“Saya masa kecil dulu  nak menghafal sangat susah. Tapi you kena pancing saya, kalau pancing saya buat. That’s we call materialistic, tapi one of the way”, itu yang dinyatakan olehnya di dalam rancangan TV Pa&Ma di Astro Prima & Astro Maya HD.

Ashraf alami disleksia ketika kecil, kini curah bakti untuk anak disleksia. Katanya dulu masa sekolah, memang tidak suka kan buku bacaan yang padat dengan tulisan, dia lebih tertarik dengan buku cerita kerana bertulisan besar dan bergambar.

“Saya Tak Suka Buku Pelajaran Tapi Lebih Tertarik Pada Buku Bertulisan Besar & Bergambar. Rupanya Saya Disleksia”!

Ashraf Navaghani, 37 tahun memang tidak pernah mendapat diagnosis sebagai disleksia semasa kecil. Tapi apabila makin membesar, dia baru perasan yang selama ini kepayahan yang dialaminya semasa kecil berkaitan dengan pembacaan adalah sebenarnya simptom disleksia. Hanya selepas berusia 22 tahun dia mendapat diagnosis seorang doktor di Persatuan Disleksia Malaysia.

TIDAK BOLEH BACA BUKU YANG TERLALU SARAT DENGAN TEKS

IKLAN

Membesar sebagai anak tentera yang penuh disiplin membuatkan kesukarannya untuk membaca dipendamkan sahaja. Mengakui yang disleksia memerlukan cara didikan yang khas, kepayahan yang dialaminya itu dialami semasa di peringkat sekolah rendah.

Dia boleh mengenal huruf dan membaca tetapi dia tidak boleh membaca buku-buku yang terlalu sarat dengan teks.  Jika diteruskan dia tidak mampu untuk fokus dan memberikan perhatian kepada apa yang dibacanya. Hinggakan pada satu masa, dia memerlukan pembaris untuk membaca baris demi baris ayat di dalam buku tersebut untuk faham.

IKLAN

“Saya lebih mudah mengingati sesuatu yang didengari berbanding daripada apa yang dibaca. Susah juga untuk belajar. Saya juga tidak menyukai subjek Matematik. Di samping itu, saya suka belajar sambil mendengar muzik, ia membantu saya untuk fokus,” kata anak kelahiran Perak ini.

SISTEM REWARD AMAT MEMBANTU

Rasanya pelik juga bila saya tidak mampu untuk menghabiskan membaca sebuah buku sedangkan saya berjaya untuk membaca Al-Quran sebanyak 3 kali. Ini kerana guru mengaji saya sangat kreatif dan tidak putus asa. Saya boleh menghafal Yaasin pada usia 7 tahun kerana teknik reward yang dilakukan olehnya. Ia boleh dikatakan sebagai challenge buat saya, surah Yaasin dibahagikan kepada lima dan setiap satu bahagian yang saya hafal, saya akan diupah 50sen. Ia adalah menyeronokkan bagi saya pada masa itu,” kata Ashraf mengimbas kembali zaman kanak-kanaknya.

IKLAN

“Saya Tak Suka Buku Pelajaran Tapi Lebih Tertarik Pada Buku Bertulisan Besar & Bergambar. Rupanya Saya Disleksia”!

Ashraf juga berharap agak anak-anak disleksia di peringkat sekolah rendah diberikan perhatian terutamanya cara pengajaran yang lebih menarik mereka untuk fokus. kalau anda nak tahu lebih lanjut kisah Ashraf ini, boleh ikuti siaran ulangan Pa&Ma episod Si Genius Disleksia 9.00 malam ini Selasa 25 September 2018  di Astro Prima & Astro Maya HD.

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI