Pelakon cantik Emma Maembong mendedahkan rona rambut anaknya, Shariq Gabriel yang kelihatan coklat keperangan bukanlah hasil daripada pewarna rambut seperti disangka ramai dan ia merupakan warna rambut asli.
Warna rambut asli
Memetik laporan Gempak, aktres itu menjelaskan rona rambut anaknya berwarna sedemikian kerana ibu Emma, Yatimah Zainab mempunyai rambut berwarna perang dan berasal dari Scotland.
“Memang rambut dia nampak macam ada highlight kan? Saya tidak warnakannya, tapi memang rambut anak saya sebegitu… warna original.
“Saya dah meningkat usia, jadi warna tu dah tiada. Tambahan pula saya selalu warnakan rambut dan touch-up uban. Jadi, dah tak nampak warna rambut sebenar.
“Dulu pun orang ingat saya warnakan rambut, tapi sebenarnya keturunan,” katanya.
Tambah Emma, dia tidak kisah sekiranya ada yang berprasangka negatif dan menuduh rambut anaknya yang bakal menginjak usia dua tahun pada November ini diwarnakan di salun sehingga berubah rona menjadi keperangan.
“Saya tak kisah orang nak kata apa, asalkan jangan benda-benda negatiflah. Saya rasa tiada kesan apa-apa pun. Bagi saya, kita jangan buat andaian terhadap sesuatu perkara tanpa mengetahui hal sebenar.
“Bila nampak highlight sikit mereka andaikan saya warna rambut anak. Nasib baik tak dapat warna rambut perang emas (blonde) kalau tak, tak tahulah orang cakap apa pula,” katanya lagi.
Kredit: Gempak
Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat! Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!