Si comel kesayangan pasangan selebriti Rozita Che Wan dan Zain Saidin yang kini semakin membesar sudah mula meminta seorang teman untuknya bermain.
Akui Zain, dia dan isterinya, Rozita Che Wan mempunyai perancangan untuk mendapatkan cahaya mata kedua. Pun begitu dia menyerahkan segalanya kepada Allah SWT yang mengatur perjalanan rezekinya.
“Saya tak pernah henti mencuba untuk dapatkan zuriat.
“Cumanya ia bergantung kepada rezeki. Kalau ada okay, sekiranya tak ada tak apa syukur saja.
“Aaisyah kadang-kadang dia ada juga bertanya soal itu sebab dia ada abang yang sudah besar jadi dia sunyi tak ada kawan.
“Jadi sebagai bapa, saya lah yang jadi kawan kepada dia sekarang ini,” luah Zain lagi.
Tambah Zain lagi, anak kesayangannya itu juga pernah memintanya untuk mengambil anak angkat yang sebaya denganya. Semuanya kerana mahu teman bermain di rumah.
“Pernah satu tahap dia minta adik yang sama umur dengannya supaya dapat bermain sekali.
“Malah dia pernah juga cakap minta kami ambil anak angkat sama baya dengan dia,” kata Zain berkongsi.
Terdahulu, si comel Aaisyah Dhia Rana dilahirkan pada 1 November 2014. Aaisyah kini sudah pun berusia sembilan tahun.
Menarik: Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!
Pelajari ilmu penyusuan untuk menjayakan bf journey mama bersama pakar-pakar bertauliah di webinar Mama Nak Susukan Anak. Daftar sini : https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-nak-susukan-anak/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!