Sebagai ibu bapa, tak salah untuk kita memohon maaf pada anak-anak jika kita sendiri yang melakukan kesalahan. Ini secara tak langsung kita dapat mendidik anak agar meminta maaf jika salah, dan memaafkan jika ada yang memohon maaf. Hati anak akan menjadi lebih lembut dan pemaaf.
Sama seperti Datin Vie Shantie Khan atau mesra dipanggil Vie, dia tidak kekok untuk meminta maaf dengan anak-anak jika ada kesalahan malah anak-anak akan menjadi lebih pemaaf. Pengalaman mendidik anak dikongsi oleh Vie dalam ucapanya untuk anak sulung sempena hari jadinya yang ke 13 tahun. Ikuti perkongsian ini.
MasyaAllah TabarakaAllah… Sungguh tak sedar pun masa berlalu, bulan 5 tahun ini @viezaarakhan bakal masuk usia remajanya 13 tahun 🥺 Walaupun dia terlalu muda, tetapi terlalu banyak sudah pencapaian-nya yang sungguh membanggakan.
Dia merupakan anak yang tidak pernah berkasar pada orang tua, tak pernah mengeluh, tak pernah melawan saya walaupun sekali, tak pernah membantah apapun keputusan yang saya buat untuk masa depannya, apapun yang saya katakan sekalipun meninggikan suara, dia tetap jawab dengan nada lembut dan santun ‘OK, MUMY.. SORRY MUMY’.
Ads
Terkadang saya yang kesian dan datang kepadanya untuk minta maaf. Walaupun kita penat bekerja, kita sara mereka, berikan kehidupan yang terbaik buat mereka tapi saya tetap ingin meminta maaf kepadanya agar perasaan dia selalu ‘terjaga’.
Ads
Saya mahu tinggalkan hanya kenangan manis difikiran mereka terhadap saya sebagai ibu yang melahirkan dan mendidik mereka. Saya mahu mereka tahu yang saya tidak pernah sesekali akan membiarkan mereka ‘jawab soalan yang berlegar dalam fikiran mereka tanpa ada jalan penyelesaiannya’ Saya tahu long way to go lagi untuk saya mendidik dan menjaga mereka sampai mereka besar (sekiranya mereka atau saya masih panjang umur, inshaa Allah)
Tapi satu yang saya nak pastikan untuk anak-anak saya adalah, walau apa sekalipun berlaku, setiap hari saya akan ambil sedikit masa buat mereka, just to ask them ‘how was your day sayang’ and telling them that i really love them with all my heart 💜 Syukur Alhamdulillah, Allah SWT ANUGERAHKAN saya anak-anak yang baik. Semoga Allah SWT kekalkan sifat mereka begini sampai bila-bila, inshaa Allah 💜
Ads
Datin Vie dikurniakan 3 orang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu dengan pelakon popular, Datuk Seri Eizlan Yusof iaitu Vie Zara, 13, Zareef Yusof, 11, dan Vie Zaara, 8. Manakala Vie Raissa (1 tahun 1 bulan) hasil perkahwinan terkini bersama Datuk Seri Rahman Dahlan.
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan penjagaan diri boleh klik di SINI
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tiada yang terindah buat sebuah keluarga melainkan dapat berkumpul beramai-ramai, makan bersama dan berkongsi cerita. Inilah yang sedang dilalui oleh keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah beliau dibebaskan 16 Mei lalu.
Dapat berkumpul bersama, berbuka puasa dan solat tarawih dengan ahli keluarga adalah pengalaman berharga buat Datuk Seri Anwar untuk Ramadan kali ini.
Menerusi entri di Instagram Nurul Izzah, dia ada berkongsikan mengenai kegembiraan mereka sekeluarga dapat berbuka puasa bersama papanya pada hari pertama Ramadan. Walaupun secara sederhana dah cukup untuk mereka sekeluarga berasa bahagia.
“Inilah nikmat sebenar untuk kami sekeluarga. Akhirnya Allah makbulkan jua selepas penantian dan kesabaran kami sejak bertahun lamanya.
Sementara itu, di Instagram Nuha Anwar pula, dengan kapsyen ‘Anwaristas reunion! #girlpower #habislapapa #missinghana’ benar-benar menunjukkan anak-anak perempuan Datuk Seri Anwar begitu rapat dengan papanya.
Mungkin ada mama yang berhajat nak beli kasut anak secara online namun tidak tahu cara untuk mengukur saiz kasut anak. Sebenarnya ada cara untuk mengukur saiz kasut anak dengan lebih mudah kalau nak beli secara online.
Tip Ukur Saiz Kasut Anak
Selalunya yang menjadi kerisauan mama ialah saiz kasut yang diberikan salah dan akhirnya kasut yang sampai tidak muat atau terlebih besar. Sayanglah bila kasut yang dibeli tidak boleh dipakai oleh si anak.
Bagi mengelakkan perkara sebegini berlaku, anda oleh cuba tip ini bagi mendapatkan saiz yang tepat.
Cara Ukur Saiz Kasut Anak Sebelum Beli Online:
Ini antara 3 langkah mudah untuk ukur kaki anak anda.
Barulah Senang Nak Beli Online
1. Lukis kaki anak di atas kertas
Letakkan kaki anak atas kertas kosong dan selepas itu kita tekapkan sahaja.
2. Ukur
Bila sudah dapat lukisan, barulah kita ukur guna pembaris. Dekat mana nak ukur? Ambil ukuran pada jarak yang paling panjang. Tak ada tali tape guna pembaris pun boleh.
3. Tambah 1 sentimeter
Selepas itu kita tambah 1 sentimeter daripada ukuran itu. Jangan tambah lebih-lebih ye. Inilah ukuran kaki anak kita yang paling tepat.
4. Rujuk Carta Saiz
Akhir sekali, kita rujuk carta saiz ini. Dari ukuran sentimeter ke inci, ada ukuran saiz US, UK dan EU. Boleh ‘save’ dalam telefon bimbit terus supaya mudah bila hendak digunakan nanti.
Mempunyai ramai anak dalam keluarga semestinya memeriahkan lagi suasana terutamanya di musim perayaan. Yang pasti gambar yang dirakam sebagai kenang-kenangan juga tentunya meriah dengan kehadiran anak-anak yang comel macam keluarga Zizie Izette.
Tapi mungkin kita tak tahu disebalik gambar yang cantik tu rupanya perlu lalui kesukaran, maklum sahaja anak-anak Zizie semuanya masih lagi kecil. Sering kali memuat naik gambar-gambar yang cukup sempurna bersama anak-anak kecilnya di media sosial, pasti ada yang tertanya bagaimana cara Zizie menguruskan anak-anak saat bergambar?
Kalau orang berada mungkin tak banyak masalah sebab ada pembantu yang akan menguruskan anak-anak. tapi tak semua urusan akan diuruskan oleh pembantu. Adakalanya ia memerlukan ibu itu sendiri bagi menguruskan sesetengah hal.
Urusan-urusan yang boleh dibuat oleh pembantu rumah seperti membasuh pakaian, mengemas dan mungkin juga memasak boleh dibantu oleh pembantu. Tapi bagaimana pula kalau mahu bergambar hanya bersama anak-anak yang masih kecil pada hari raya?
Pastinya setiap gambar yang dirakam diharapkan sempurna untuk dikongsi di media sosial untuk tatapan yang mengenali diri.
Melihat kepada gambar-gambar yang sering dikongsi oleh Zizie Izette dalam laman Instagramnya memang boleh dipuji kerana kebanyakkan gambar tersebut cukup sempurna dengan anak-anaknya memandang kamera. Tambah pula dengan aksi-aksi comel mereka memang cukup menghiburkan.
Tapi rupanya ada rahsia bagaimana isteri kepada ahli politik, Datuk Sri Bung Moktar Radin ini merakamkan gambar-gambar yang cantik bersama anak-anak seperti yang dikongsikan di Instagram miliknya pada 1 Syawal baru-baru ini.
“Alhamdulillah, tahun ni dapat bergambar elok sikit dari tahun lalu.
“Nak tips? Mudah je. Swipe gambar paling last sekali. Boleh cuba. In shaa allah menjadi,” tulis Zizie pada entri bergambar bersama anak-anak kecilnya itu.
Selain mengucapkan selamat hari raya, ramai yang meninggalkan komen terhibur dengan gambar terakhir yang dikongsi Zizie Izette.
Zizie yang berkahwin dengan Bung Moktar mempunyai 5 orang cahaya mata.
Memang kagum kalau tengok gambar-gambar Zizie dan anak-anak yang dikongsikan. Semuanya nampak sempurna dengan eksperesi wajah anak-anaknya yang comel. Mungkin mak ayah lain boleh cuba juga cara yang dibuat untuk dapatkan gambar raya yang cantik.
Sumber: Gempak & Instagram Zizie Izette
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seniwati Fauziah Ahmad Daud berkongsi berita duka tentang pemergian adik lelakinya, Fazal Ahmad Daud, yang meninggal dunia akibat komplikasi batu karang dalam hempedu.