Allah sebaik-baik perancang. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Begitulah takdir yang berlaku pada Rafidah Ibrahim apabila keguguran kali kedua pada 24 Jun lalu walaupun kandungan dah mencecah 4 bulan.
Berita sedih ini dikongsikan oleh Rafidah di instagramnya dan apa yang boleh dipuji semangat Rafidah cukup kuat apabila dia sendiri yang hantar jenazah anaknya sehingga ke tanah perkuburan.
View this post on Instagram
Innalillahhiwainnalillah hiroji’un. Jumaat, 24 Jun 2022, sebelum masuk waktu Maghrib, anak dalam kandungan saya, Abdullah bin Shahzemir yang berusia 4 bulan 7 hari telah pergi. Petang, dari jam 5pm perut saya terlalu sakit dan saya sangkakan angin yang terlalu teruk dalam badan terutama di bahagian bawah perut.
Saya biarkan dan berehat walaupun sakitnya hanya Allah saja yang tau. Sebelum masuk Waktu Maghrib dan sebelum berwuduk, saya berhadas kecil, dan pada ketika tu terasa sesuatu ingin keluar. Saya terus memanggil suami dan cakap ada sesuatu nak keluar dan suami kata, biarkan.
Saya tadahkan tangan, pada waktu itu, janin keluar di atas tapak tangan saya dan saya ada rasa sedikit pergerakan sebelum suami memotong tali pusat (sekiranya berlaku pada anda, terus ke hospital ya dan jangan potong sendiri kerana itu akan lebih memudahkan proses cuci uri /placenta nanti).
Pada waktu tu, perasaan panik ada, nak nangis pun ada tapi bila saya pegang baby, SubhanAllah indahnya ciptaan Allah s.w.t. Perasaan panik & sedih tadi bertukar serta merta jadi gembira saat saya dan suami melihat keindahan ciptaan Allah itu walaupun belum sempurna tapi sudah cukup sifat. Saya yakin para ibu bapa yg sudah menimang cahaya mata, perasaan itu sangat-sangat menggembirakan dan terubat segala rasa.
Sementara suami tunaikan solat, saya bersiap dan kami terus ke hospital. Seperti biasa, proses membersihkan uri dilakukan dan saya ditahan 1 malam di wad bagi tujuan pantauan. Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan bagi anak syurga ini.
Jantina baby tak dapat dikenalpasti, tapi kami menamakannya Abdullah (hamba Allah). Terima kasih Abi – Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi atas ‘guideline’ perkara yg perlu dibuat ke atas jenazah bayi kami dan juga atas nama yg diberi sbb kami memang dah niatkan jika anak kami lahir nak abi namakan. Terima kasih juga buat para doktor, para misi, forensik dan semua warga Hospital Wanita & Kanak-kanak Kuala Lumpur (HWKKKL) atas keprihatinan anda, nasihat dan layanan yg sangat baik. Tak lupa juga saya nak ucapkan terima kasih buat kejiranan yg membantu dan memudahkan pengurusan jenazah bayi saya Abg Lop (Syamil), Kak Rozi, Kak Timah.
Terima kasih juga buat Abg Rais yang membantu menggali kubur anak kami. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Ampang, bersebelahan kubur arwah mak dan arwah ayah saya. Tidak ketinggalan buat para keluarga, sahabat, pengikut di setiap media sosial dan semua yang sentiasa mendoakan kebaikan saya, anak dan suami serta nasihat. Terima kasih sekali lagi buat semua yang terlibat secara langsung dan tak langsung. Semoga Allah s.w.t sentiasa merahmati kita semua di dunia dan di akhirat. ❤️❤️❤️
Sebelum ini, Rafidah mengalami keguguran buat kali pertama pada November tahun lalu.
Menerusi laporan Metro, Rafidah dan suaminya, Shahzemir Shahzulkarib, 37, akur bahawa belum sampai lagi rezeki untuk memiliki anak.
Kongsinya dia mengalami pendarahan ketika kandungan berusia lebih 10 minggu. Mungkin akibat tekanan kerja dan kurang rehat menyebabkan rahim saya tidak kuat bertahan,” katanya.
Moga dengan ujian ini, Rafidah dan suami terus kuat menghadapinya. Percayalah anak-anak ini dah menanti di Syurga. InsyaAllah pasti akan ada rezeki lebih baik lagi Allah nak bagi.
Kredit: IG Rafidah Ibrahim
Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat! Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI