Kadang-kadang, bukan mudah nak terima hakikat kita akan jadi ayah. Macam yang dilalui oleh pelakon versatil, Khir Rahman, saat tahu isterinya mengandung anak sulung mereka dulu. Bukannya tak gembira, tapi rasa gemuruh dan takut tu lebih menguasai. “Boleh ke aku jadi ayah yang baik?” — persoalan yang sebenarnya ramai lelaki simpan diam-diam dalam hati.
Kekuatan Itu Rupanya Datang Dari Ayah Sendiri
Apa yang menyentuh, Khir tak cari kekuatan dari luar. Dia pandang ke dalam, dan kenang balik arwah ayahnya sendiri – lagenda pop yeh yeh, Dato’ A. Rahman Hassan. Dari situ datang semangat.
“Ketika isteri mengandung anak pertama pun saya dah start risau. Saya tanya arwah abah saya ketika tu sebab takut tak pandai jadi seorang ayah. Dia kata at the moment saya tanya macam tu, dah good signs dah sebab orang yang tak peduli dia takkan tanya.”
Kata-kata ayah yang tenang dan yakin, buat Khir sedar: rasa risau tu bukan tanda kelemahan, tapi bukti dia ambil berat. Petanda yang dia peduli dan bersedia untuk pikul tanggungjawab besar.
Ads
Bukan Sekadar Gelaran ‘Ayah’, Tapi Satu Tindakan
Khir percaya, jadi ayah bukan tentang siapa yang pandai bagi nasihat. Tapi siapa yang sanggup turun padang, tengok sendiri anak membesar, dan corakkan mereka satu-satu macam kanvas putih. Setiap tindakan, setiap keputusan — semuanya ada kesan. Dan dari situ, bermulanya pelaksanaan sebagai seorang ayah.
Ads
“Jaga anak ni sama macam kanvas putih, macam mana kita mewarnakan kanvas tu dan pada saya mendidik anak ni bukannya satu idea tapi pelaksanaan.”
Ayah, Watak Penting Dalam Hidup Anak
Apa yang Khir kongsikan bukan sekadar pengalaman peribadi, tapi satu tamparan lembut buat semua ayah di luar sana. Kita mungkin tak lahir sebagai bapa yang sempurna, tapi bila kita mula tanya “boleh ke aku buat ni dengan betul?” — itu sendiri dah satu permulaan yang sangat besar.
Ads
Legasi Itu Diteruskan Dalam Bentuk Kasih Sayang
Arwah Dato’ A. Rahman Hassan mungkin dah tiada, tapi legasi seorang ayah yang mencintai anaknya tak akan pernah padam. Dan hari ini, kita lihat legasi itu terus hidup — melalui cara Khir mendidik anaknya, dengan penuh kesedaran, kasih dan usaha.
Nama Muhammad, Abdul, Siti, Nur jadi pilihan ibu bapa namakan anak. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Badrul Hisham Alias, nama-nama seperti Muhammad, Abdullah, Abdul, Nur, Siti, dan Nurul merupakan antara yang paling kerap digunakan dalam pendaftaran nama rakyat Malaysia setakat ini.
Beliau menjelaskan bahawa nama-nama tersebut sering menjadi pilihan kerana ia mencerminkan identiti Islam serta budaya Melayu. Biasanya, nama-nama ini akan digabungkan dengan nama kedua untuk melengkapkan nama penuh seseorang.
“Ramai ibu bapa membuat rujukan daripada pelbagai sumber seperti buku nama bayi, laman web keibubapaan, al-Quran, hadis dan juga pakar bahasa bagi memilih nama terbaik untuk anak mereka,” ujar beliau kepada Bernama.
Badrul Hisham turut menyatakan bahawa terdapat kecenderungan dalam kalangan ibu bapa masa kini untuk memilih nama yang sedap didengar, senang diingati, serta membawa maksud yang baik dan positif.
Nama-nama berunsur Arab dan Islam seperti Aisyah, Maryam, serta Rayyan kekal menjadi pilihan popular kerana makna indah yang terkandung dalamnya.
Dalam perkembangan lain, beliau turut mendedahkan bahawa terdapat perubahan dalam cara ejaan nama, di mana sesetengah ibu bapa memilih versi yang lebih moden. Sebagai contoh, nama klasik seperti “Amir” diubah kepada “Ameer”, manakala “Zahra” menjadi “Zara”.
Tambahnya lagi, berdasarkan data JPN, terdapat nama yang sepanjang 15 perkataan dan juga nama paling ringkas yang hanya terdiri daripada dua huruf.
Walau bagaimanapun, Badrul Hisham mengingatkan ibu bapa agar mendapatkan nasihat dan penjelasan daripada JPN sekiranya terdapat kekeliruan dalam memilih nama untuk didaftarkan.
Mengikut peruntukan di bawah Seksyen 16, Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299) bagi Semenanjung Malaysia, Pendaftar Besar mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak pendaftaran sesuatu nama.
JPN turut menyediakan satu garis panduan yang dinamakan “Arahan Jabatan mengenai Prosedur Penamaan Kanak-Kanak Semasa Pendaftaran Kelahiran” untuk dijadikan panduan oleh para pendaftar.
Arahan ini menggariskan tiga kategori penamaan yang perlu diberi perhatian, iaitu: nama yang dilarang seperti pangkat dan gelaran; nama yang dianggap tidak sesuai; serta penamaan berdasarkan keturunan.
Antara gelaran yang tidak dibenarkan digunakan sebagai nama anak termasuklah Tan Sri, Datuk, Datuk Seri, Tun, Haji, Nabi, Gabenor, Dr, dan Mahaguru.
Selain itu, nama yang merujuk kepada haiwan, buah-buahan, sayur-sayuran dan peralatan juga tidak digalakkan. Penggunaan singkatan seperti D, Mohd, Abd, M dan seumpamanya juga tidak dibenarkan.
Bagi nama berasaskan keturunan, pertimbangan akan dibuat berdasarkan bukti sama ada gelaran tersebut benar-benar diwarisi daripada keluarga, contohnya seperti Tengku, Megat dan Puteri.
Untuk masyarakat bukan Islam, mereka juga perlu mematuhi garis panduan yang ditetapkan, termasuk larangan menamakan anak dengan nama-nama yang merujuk kepada Tuhan.
Pembelajaran dan terapi kanak-kanak adalah elemen penting dalam membantu perkembangan fizikal, emosi, dan sosial mereka. Dengan sokongan yang sesuai, kanak-kanak dapat mengatasi cabaran, meningkatkan keyakinan diri, dan membina kemahiran hidup secara holistik.
Sehubungan itu, pelbagai program pembelajaran dan terapi direka khas untuk memenuhi keperluan individu kanak-kanak, termasuk anak-anak istimewa. Terapi cara kerja, terapi tingkah laku, dan intervensi awal merupakan antara kaedah yang terbukti berkesan dalam menyokong perkembangan mereka.
Tahniah kepada Ameera Kids Solution Centre yang telah dianugerahkan sebagai Pusat Pembelajaran & Terapi Anak Pilihan Pa&Ma sempena Jenama Pilihan Pa&Ma 2024!
Justeru, Ameera Kids Solution Centre (AKSC) ditubuhkan dengan tujuan untuk memberikan sokongan dan intervensi terbaik bagi anak-anak istimewa. Inspirasi untuk menubuhkan pusat ini datang dari pengalaman dan dedikasi pengasas, Ameera Shafira binti Hassan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dan psikologi.
Ameera memahami cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa dan anak-anak istimewa dalam mendapatkan terapi serta bimbingan yang sesuai, dan inilah yang mendorong beliau untuk menyediakan sebuah pusat yang berfokus pada pendekatan holistik dan mesra anak-anak.
Sejak penubuhan AKSC pada 19 Januari 2019 dan kini mempunyai tiga cawangan, pusat ini telah berusaha keras untuk memberikan perkhidmatan terbaik dalam intervensi dan terapi, terutama bagi anak-anak yang memerlukan sokongan tambahan.
Dengan pendekatan yang menggabungkan psikologi, pendidikan awal kanak-kanak, terapi cara kerja dan terapi tingkah laku, AKSC menawarkan pelbagai program yang bertujuan untuk membantu anak-anak membina kemahiran sosial, komunikasi, dan keyakinan diri.
Terdapat pelbagai kelebihan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Ameera Kids Solution Centre, yang dirancang khas untuk menyokong perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh.
Pusat ini menekankan pendekatan holistik dan terpadu, di mana semua program melengkapi aspek komunikasi, tingkah laku, dan perkembangan fizikal. Selain itu, setiap program disesuaikan mengikut keperluan individu, mengambil kira tahap perkembangan, minat, dan kekuatan unik setiap kanak-kanak. Dengan fokus pada kaedah intervensi awal, kanak-kanak dapat menerima bantuan pada usia muda, memperbaiki kemahiran sosial, komunikasi, dan kehidupan mereka secara signifikan.
Ameera Kids Solution Centre juga mempunyai pakar terlatih yang berpengalaman dalam terapi cara kerja, terapi tingkah laku, dan pendidikan awal kanak-kanak. Penglibatan aktif ibu bapa melalui sesi sokongan turut membantu mengekalkan konsistensi antara terapi di pusat dan di rumah.
Program ini turut meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak melalui terapi seni, muzik, dan latihan kemahiran sosial. Selain itu, terdapat program persediaan sekolah dan kemahiran asas kehidupan harian, disertai dengan pemantauan kemajuan berterusan melalui penilaian berkala dan laporan perkembangan.
Bagi kanak-kanak dengan cabaran sensori dan kawalan emosi, pusat ini menawarkan pengurusan sensori serta latihan komunikasi alternatif untuk anak yang tidak verbal. Program lain seperti latihan kemahiran hidup dan rutin harian memastikan kanak-kanak lebih berdikari, dengan persekitaran yang selamat dan kondusif untuk pembelajaran.
Melalui pendekatan unik ini, kanak-kanak didorong untuk mengekspresikan emosi secara positif, mengurangkan stres, dan membangun kesejahteraan psikologi yang kukuh.
Di samping itu, Ameera Kids Solution Centrekomited menawarkan perkhidmatan untuk membantu perkembangan anak-anak istimewa melalui pendekatan holistik dan berstruktur. Servis yang kami tawarkan termasukProgram Komunikasi yang membantu kanak-kanak membina kemahiran komunikasi, termasuk komunikasi lisan, bukan lisan, dan menggunakan alat bantuan komunikasi untuk meningkatkan interaksi sosial mereka.
Selain itu terdapat Terapi Cara Kerja yang fokus pada kemahiran motor halus dan kasar, membantu kanak-kanak meningkatkan koordinasi pergerakan serta kebolehan mengurus diri dalam aktiviti harian.
Begitu juga dengan Terapi Tingkah Laku yang membantu mengurus tingkah laku mencabar dan membentuk tingkah laku positif melalui strategi yang sesuai dengan keperluan individu. Bagi Program Intervensi Awal (Early Intervention Program) yang direka untuk kanak-kanak pelbagai peringkat umur yang memerlukan intervensi segera. Program ini bertujuan menggalakkan perkembangan mereka melalui pendekatan yang menyeluruh dan bersesuaian.
Program Intervensi Individu pula adalah program terapi individu yang disesuaikan mengikut keperluan khusus setiap anak, membantu mereka mencapai matlamat perkembangan secara optimum.Terapi Menunggang Kuda Jika sesuai, kanak-kanak boleh menjalani terapi berasaskan haiwan yang dapat meningkatkan koordinasi motor, keseimbangan, dan keyakinan diri.
Anak buat perangai? Tantrum? Tak dengar kata? Makin dilarang, makin dibuatnya? Itu normal. Ya, betul wahai parents! Sekiranya anda sering berhadapan dengan situasi yang menguji kesabaran, itulah kehidupan yang harus anda tempuhi dengan tabah (Percayalah, anda tidak keseorangan!)
Tetapi pendekatan yang kebanyakan ibu bapa buat adalah dengan meninggikan suara. Bukan setakat itu, ton suara lebih kepada menengking sehingga merencatkan komunikasi kita dan anak-anak. Mereka menjadi takut dan emosi terganggu. Anak juga beranggapan tengkingan komunikasi yang berkesan maka mereka juga suka bercakap dengan nada keras dan kasar.
Menurut artikel yang pernah dikeluarkan dalam The Wall Street Journal, mengatakan kebanyakan ibu bapa cenderung untuk menjerit kepada anak untuk mendisiplinkan mereka. Jeritan juga sebagai satu tanda melepaskan amarah. Dr. Phil McGraw seorang pakar psikologi turut mengakui konsep itu yang telah diamalkan oleh kebanyakan ibu bapa seluruh dunia. Bahkan dalam sebuah rancangan temubual yang dihadirinya, dia sempat bergurau mengatakan;
“Saya fikirkan anak-anak saya pekak sehinggalah mereka berusia lima tahun. Mana tidaknya, kita semua kadang-kadang tu suka menjerit tanpa sebab.”
Dalam gurauannya itu, Dr.Phil tetap tegas menerangkan tindakan ibu bapa yang gemar meninggikan suara atau menjerit kepada anak-anak untuk mereka tidak melakukan kesalahan adalah suatu yang salah. Tindakan itu tidak berkesan.
“Ia menghentikan komunikasi, itu masalahnya. Sebaik sahaja anda mula menjerit, anak-anak akan terus shutdown.” Jika berdepan dengan anak yang sedang buat perangai, jangan tengking mereka. Rapatkan diri dengan anak dan berbisiklah kepada mereka.
Anak-anak yang selalu dijerkah apabila dihampiri ibu bapa mereka dengan cara berbisik akan terus bertenang dan emosinya akan kembali stabil kerana ia tidak seperti situasi yang sering mereka lalui. Pada ketika ini, mereka akan lebih tenang dan mudah untuk mendengar apa yang cuba ibu bapa mereka ingin katakan. Dalam keadaan ini, mereka sangat-sangat ingin tahu apa sebenarnya yang cuba anda sampaikan.
Tahukah anda, anak-anak yang sering dimarahi dengan jeritan lebih cenderung untuk mengalami masalah sikap, mempunyai simptom depresi dan akan membesar sebagai seorang dewasa yang sukar berpuas hati. Bersetujukah anda jika admin katakan, kita semua tidak sanggup melihat anak-anak membesar dengan kesukaran ini kan? Maka, kitalah yang harus mulakan perubahan itu terlebih dahulu.