Siapa yang pernah melupakan kisah Kak Kek atau Catriona Ross yang pernah berdepan detik sukar ketika kemalangan ngeri yang menimpanya pada tahun 2007.
Ketika usianya baru 27 tahun dan masih belum berkahwin ketika itu, dia diramal oleh doktor tidak boleh hamil dan mempunyai anak. Satu tamparan yang maha hebat untuk dirinya.
Menerusi program bual bicara Astro Gempak, Sembang Tepi Kak Gee yang bersiaran di Astro Ria, Catriona menceritakan semula kisah hidupnya yang gelap dikala itu.
Akibat kemalangan itu, Catriona mengalami kecederaan teruk termasuk patah kaki, retak tulang rusuk dan beberapa kecederaan lain.
Dia yang ketika itu dalam perjalanan pulang ke kampung bagi menemani kawannya.
” Kejadian berlaku pada April 2007. Saya ingat lagi waktu itu saya tidur. Sedar-sedar saya sudah tercampak keluar dan berada di atas jalan raya.
“Saya nampak kereta kami jauh dan kecil sangat. Saya hanya dengar kawan saya minta maaf.
Apabila saya bangun, saya pandang bawah. Saya nampak kaki sudah patah. Saya terus pengsan,” kongsinya memulakan cerita.
Kata Catriona, keadaan dirinya di ketika itu teramatlah teruk. Malah dia hanya sedar sebaik menjalani pembedahan pertama di sebuah hospital 14 tahun lalu.
Tamparan paling hebat padanya bila mana doktor pakar memaklumkan kesan jangka panjang yang dia berkemungkinan tidak dapat menimang cahaya mata.
“Ada pakar beritahu saya terhempap tulang punggung. Saya tidak dapat hamil kalau menikah. Itu merupakan satu tamparan hebat buat saya.
“Tapi saya tak benci dan marahkannya. Saya tahu saya kena fight sebab saya percaya Allah maha berkuasa,”kongsinya lagi.
Ibu kepada tiga orang cahaya mata ini di ketika itu tidak lagi menoleh dan terus bangkit untuk pulih.
“Ada pelawat yang datang tanya, kenapa boleh jadi teruk macam ni. Saya tak mintakan, jadi saya jadi jujur kepada diri sendiri, saya fokus macam mana nak pulih.
“Saya kena jadi duta pada diri sendiri. Tak apa ini ujian Allah, jika saya tak kuat, body akan ikut saya.
“Saya tak mahu hidup saya berakhir seperti itu pada usia 27 tahun. Jadi saya pusingkan yang negatif jadi positif,” luahnya lagi.
Kekuatan yang dibawanya bukan sedikit. Berkat kesungguhan hatinya, dia pulih daripada kecederaan kesan kemalangan termasuklah boleh berjalan seperti biasa walaupun pada awalnya dia begitu trauma dengan apa yang berlaku.
Bercerita kisah hidupnya, ibu cantik ini nyata amat bersyukur bila mana Allah memberinya rezeki untuk menikmati kehidupan berumahtangga dua tahun selepas kejadian itu bersama penerbit dan pengarah televisyen Astro, Shaharuddin Mokhtaruddin.
Kini mereka cukup bahagia dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, dua lelaki dan seorang perempuan yang mana salah seorangnya adalah anak istimewa, autisme.
Kisah perjuangan yang sudah semestinya menjadi inspirasi buat kita. Apa yang penting kita jangan mudah menyerah kalah dengan nasib dan berdoalah sentiasa padaNya!
Menarik: Dah Datang Feeling Dia Tu, Bukan Main Aafiyah Berjoget, Menyanyi Pun Persis Datuk Siti
PA&MA GALA MOMS yang diinspirasikan bersama CETAPHIL, sebuah program Anugerah Digital yang memberi penghargaan kepada 20 mama millennial yang bukan hanya mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial malah memberi inspirasi buat ibu-ibu millennial di luar sana.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: Astro Gempak & @catrionabrianross