Hanya ungkapan “saya terlalu sayangkan ibu..” mampu diluahkan anak ketiga mangsa kemalangan maut membabitkan 10 kematian di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam, semalam (17 Disember).
Faiz, 14, yang tiada ketika kejadian tidak dapat menahan sebak selepas pemergian serentak ibu dan lapan adik-beradiknya dalam kemalangan itu.
“Saya ada berjumpa dengan emak kelmarin dan tak sangka itu kali terakhir menatapnya,” katanya yang terlalu sebak ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Shah Alam.
Dalam kejadian 11.45 malam tadi, ibu Faiz, Norul Naziah Buyong, 37, maut bersama lapan anaknya iaitu Muhamad Razarul Amin Abd Razak, 17; Razatul Aliah, 16; Puteri Hidayah, 12; Muhamad Aizat Syazwan, 10; Muhamad Rolkaizat Rezky, 9; Muhamad Hidayat Hakimie, 7; Puteri Nur Ain Syalwana, 3 dan Muhamad Raid Fathi, 10 bulan, selepas Proton Wira dinaiki keluarga itu terperosok di bawah sebuah treler.
Turut maut ialah seorang pemuda, Muhamad Rahimi Rolex, 27. Suami Norul Naziah, Abd Razak Majit, 50, terselamat dan tiga lagi mangsa lain hanya mengalami kecederaan.
“Kakak tunjuk sikap pelik..”
Sementara itu, adik kepada Norul Naziah yang hanya mahu dikenali sebagai Nurul berkata, seminggu sebelum meninggal dunia, kakak ada bertanyakan soalan pelik kepadanya.
“Dia tanya sama ada saya sedih atau tidak jika dia tiada. Tak sangka pertanyaan itu bayangan dia akan pergi buat selamanya,” katanya.
Kereta rosak selepas pulang kenduri dari Melaka
Menurutnya, Norul Naziah ada menghantar kiriman mesej dan audio di WhatsApp kepadanya jam 10.18 malam tadi memaklumkan kereta dinaikinya rosak selepas dimasuki air akibat banjir.
Ads
Katanya, kakaknya sekeluarga dalam perjalanan pulang ke rumah daripada menghadiri kenduri kahwin di Melaka.
Dia berkata, dia bagaimanapun tidak dapat datang ke lokasi dan kakaknya memaklumkan mahu mendapatkan bantuan dua rakan kepada anaknya.
“Saya katakan padanya (Norul Naziah) supaya hubungi saya jika ada apa-apa berlaku namun tidak lama selepas itu, saya terima panggilan daripada bomba mengatakan kakak terbabit dalam kemalangan serta meninggal dunia di tempat kejadian.
“Tersentak saya ketika itu apabila diberitahu lapan anak saudara saya turut meninggal dunia dan hanya abang ipar saja terselamat,” katanya.
Tahun ini kehilangan 10 ahli keluarga
Nurul berkata, dia tiba di tempat kejadian jam 12.46 malam tadi dan tidak sanggup melihat keadaan kakaknya sebaliknya terus bergegas ke Unit Forensik Hospital Shah Alam.
Ads
Menurut Nurul, hubungannya dengan Norul Naziah agak akrab jadi berasa sedih yang teramat dengan pemergian kakaknya.
“Saya baru kehilangan adik yang meninggal dunia akibat Covid-19 pada Julai lalu dan kini, kakak dan anak saudara pula meninggal dunia.
“Sedih sangat kerana tahun ini saja, 10 ahli keluarga saya meninggal dunia.
“Banyak petanda yang saya nampak sebelum pemergian kakak antaranya arwah pernah menyatakan mahu ‘ikut’ adik yang meninggal dunia akibat Covid-19 tetapi saya tidak fikirkan ia akan jadi kenyataan,” katanya.
Guna kren angkat treler
Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 12.03 tengah malam dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dan BBP Puchong dikejarkan ke lokasi kejadian.
Ads
Katanya, kemalangan membabitkan dua Proton Wira, Perodua Axia dan treler.
“Anggota bertugas bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan alatan khas dan dibantu kren untuk mengangkat lori treler. Mangsa berjaya dikeluarkan serta diserahkan kepada polis.
“Kira-kira 17 individu mangsa terbabit dengan seorang wanita, lima kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan yang menaiki sebuah kereta meninggal dunia dalam kejadian itu. Turut maut seorang lelaki dewasa dalam sebuah kereta lain,” katanya dalam satu kenyataan.
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong p erjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang budak lelaki berusia 7 tahun maut selepas dada tertusuk serpihan kaca ketika bermain di rumahnya dekat Kampung Bukit Changgang, Banting.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh, berkata kejadian itu berlaku pada jam 4 petang.
“Semasa kejadian berlaku mangsa dikatakan sedang bermain sendirian, manakala ibu bapa mangsa turut berada di dalam rumah.
“Ibu bapa kanak-kanak itu mendakwa, mangsa melompat di atas sofa rumahnya sebelum jatuh di atas meja kaca di hadapan sofa.
Gambar Hiasan
“Kejadian mengakibatkan dada mangsa terkena serpihan kaca. Mangsa kemudian dikejarkan ke klinik berhampiran sebelum dibawa ke Hospital Banting dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, bedah siasat akan dilakukan bagi mengetahui punca kematian mangsa.
Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001
Si manja suka bergambar? Jom, mama papa kongsikan foto aksi bayi anda bertemakan Jungle Cuties untuk peraduan Pencarian Bayi Pa&Ma! Mana tahu ada rezeki boleh menang banyak hadiah menarik. Nak hantar gambar anak klik saja link ini: https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/
Biasanya kucing, arnab, harmster, burung antara haiwan peliharaan yang selalu anak-anak suka. Jarang sekali haiwan seperti cicak atau katak yang disukai anak. Ini kerana haiwan tersebut dianggap geli kerana badannya yang lembik.
Namun gelagat anak kecil ini cukup membuatkan ibunya terkejut apabila berani dan menyukai haiwan seperti cicak dan katak. Kisah adik Nur Nabiella, 6 tahun yang dikongsikan oleh ibunya adalah tak disangka sama sekali.
Menurut ibu adik Nur Nabiella, cara Nabiella menjinakkan haiwan tersebut tak disangka sama sekali. Memang sebelum ini tak nampak pun kecenderungannya minat pada haiwan tersebut.
Semuanya bermula apabila ada seekor katak melompat masuk ke dalam bilik. Waktu itu, saya minta Nabiella ambil penyapu dan suruh dia tolakkan katak itu keluar dari bilik. Tapi langsung tak disangka sama sekali, apabila dia keluar bilik sambil gelak dengan abangnya.
Rupanya dia sangat seronok dapat menangkap katak tersebut. Terkejut juga kerana sebelum itu tak pernah pun nampak dia menjinakkan haiwan. Lagi buatkan saya geli, dengan badan katak yang lembik itu dia boleh pegang tanpa rasa takut.
Kalau budak-budak lain nampak je katak memang masing-masing dah lari, tapi anak saya dia suka. Begitu juga kalau jumpa cicak dalam rumah atau di sebalik kain langsir, memang dia akan ajak abangnya berusia 9 tahun untuk tangkap sama-sama.
Apa yang buatkan saya kagum, haiwan yang dia tangkap itu, semua ‘reda’ je tanpa beri apa-apa tindak balas. Seolah-olah rasa macam tak terancam pun.
Takut dengan labah-labah dan kumbang
Cuma satu je kelemahan Nabiella ini adalah dia pantang dengan kumbang atau labah-labah. Tak tahulah kenapa tapi nampak je haiwan ini, dia tak akan cakap banyak, terus pecut lari menyorokkan dirinya.
Dia memang pantang dengan dua haiwan ini yang pada orang lain macam tak ada apa kerana saiznya kecil. Nak kata dia fobia dengan haiwan ini tak pasti cuma inilah kelemahannya.
Lagi-lagi kalau kumbang tanduk, memang dia tak cakap banyaklah. Kadang nak tergelak pun ada lihat gelagatnya. Sebab itu, kalau orang tanya saya macam mana Nabiella boleh suka pada haiwan yang lembik itu, saya tiada jawapan. Ia berlaku secara kebetulan.
Saya sebagai ibu pun geli tengok dia jinak dengan katak dan cicak. Kalau boleh minta cepat-cepat dia lepaskan di luar rumah.
Itulah orang kata, setiap anak sikapnya lain-lain. Memang ada sesetengah binatang dia geli sampailah besar. Kita tak boleh paksa melainkan memang dia suka.
Dua beradik main mercun bola, abang parah, adik cedera. Dua beradik lelaki berusia empat dan tujuh tahun mengalami kecederaan selepas dipercayai bermain mercun bola dalam kejadian yang berlaku di Kampung Baru, Kuala Nerang, pada malam Selasa.