Pelawak dan usahawan, Shuib menyatakan yang dia tidak akan basuh telekung kegemaran arwah isteri, Siti Sarah untuk selama-lamanya kerana itulah yang menjadi kenangan dan pengubat rindu buatnya.
Tak akan basuh telekung putih arwah
Walaupun jasad isterinya sudah tiada, hanya barang-barang peribadi termasuklah telekung berwarna putih yang sering dipakai oleh arwah isteri menjadi peninggalan yang amat berharga untuknya.
Ini adalah telekung yang paling digemarinya. Jadi memang tak akan dibasuh. Dia jarang pakai telekung lain. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya ada peninggalannya. Allahuakbar.
InsyaAllah, telekung ini akan selalu mengikut (saya) ke mana-mana.
Dalam proses untuk sesuaikan diri tanpa arwah
Dalam pada itu, pelawak berusia 37 tahun ini turut memberitahu bahawa kehilangan isterinya bagaikan mimpi tetapi dia sudah mula untuk menghadapi realiti pahit berkenaan.
Apabila saya bangun dan turun ke tingkat bawah, saya sedar semua ini bukan mimpi. Dia (Sarah) sudah tiada.
‘Dia menggadaikan nyawa melahirkan tanpa melihat wajah zuriat kami’
Ujarnya lagi, dia menyifatkan anak keempatnya, Ayash Affan sebagai hadiah yang paling berharga daripada arwah Siti Sarah.
Dia memilih nama dan tarikh bersalin pada 30 September, namun dia menggadaikan nyawa melahirkan tanpa melihat wajah zuriat kami.
Nak cari bibik baru untuk urus rumah tangga
Sementara itu, Shuib juga menyatakan dia masih sedang membiasakan diri meneruskan kehidupan bersama anak-anak.
Menurut Shuib, akibat sudah terbiasa dengan kehadiran pembantu rumah, dia telah tersasul menyebut nama semalam ketika sedang menguruskan pakaian anak-anak. Namun, hakikatnya beliau sudah meninggal dunia.
Saya rasa banyak sangat yang janggal. Selama ini hal rumah atau anak-anak, Siti Sarah dan bibik yang uruskan. Sampai nak cari baju anak pun saya terpanggil bibik. Padahal bibik saya pun dah meninggal dunia.
Saya tengah mencari bibik baru, kalau ada sesiapa yang berminat boleh hubungi saya.
Anak-anak mudah cakap
Tambah pemilik nama Shahmira Muhammad, selepas ketiadaan Siti Sarah, anak-anaknya menjadi seorang yang mudah mendengar kata.
Bagaimanapun katanya, kerinduan terhadap Siti Sarah tetap ada kerana mereka pernah bertanya soalan ‘cepumas’.
Anak-anak jadi ikut cakap. Mereka faham ibu sudah tiada dan tidak balik ke rumah lagi. Sekali saya cakap misalnya suruh solat terus mereka lakukan. Kalau tidak, dulu nak suruh mandi pun berjam jam.
Tapi, sesekali mereka akan bertanya juga soalan mengenai ibunya. Paling membuatkan saya tersentuh apabila mereka menyatakan kerinduan terhadap ibu. Luahan itulah yang membuatkan saya ‘koyak’. Insya-Allah, saya akan kuat dan cuba untuk jadi kuat.
Siti Sarah dan Shuib berkahwin pada 2011 dan mendapat tiga cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.
Kredit: Kosmo & Instagram @shuibsepahtu
Mama jom rileks jap, klik link ni!
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)