“Sayang 3 Ungku Buah Hati Bonda..” Makin Berseri Jihan Muse Lepas Habis Pantang

Share

Setelah selamat melahirkan anak kedua pada 6 September lalu di sebuah pusat perubatan swasta, pengacara versatil, Jihan Muse, 39, mula memuat naik gambarnya seisi keluarga dengan berpakaian sedondon.

Perkongsian itu telah menarik perhatian rakan artis dan ramai peminatnya yang memuji Jihan semakin berseri-seri dan cantik.

ARTIKEL MENARIK [“Doa Anak-Anak Nak Baby Boy Tercapai.”Syura & Suami Bakal Timang Bayi Lelaki]

[Kenapa Anak Selalu Meragam Dengan Ibu Tapi Dengan Ayah Elok Je? Ini Sebabnya]

Sebelum ini Jihan lebih selesa menjalani tempoh berpantang dengan tenang tanpa berkongsi gambar anak lelaki keduanya, Ungku Altamis Barr.

Si kecil Altamis juga membesar dengan sihat dan nampak bersemangat tubuhnya. Pada usianya yang telah pun mencecah 3 bulan, ramai yang geram dengan Altamis.

Malah muka Altamis juga seakan muka daddynya, Ungku Hariz. Kira adillah abang, Ungku Arsalan Haq ikut muka bonda.

Setakat ini perkongsian Jihan itu meraih lebih 67 ribu tanda suka daripada warganet.

“Mashaallah makin cantik jihan skrg😍😍”

“So sweetttt comel je…Jihan makin cantik lah❤️❤️❤️”

“Alhamdulillah Tahniah semoga berbahagia hingga Jannah”

“Kejap je dah 3m anak baru jihan 😍”

Jihan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ungku Hariz pada 20 Mac 2016.

Kredit: IG Jihan Muse

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

 

Published by
Wan Amy