Kalau dahulu, anak-anak lelaki tidak dibenarkan menangis. Seandainya dibuat juga, mereka akan dianggap lemah. Anak lelaki sepatutnya kuat dan tabah sekiranya ada masalah atau mengalami sebarang tekanan.
Sebenarnya menangis adalah sesuatu yang normal. Ia terhasil daripada perasaan sedih atau emosi yang terganggu dengan tekanan. Tidak salah jika anak-anak lelaki mahu menangis kerana itu adalah satu cara untuk menunjukkan perasaan mereka.
Artikel Menarik: [“Terima Kasih Sabar Dengan Bonda.” Luahan Hati Faralyna Tentang Anak Sentuh Hati Ramai Ibu]
Artikel Menarik: [“Belajar Urus Emosi Sesuatu Yang Sukar.” Bila Rasa Down, Maafkan Diri Sendiri]
Ikuti perkongsian Wawa Shauqi berkaitan hal ini.
Saya bukan ibu yang jenis sorok kan emosi. Kalau nak nangis, saya nangis je depan anak. Kadang-kadang, sengaja mintak anak pujuk.
Saya bukan jenis yang macam dalam drama Melayu tu. ‘Eh takla. Mama tak nangis, mata masuk habuk je’.
Saya macam dalam hindustan. Kalau gaya sedih sangat, sampai anak pun ikut menangis peluk saya. Kadang-kadang, menangis sebab tengok movie sedih je. 😂
Biarlah apa orang nak kata.
Asalkan saya dah tak payah rasa segan dah kat siapa-siapa kalau menangis tengok movie. 🙈 Yang kedua, sebab saya taknak anak saya anggap yang menangis ini sikap orang lemah. Saya nak anak tau, sedih ni emosi normal seorang manusia. Saya taknak anak lelaki saya mewarisi mindset ‘lelaki mana boleh nangis’.
Saya kesian tengok kawan-kawan lelaki saya dulu. Diam-diam simpan tekanan.
Bertahan sorang-sorang demi nak kekal dilihat kuat.
Sedangkan, mampu menzahirkan emosi adalah sesuatu yang sihat. Yang tak sihat, bila berlarutan tak surut-surut.
Saya nak anak-anak saya juga aware dengan perasaan orang. Tau nak buat apa nak bantu orang yang tengah beremosi.
Macam apa yang diorang selalu buat kat saya. Nampak je saya letih, muka macam sedih, anak datang usap pipi saya dan senyum.
Terutama yang nombor 2 tu. Hilang letih saya bila dia bertanya,
“Nak Aqlan tolong?”.
Tak apalah menangis depan anak pun. Nanti, kita balik yang tersenyum bila melihat anak kita tiru cara kita memujuk mereka.
Jangan lupa, children see, children do. It’s OK to show your emotion. Ambil peluang untuk tunjukkan pada mereka, bagaimana kita berkongsi perasaan dan regulate emosi dengan baik. Jangan nangis teruk sangat pulak depan anak. Nanti terdera pula emosi mereka.☺️
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Pelajari ilmu penyusuan untuk menjayakan bf journey mama bersama pakar-pakar bertauliah di webinar Mama Nak Susukan Anak. Daftar sini : https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-nak-susukan-anak/