
Farah Lee blogger dan instafamous pernah berkahwin dengan penerbit dan pengacara, Ally Iskandar pada tahun 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata yang sangat comel, Maream Esabel yang kini berumur 4 tahun.

Namun rumahtangganya bertahan tidak lama, mereka telah berpisah pada tahun 2016. Farah Lee menerusi akaun instagramnya berharap agar netizen tidak memintanya untuk kembali rujuk atau berkahwin secepat mungkin.
Maream, omma yakin, 99% orang yang SURUH omma cecepat kawen atau kawen balik dengan daddy tu dia tak pernah pun melalui fasa perceraian mahupun went through the struggle of saving a marriage.

Sebab kalau dia pernah melalui, dia akan faham. Dan dia akan tahu, kata-kata itu sedikit pun tidak membawa kebaikan malah mungkin menyakitkan.
Omma bersyukur omma melaluinya, jadi omma faham dan takkan buat orang lain macam tu. Omma harap, mereka yang baca ni, walau tak pernah melalui, buka hati, cuba fahami dan tidak menyakiti.
Kami takkan doakan supaya mereka laluinya juga untuk faham sebab kami tahu sakitnya tu bagaimana. Kami cuma harap, mereka diam, kalau tiada apa yang baik untuk diperkatakan
Sumber: Farah Lee
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Biarlah Sayang Tengok Muka Abang..” 10 Hari Bernikah, Suami Syukur Dapat Urus Jenazah Isteri

Setiap ujian yang Allah turunkan pada setiap individu tak sama. Lagi-lagi bila kehilangan insan tersayang ia sesuatu yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.
Orang kata rindu orang yang tiada lagi sakit tetapi jika itulah ketentuan Allah, tetap kena reda. Begitulah perasaan yang dialami oleh seorang suami yang kehilangan isteri tercinta selepas terlibat dalam kemalangan baru-baru ini.
Walaupun hanya sempat bergelar suami isteri selama 10 hari selepas bernikah pada 27 Julai lalu, momen itu menjadi kenangan terindah.

‘Alhamdulillah dapat mandikan…’
Alhamdulillah dapat memandikan, mengkafankan, menjadi imam solat, membaca talkin sbg penghormatan terakhir suami kepada isteri. Aku berasa cukup puas hati diberikan peluang ni. Terima kasih semua yang membantu dan mendoakan. Hanya Allah sahaja mampu membalas jasa-jasa dan doa-doa kalian. Aku berdoa agar Allah mempermudahkan urusan dan merahmati kita semua.
Ujian Allah adalah indicator sayang kepada hambaNya. Dua kali aku ditimpa sebegini, sehingga aku rasa aku makin kuat. Pertama kali, arwah adik meninggal dunia dan ketika tu aku di melaka, sehari sebelum adik meninggal dunia barang peribadi, laptop dan berkaitan final year projek telah dirompak pecah masuk rumah. Kali kedua baru sahaja sampai dan berada di terengganu telah mendapat khabar isteri meninggal dunia walhal baru beberapa ketika isteri wsp.

‘Abang, sayang bahagia sangat’
Alhamdulillah. Sebelum tu mari kita ingat, bahawa mati tu benar. Setiap yg bernyawa pasti mati. Allah menciptakan hidup dan mati utk melihat apa amalan terbaik. Diciptakan manusia dan jin supaya beribadah tunduk kpdNya. Selesai mengurus jenazah isteri semalam. Pagi ni datang menziarahi sekali lagi. Aku berasa puas hati kerana diberi peluang untuk memandikan, mengkafankan, menjadi imam solat jenazah dan membaca talkin. Seperti biasa juga yg aku lakukan dgn keluarga terdekat.
Aku cuba sentiasa ingat perkataan-perkataannya seperti “abang, sayang bahagia sangat”, “bestnya bila sudah bernikah ni”, “tidak mahu lepas tangan abang”, “biarlah orang tengok kita pegang tangan, diorang nampak juga tu inai sayang”, “(tengok wajah ku sambil sebut ya Allah suami ku (berkali-kali))”, “biarlah sayang tengok muka abang, last suda sayang tengok ni”, “sayang betul-betul cintakan abang”, “bersyukurnya ada suda imam ku (solat berjemaah dlm bilik) dll setiap hari gembira. Dia bersyukur dapat suami boleh tolong dia basuh pinggan, baju, memasak dll. Sebenarnya aku membantu sekadar mampu, bukan memanjakannya. Sbb sudah terbiasa dididik oleh ibubapa ku sendiri.

Syukur padamu Ya Allah
Aku bersyukur kerana diberi peluang bersamanya. Ya tepat pilihanku untuk jadikan dia isteri ku. Terima kasih kepada ibu mentua dan bapa mentua, kakak-kakak ipar dll kerana mendidik dia dengan baik. Walau kami berbeza kampus dahulu, sebenarnya kami dalam fikrah yang sama. Kami ditarbiyyah oleh PAS. Dengan tarbiyyah ni, menjadikan aku dan dia untuk menjadi lebih bertanggungjawab.

Dayana Damsah, 4/9/1993 – 5/8/2020. Terima kasih kerana setia menunggu. Sehingga hujung nyawa mencintaiku. In shaa Allah akan ku balas. Semoga Allah memasukkan ke dalam syurga, dan dapat bertemu arwah bapa (Ayub Jalaidi) dan arwah adik bongsu (Ashiraf Ayub).
Sumber: Nurhan Ayub & OB
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu Hud Aryan Banyak Menangis, Yakin Anak Masih Selamat!

Masih lagi tidak dijumpai! Lebih 36 jam berlalu selepas Hud Aryan Mohd Nor Hafifi dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Air Kuala Tiga di sini, namun belum ada petunjuk mengenai keberadaan kanak-kanak berusia 19 bulan itu.
Kehilangan anak kecil ini di rumahnya, terus membuatkan ibu ayah dan ahli keluarga resah dan berduka.
Malah menerusi perkongsian Harian Metro, sejak malam ibunya yang masih tidak keruan dan berharap anak tunggalnya ditemukan dalam keadan selamat.
Menurut ibu saudara bayi itu, Azean Suhaily Ramley, 39, kehilangan Hud Aryan sangat memberi kesan kepada ibunya, Azean Nur Atikah, 34, kerana anak saudaranya itu adalah anak tunggal.
Ujarnya lagi sehingga kini adiknya banyak menangis memikirkan nasib Hud Aryan yang hilang tanpa jejak.

“Atikah berkahwin sejak 2017 lagi dan dua tahun lalu baru berpeluang menimang cahaya mata. Belum puas bermanja, ini pula yang terjadi.
“Kami tidak putus harapan dan masih berdoa sambil berharap ada keajaiban. Tapi dalam masa yang sama, reda dengan ujian ini,” katanya.
Sejak kehilangan Hud Aryan, dalam usaha mencari dan menjejaki Hud, solat hajat terus dibuat sama ada di rumah atau masjid di kampung terbabit.
“Tak henti-henti solat hajat dibuat dan kami tetap berdoa Hud ditemukan walau apa cara sekalipun,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Anjing pengesan Unit K9 bantu cari Hud
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) oleh pasukan penyelamat akan diteruskan jam 9 pagi ini dalam usaha mengesan kanak-kanak itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Mohd Zulkifli Osman, berkata operasi akan menggunakan dua anjing pengesan dari Unit K9.
Terdahulu, Hud Aryan Mohd Nor Hafifi dilaporkan hilang apabila disedari tiada dalam rumah kira-kira jam 7.20 malam Isnin lalu oleh ahli keluarga.
Menarik: Clamp Atau Laser, Apa Teknik Terbaik Nak Khatankan Anak, Ini Saranan Doktor/
Main Taman Jumpa Kawan Buat Anak Rasa Tak Menarik, Rangsangan Dopamin Gajet Lagi Kuat
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Guru Sanggup Hadiahkan Basikal Kepada Pelajar Cemerlang, Jadikan Sedekah Sebagai Tabiat

Seorang guru sekolah di Arab Saudi mempunyai tabiat yang tersendiri apabila beliau mengagih-agihkan hadiah kepada murid-murid cemerlang pada setiap akhir tahun persekolahan sebagai ganjaran dan motivasi terhadap mereka, lapor media tempatan baru-baru ini.

Guru itu, dilaporkan bekerja di wilayah Shaqra yang merupakan sebahagian daripada wilayah Riyadh.
Beliau juga dilaporkan bersedia untuk mengagihkan-agihkan basikal kepada murid-murid yang cemerlang di sekolah rendah.
Guru itu, Mohammed Abdulwahab akan menawarkan hadiah kepada murid-murid cemerlang dalam gred pertama dan ketiga yang sebelum ini tidak mendapat penghormatan kerana pandemik COVID-19.
Arab Saudi baru-baru ini telah menarik balik semua sekatan berkaitan pandemik tersebut selepas kempen vaksinasi yang giat dilakukan sehingga menyebabkan penurunan kadar jangkitan COVID-19.
Terdapat video yang tular di media sosial yang menunjukkan basikal-basikal yang disusun dalam barisan yang akan diberikan kepada murid-murid yang terpelajar.
Kredit: Sinar Harian

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


