.
MORNING SICKNESS TERUK, BAYI JADI KECIL?
Bayi mendapatkan keperluan khasiat pemakanannya daripada anda. Bukan bayi yang perlu dikhuatirkan jika anda mengalami morning sickness yang teruk, sebaliknya diri anda sendiri! Biasanya, masalah muntah akan menjadi lebih baik sekitar minggu ke-12. Alahan yang dialami biasanya menjadi teruk jika anda tidak makan dalam tempoh tertentu.
Jadi, cuba makan dalam amaun yang sedikit tetapi kerap dan jangan lupa untuk minum air dalam jumlah yang mencukupi. Apabila loya yang dialami sangat teruk, anda mungkin perlu ditahan di hospital untuk membolehkan cecair dimasukkan ke tubuh bagi menghalang masalah penghidratan.
Jangan bimbang, ia tidak memberi kesan kepada bayi kerana hanya morning sickness yang benar-benar kritikal mampu memberi kesan kepada perkembangan bayi.
SEJARAH BAYI BESAR DALAM KELUARGA ADA HUBUNG KAIT?
Tidak kira sama ada bayi besar atau kecil, ia ada hubung kaitnya dengan faktor genetik. Sebagi contoh, jika ibu mempunyai berat badan berlebihan, maka bayi pun berkemungkinan bersaiz yang sama.
Sama juga halnya jika ibu tidak makan secara sihat, maka ia boleh memberi kesan kepada bayi dan menjadikannya bayi bersaiz kecil. Pemakanan dan gaya hidup anda memainkan peranan dalam menentukan saiz bayi.
Jika sejarah keluarga ada yang menghidap diabetes, doktor akan meminta anda menjalani ujian toleransi gula kerana dikhuatiri bayi boleh bersaiz besar jika anda pun menghidap diabetes ketika hamil.
PERUT BESAR BERI BEBAN?
Secara teori, peningkatan berat badan boleh meningkatkan risiko haemorrhoid (buasir) atau varicose vein. Ia juga akan menyebabkan bahagian kaki berasa tidak selesa.
Walau sebesar mana pun saiz perut anda, ia tidak akan mendatangkan masalah sekiranya anda menjaga kesihatan diri dan sentiasa melakukan senaman secara berkala.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bahu Rasa Nak Tercabut” Tidur 2-4 Jam Sehari, Raja Ilya Syukur Dapat Rasa Momen Berharga!

Selamat melahirkan puteri sulungnya pada 1 Julai lalu, pelakon Raja Ilya berkongsi perkembangan terkininya bersama buah hatinya ketika berpantang.
Menurut kata Raja Ilya, dia dan suaminya, Trent Garret hanya tidur selama dua hingga empat jam sahaja demi menjaga buah hati mereka bersama, Talita Love.
Malah kata Raja Ilya lagi menerusi Instagramnya, dia juga turut berdepan masalah sakit-sakit badan selepas melahirkan bayinya dek kerana tidak cukup rehat secukupnya.
“Even now kitaorang tidur 2-4 jam setiap malam, badan dah macam kena pijak. Nak berurut dengan bidan tak boleh sebab czer kan.
“Bahu ni rasa macam nak tercabut, tangan macam angkat dumbell 100kg, pinggang macam boleh patah any minute.
“Tapi semua ni hilang entah ke mana bila bangun buka mata tengok muka baby tidur dengan tenang,” katanya berkongsi menerusi Instagramnya.
Kini kata Raja Ilya lagi, barulah dia tahu betapa besarnya pengorbanan seorang ibu dan ayah malah kini amat mengagumi semua ibu bapa yang pernah melalui pengalaman yang sama dilaluinya kini.
“Salute kepada semua ibu dan bapa. Kami rasainya sekarang ini. Ia satu perasaan yang tidak boleh diungkap, macam jatuh cinta. Terima kasih baby @talitalovegarret sebab hadir dalam hidup kami. Kami dirahmati dengan kehadiran kamu, ” luahnya lagi.
Menerusi hantaran itu juga, Raja Ilya yang selamat melahirkan bayinya di Hospital King Edward, Perth turut berkongsi wajah terbaru Talita yang cukup comel.
Raja Ilya yang menyambut ulang tahun kelahirannya semalam rupanya turut mendedahkan anaknya, Talita Love sepatutnya berkongsi tarikh lahir yang sama dengannya.
Dia bagaimanapun bersyukur kerana anak kesayangannya itu lahir 11 hari lebih awal dari jangkaannya.
Menarik: Nervous Dia Lain Macam, Pertama Kali Keluar Bertiga, Mir Filzah Risau Anak Menangis!
Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat!
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Sampai 6 Bulan Lepas Caesar Mengandung Balik. Rahim Ibu Terkoyak Boleh Berlaku

Hamil lagi selepas bersalin ceaserean sebelum tempoh dua tahun seperti disarankan? Mama jangan panik, baca dulu apa yang dikatakan doktor ini.
Lazimnya bagi ibu yang bersalin secara pembedahan caesarean, doktor akan menyarankan waktu selamat untuk hamil semula ialah selepas dua tahun. Tapi bagaimana kalau anda hamil lagi sebelum waktu itu….?
MINIMUM ENAM BULAN
Menurut Dr Norintan Zainal Shah, Pakar Perbidanan & Sakit Puan, Hospital Columbia Asia Seremban, ibu tidak perlu panik kerana terdapat kajian yang menunjukkan jarak minimum untuk hamil selepas kelahiran adalah enam bulan sahaja. Sebagai contoh, sekiranya ibu hamil setelah anak pertama berusia sepuluh bulan, risiko dinding rahim terkoyak adalah amat rendah.
RISIKO UTERINE RUPTURE
Masalah dinding rahim terkoyak ini dinamakan sebagai uterine rupture selalunya berlaku sewaktu kontraksi ketika hendak bersalin. Ia dilaporkan berlaku kurang dari 1% bagi ibu yang mempunyai satu pembedahan caesarean sebelumnya.
Percubaan untuk bersalin secara normal selepas adanya pembedahan caesarean dikenali sebagai TOS atau (Trial of Scar). Bersalin secara normal melalui faraj selepas adanya pembedahan caesarean dikenali pula sebagai VBAC (Vaginal Birth After Caesarean Section).
MASIH BERPELUANG BERSALIN NORMAL
Jika wanita ingin melalui pembedahan caesarean bagi kandungan kedua, ini dikenali sebagai Elective Repeat Cesaerean Section ( ERCS). Bagi pesakit yang pernah mengalami pembedahan caesarean dan inginkan VBAC bagi kandungan keduanya, doktor hendaklah memberitahu bahawa VBAC lebih selamat daripada ERCS.
Ini bererti, pesakit yang berjaya melalui TOS tanpa berlakunya dinding rahim terkoyak dan bersalin melalui VBAC, mereka tidak banyak mengalami masalah. Jika ada 10 orang wanita yang melalui TOS, lapan daripadanya akan berjaya bersalin secara normal.
Amat penting bagi ibu untuk memahami bahawa dinding rahim terkoyak berisiko kepada wanita yang melalui proses TOS. Walau pun ibu terbabit dipantau di hospital yang mempunyai perkhidmatan doktor pakar perbidanan dan pakar bius, serta perkhidmatan tabung darah, hal ini boleh berlaku!
KESAN DINDING RAHIM TERKOYAK
- Tumpah darah dari rahim ibu sehingga ibu memerlukan transfusi darah.
- Ibu melahirkan bayi secara emergency caesarean section.
- Anak yang dilahirkan boleh mengalami masalah kekurangan darah dan oksigen sehingga boleh menyebabkan kecacatan otak dan maut.
- Rahim yang mengalami koyak kadang kala tidak dapat diselamatkan dan perlu dibuang.
- Kesan sampingan bius penuh ketika menjalankan caesarean secara kecemasan juga tinggi. Doktor bius akan memberi penerangan sebelum ibu dibedah.
- Kehilangan darah yang banyak boleh berisiko menyebabkan masalah DIVC (Disseminated Intravascular Coagulation) di mana darah terus menerus mengalir keluar dari badan kerana darah tidak dapat membeku. Keadaan ini boleh menyebabkan maut.
Dr Norintan menasihatkan agar ibu yang hamil semula dalam jarak kurang dari enam bulan segera merujuk kepada pakar sakit puan & perbidanan supaya rekod pembedahan yang pertama boleh diperiksa atau disemak sebelum ibu boleh melalui TOS. Risiko dinding rahim terkoyak amat tinggi (jika ia berlaku).
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI