Hari ini genap ulang tahun kelahiran yang ke- 34 selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor.
Pemilik jenama terkenal iaitu jenama Nealofar ini turut menerima gelang berjenama mewah dari suaminya yang juga selebriti, Hris Ismail sempena ulang tahun kelahiran Neelofa.
“جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا buat suamiku atas segala bimbingan, kasih sayang dan prihatin dalam setiap hal.”
“Tiada satu pun tentang tanggungjawab yang boleh dipersoal kerana insan ini dari hari pertama perkahwinan sehingga sekarang penuhi segalanya dengan baik dgn izin Allah.”
Ads
Tambahnya lagi, dia bersyukur dikurniakan suami yang baik dan penyayang. Gelang yang dihadiakan oleh Haris sepadan dengan cincin kahwin yang diterimanya.
Ads
“Saya tak pernah meminta itu dan ini tetapi masyaAllah ,selalu cuba untuk bahagiakan isterinya. Istimewa hari lahir, dihadiahkan gelang tangan yang sepadan dengan cincin kahwin, terima kasih suamiku. Semoga Allah swt sentiasa kurniakan ketenangan , kebahagiaan, kesejahteraan dalam keluarga kita”
Lama tak dengar khabar si kembar Medina Safiya dan Medina Sofiya. Pejam celik, pejam celik dah 6 bulan lebih usianya. Walaupun tanpa kasih ibu, mereka nampakya begitu disayangi oleh abiynya dan ahli keluarga lain.
Jelas terpancar kegembiraan pada wajah si kembar ini dengan layanan istimewa daripada abiynya yang cukup mengambil berat dan menguruskan keperluan mereka sama seperti seorang ibu melayan anak-anak.
Semakin sihat membesar
Jika arwah ibu Safiya dan Sofiya ada semestinya dia bangga lihat anaknya membesar dengan sihat. Menerusi perkongsian abiy Safiya dan Sofiya, Syazwan Najmi, anugerah dua puteri ini kepadanya benar-benar hadiah istimewa.
Hadirnya mereka ini juga asbab rezekinya lebih murah dan kini pelancaran Medina Scarf pun dah dilancarkan.
Perjalanan yang Allah aturkan cukup indah. Setiap apa yang berlaku dan sekalipun tak sempat menatap wajah ibu, merasai pelukan ibu dan susu ibu, semuanya ada hikmah.
Yang paling buatkan Syazwan sebak, semakin besar si kembar ini, raut wajah Safiya dan Sofiya semakin iras dengan wajah arwah ibunya.
Medina Scarf dah dilancarkan
Betullah orang kata, ajal, maut dan rezeki semuanya rahsia Allah. Kini berkat kehadiran si kembar, akhirnya jenana Medina Scarf sudah pun dilancarkan secara rasminya.
Jenama tudung ini diambil sempena nama kedua-dua kembarnya dan Syazwan mengharapkan rezeki ini tak putus untuk dia dan anaknya. Moga ada keberkatan dan terus dipermudahkan.
Sebagai seorang bapa, harapannya adalah satu, jika perniagaan ini berjaya semestinya dia rasa bersyukur kerana walaupun kehilangan isteri dia masih mampu menumpang rezeki anak-anak.
Hidup memerlukan pengorbanan
Dalam perkongsian terbarunya di instagram Syazwan akui hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.
Inilah yang dipegangnya sejak ketiadaan arwah isteri demi meneruskan kehidupan bersama anak kembarnya.
Selagi ada peluang cintailah sepenuh hati, agar sampai mati ia akan mengingati, dan apa itu CINTAI.
Sebelum ini kisah pasangan suami isteri ini mendapat perhatian ramai apabila Syazwan memohon orang ramai mendoakan arwah Siti Nur Nasuha kerana bertarung nyawa akibat komplikasi selepas melahirkan bayi kembar mereka sebelum meninggal dunia pada 14 April lalu.
Arwah yang melahirkan bayi kembar perempuan pada 31 Mac tidak sempat menatap kedua cahaya mata sulung kerana berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Sumber: IG Syazwan Najmi
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang kanak-kanak lelaki berumur tiga tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 10 sebuah kondominium di Jalan Dutamas, Kuala Lumpur, pada petang 22 Jun dan mayat kanak-kanak itu ditemukan di tingkat tiga kondomium itu.
Menerusi laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata pihaknya menerima panggilan MERS 999 berhubung kemalangan terbabit kira-kira jam 3.30 petang.
“Mangsa disahkan meninggal di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Hospital Kuala Lumpur,” katanya.
Panjat tab mandi, naik atas tembok
Menurut Beh, sebelum kejadian mangsa dan ibunya berada di ruang tamu sebelum mangsa berlari ke bilik air dan memanjat tab mandi lalu naik ke atas tembok dalam tandas itu.
“Mangsa dipercayai membuka tingkap tandas sebelum menyusup keluar dan terjatuh di perimeter laluan bomba di tingkat tiga,” katanya.
Difahamkan ibu mangsa yang berusia 32 tahun kemudian turun memaklumkan kepada pengurusan mengenai kejadian itu.
Beh berkata polis sedang menyiasat dengan lebih lanjut berhubung kejadian itu.
Mayat mangsa dibawa keluar oleh ibu mangsa pada kira-kira jam 7.30 malam sebelum menaiki kenderaan polis untuk proses bedah siasat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Kita rasa diri kita dah susah, tetapi masih ada lagi yang lebih susah. Tambah lagi dengan keadaan sekarang yang semuanya memerlukan duit untuk meneruskan kehidupan. Demi sesuap nasi, apa saja kerja yang boleh dilakukan, mesti akan fikirkan anak dulu.
Sama jugalah dengan situasi seorang ibu ini yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok apabila berkongsi video rider Foodpanda wanita yang bekerja sambil membawa anaknya.
Dalam video tersebut, memaparkan seorang ibu yang sedang mengendong anaknya dibahagian depan sambil menunggang motosikal. Melihat situasi tersebut pengguna TikTok dikenali sebagai @mamayayahumarsoleh berasa begitu sebak dan berharap dapat membantu wanita itu bagi meringankan beban yang sedang digalas.
Selepas video tersebut tular, terdapat salah seorang rider Foodpanda memberitahu dia mengenali wanita itu dan mengesahkan yang anak kecil itu selalu dibawa ketika ibunya bekerja.
Lebih menyedihkan, pengguna TikTok berkenaan memaklumkan yang anak wanita itu tidak berapa sihat kerana mengalami kecacatan pada kedua-dua belah matanya.
Disebabkan itu, ramai yang bertanya tentang lokasi wanita itu bekerja kerana ingin memberikan bantuan agar dapat membantu meringankan bebannya.
Difahamkan kakak rider FoodPanda ini sering kelihatan berada di sekitar Petronas Jalan Bangsar, Kuala Lumpur.
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata berasa simpati dan sebak melihat video tersebut. Mereka juga berharap agar si ibu itu diberi kekuatan, kesabaran dan terus dimurahkan rezeki walaupun berada dalam keadaan yang agak sulit.
Semoga terus sentiasa diberi kesihatan yang baik agar boleh terus mencari rezeki buat diri dan anak tersayang.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!