“Saya Takut Beranak Normal, Terbuka Itu Ini” Datin Rebecca Pilih Enam Kali Pembedahan, Amal Pantang 100 Hari!

Share

Melalui pengalaman melahirkan anak melalui kaedah pembedahan bukan satu hal biasa. Namun inilah yang dilalui oleh pelakon, Datin Rebecca Nur Al-Islam yang melalui enam kaedah pembedahan untuk keenam-enam anak yang dikandung. Kekuatan luar biasa!

Datin Rebecca berkongsi pengalaman hebat itu menerusi satu sesi ‘podcast’ bersama Datuk Rosyam Nor dan Datin Adzliana Dato’ Sri Dr Hasan.

Akuinya, dia sebenarnya terlalu takut untuk melalui proses bersalin secara normal dan meminta untuk melahirkan keenam-enam anaknya bersalin melalui kaedah pembedahan.

Semuanya kerana selepas menonton proses kelahiran bayi secara normal melalui YouTube ketika hamil anak pertama dahulu.

“Saya takut beranak sebenarnya. Jadi, sewaktu hamilkan anak pertama selepas dua tahun berkahwin, saya ada masalah dan menangis di saat-saat mahu melahirkan, menangis pada mak saya.

“Saya takut ni, tak dapat nak bayangkan macam mana terbuka itu ini. Saya membayangkan. Jadi, saya pergi jumpa doktor dan tanya doktor.

“Doktor, saya takut sangat nak beranak sebab saya tengok YouTube. Jadi, saya buat permintaan untuk melahirkan secara pembedahan,” katanya berkongsi.

Katanya lagi, doktor sudah memberi saranan untuk bersalin secara normal, namun perasaan takut membuatkan dia tekad untuk pilih kaedah pembedahan untuk melahirkan keenam-enam anaknya.

“Saya dah rasa macam (pengalaman lahirkan anak pertama) penjagaan kaedah pembedahan itu saya rasa saya boleh daripada normal.

“Jadi, saya cakap dengan doktor, saya minta izin untuk beranak secara pembedahan sebab saya rasa tak nak rasa sakit kan…rupanya, rasa sakit selepas bersalin,” katanya.

Amal pantang 100 hari
Dalam pada itu, Rebecca turut tegas dengan pendirian berpantang selama 100 hari dan melarang suami untuk ‘bersentuhan’.

“Selisih malaikat 44 (suami isteri bersama selepas seminggu berpantang). Bentanlah bini tu, tak sihat. Saya berpantang 100 hari, ‘no touch me’ dan saya berpantang di bilik lain.

“Sebab tu body saya masih maintain. Saya kena puji diri saya sendiri. Saya maintain berat saya seperti zaman anak dara sebenarnya sebab saya amat menjaga diri sewaktu berpantang,”katanya.

Terdahulu, Rebecca berkahwin dengan Datuk Nur Azam Sulaiman pada 2011 dan dikurniakan lima anak iaitu Nor Anggun Raverra, 11, Nor Anggerik Renesmee, 10, Nor Aliff Al- Raffael, 7, Nor Ahmed Al- Reaggan, 5, dan Nor Aurora Riana, 4 dan Nor Ammar Al-Rizky lahir pada 12 Mei lalu.

Menarik: Kena Marah Dengan Daddy Conteng Pintu Bilik Air, Ramai Terhibur Dengan Jawapan Fatima!

Nak goodies istimewa dari Simpan SSPN, jom daftar SINI (https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-challenge-pama-sspn/)

Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.

Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Published by
SRM