Pelawak, usahawan dan bapa kepada empat cahaya mata, Shuib Sepahtu mengakui tidak sanggup untuk bertentangan mata dengan ‘kembar’ arwah isterinya Allahyarham Siti Sarah iaitu Emy Nur Faranizah yang tular baru-baru ini.
Tak sanggup untuk bertentang mata
Menerusi laporan Harian Metro, pelawak berusia 38 tahun itu berkata memori dan ‘keberadaan’ Allahyarham masih diingati dan menebal dalam dirinya.
“Kalau boleh saya mahu mengelak daripada berjumpa dengan dia. Untuk melihat ‘figure’ Sarah sekarang ini saya tak sanggup.
“Sebab dia dah tak ada dan semestinya tak ada pengganti untuk dia. Untuk tengok depan mata saya tak sampai hati dan tak sanggup.
“Jika anak nak jumpa saya okay saja..”
Bagaimanapun, dia tidak melarang anak-anaknya untuk bertemu dengan Emy dan mengakui sering mendengar mengenai kewujudan tujuh orang berwajah sama.
“Untuk anak-anak berjumpa dia (Emy) saya okay saja dan tak larang. Saya boleh bawa, tak ada masalah. Sebab Allah Maha Kaya, Maha Hebat.
“Saya selalu dengar kita ini ada tujuh kembar, muka sama kita dalam dunia ini. Satu kelebihan juga Allah nak bagi muka sama,” ujarnya.
Tambah Shuib, dia juga tidak kisah sekiranya orang ramai mengatakan wajah wanita berkenaan seiras dengan arwah isterinya.
“Saya anggap ini biasa. Saya percaya setiap orang ada muka sama. Begitu juga dengan saya. Perkara sebegini memang dah ada dan tak ada isu pun. Kalau terjumpa ia satu rezeki.
“Kalau orang tanya saya nak jumpa saja-saja saya cakap tak, sebab rindu saya dengan Sarah memang takkan pernah habis. Saya tak boleh nak tengok, saya tahu bukan dia walaupun muka sama,” luahnya.
Terdahulu, bapa Siti Sarah iaitu Raissuddin Hamzah mendapat kejutan sempena ulang tahun kelahiran daripada isterinya Siti Fatimah Suberi atau Makder dengan membawa wanita tersebut ke rumah mereka.
Kredit: Harian Metro, IG Shuib Sepahtu, Facebook Bunga April
Nak buat persiapan kehadiran ‘orang baru’ kena reaady mental dan fizikal. Jom kumpul ilmu di Bengkel Pa&Ma To Be: Belajar Sampai Terer!
Hanya RM20, ada banyak hadiah istimewa. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/belajar-sampai-terror/