Gajet dengan anak kecil ini umpama satu yang sukar ‘dilepaskan’ bila anak dah terbiasa. Kebanyakan ibu bapa pada awalnya beri anak gajet untuk gembirakan si kecil tapi bila tak dikawal, lain pula kesannya nanti.
Pengalaman yang dilalui oleh pelakon Aeril Zafrel, 31, ini sepatutnya jadi peringatan semua ibu bapa. Bukan kes yang berlaku pada anak sulung Aeril dan Wawa Zainal saja tetapi dah banyak berlaku pada kanak-kanak lain.
Menurut Aeril, kalau sayangkan anak, hadkan aktiviti bermain telefon pintar atau gajet. Setiap skrin pada gajet mempunyai sinaran yang tidak baik untuk perkembangan kanak-kanak.
Malah, faktor tersebut juga menjadi punca buat anak sulungnya, Ahmad Fakharuddin Attar, 6, mengalami masalah ‘speech delay’ atau lambat bercakap.
Ads
Menjelaskan situasi dialami dia dan isterinya Wawa Zainal, Aeril berkata, mereka mula menyedari masalah tersebut apabila mendapati anaknya itu lambat bercakap jika dibandingkan dengan kanak-kanak seusianya.
“Pertama kali dapat kesan simptom terbabit, bapa mana yang tak risau. Saya ni memang jenis risau tapi pada masa sama saya bertindak.
“Saya buat kajian cari maklumat dan terus hantar anak pergi jumpa doktor. Memang doktor kata kanak-kanak yang masih kecil tak digalak untuk pegang telefon kerana mempunyai ‘ultra lighting’ yang tidak baik,” katanya kepada Gempak.
Ads
Tambah Aeril lagi, melihat pada perkembangan anaknya sekarang, dia kini sudah mampu menarik nafas lega.
“Malah saya bangga dengan dia sebab tahun depan dia boleh bersekolah biasa sebab sekarang ni dia terpaksa belajar di sekolah khas,” katanya.
Ads
Sebelum ini, Wawa Zainal juga ada berkongsi keadaan anak sulungnya yang masih belum lancar untuk bertutur walaupun dah usia enam tahun dan akan masuk tahun satu.
Namun selepas ambil beberapa pendekatan nampak ada perubahan yang sangat positif.
Anak kita memang berbeza-beza. Ada anak yang lebih suka matematik, mahir dalam semua angka namun ada juga anak yang lebih gemarkan alam. Fokus dengan alam. Sebagai ibu bapa, kita kenalah kenal pasti kecenderungan dan kebijakan anak kita. Masing-masing ada kelebihannya.
Perkongsian Liyana Nazli mengenai jenis-jenis kebijakan anak ini mama papa kena tahu supaya lebih mengenal anak masing-masing. Penting untuk kita tahu semua ni.
Multiple Intelligences
Kalau mengikut theory of multiple intelligence, manusia ni ada 8 jenis kepandaian. Sebenarnya kita mempunyai kelapan-lapan jenis kepandaian ini untuk kita menjalani fungsi hidup yang seimbang. Cuma kita berbeza dari segi kepandaian mana yang lebih dominan dan bagaimana cara yang paling efektif untuk kita belajar.
Apa 8 jenis kepandaian tu? 1. Word smart 2. Number smart 3. Nature smart 4. People smart 5. Self smart 6. Body smart 7. Picture smart 8. Music smart
Sayangnya, sistem pendidikan kita hanya in favour untuk kanak-kanak yang ada kepandaian linguistik (word smart) dan matematik (number smart) sahaja. Mereka ini mudah belajar dalam sistem persekolahan kita sebab cara pelajaran disampaikan bersesuaian dengan cara mereka belajar. Kepandaian-kepandaian dari jenis lain macam diabaikan sikitlah.
Contohnya, saya kenal pasti Ayyash sebagai seorang yang nature smart. Dia sangat suka mengkaji alam, terutama sekali tentang binatang. Dia boleh luangkan masa berjam-jam menonton Nat Geo Wild di televisyen atau mencari maklumat yang diperlukan tentang satu-satu jenis haiwan daripada video di Youtube. Dia boleh hafal fakta tentang haiwan ini dengan terperinci.
Tetapi adakah kepandaian Ayyah ini dapat digunakan di sekolah? Nope, no one bothered. Kecuali adalah sikit-sikit sentuh dalam subjek Sains. Itu pun pada tahap yang sangat asas. Mujur dia juga word smart, jadi dia boleh skor cemerlang dalam subjek bahasa dan kemanusiaan. Tapi kalau suruh dia buat matematik, memang dia garu kepala lebih sikit hahaha!
Maryam lebih kepada self smart. Dia boleh bermain sendiri berjam-jam, boleh larut dalam aktivitinya sendiri. Sangat yakin dengan apa yang dia lakukan dan tak perlukan justifikasi orang lain. Tapi kalau di sekolah, cikgu mungkin cop dia sebagai budak kuat berangan. Nampak macam suka mengelamun, tapi sebenarnya dia duk rancang apa dia nak buat di rumah. Maryam juga people smart, boleh berkawan mudah dengan sesiapa saja. Mudah disenangi orang ramai. Kami pergi mana-mana, tiba-tiba dia dah ada kawan. Huhu!
Jadi, pentinglah kita sebagai ibu bapa ni tahu apa jenis kepandaian yang anak kita ada cuma perlu berpada-pada dalam mengkategorikan anak kita mengikut kepandaian mereka. Dan yang penting, kita beri pendedahan untuk mereka belajar dengan cara yang melibatkan pelbagai jenis intelligence ini. Kalau kita tak pernah bagi mereka cuba, mana kita nak tahu mereka boleh buat atau tak kan?
Seminggu sekali kami bawa mereka ke kelas music untuk mengembangkan musical intelligence mereka. Apabila bodily-kinesthetic intelligence bergabung dengan musical intelligence, Maryam jadi pandai gerakkan anggota badan ikut irama, bila menari nampak natural sangat macam pro! Dia duk pujuk ibu enroll dia masuk dance class ni. Huhu!
Ayyash sangat sensitif pada tune. Dia boleh kesan kalau tali ukulelenya tak betul tuningnya walaupun ibu duk dengar semua bunyi sama saja. Sekejap saja dia habiskan setiap stage pelajaran muziknya. Bila musical intelligence bergabung dengan linguistik intelligencenya, Ayyash boleh hafal lirik lagu dan menyanyikannya dengan irama yang betul.
Seminggu sekali juga ayah mereka bawa ke kelas renang. Untuk bantu kembangkan bodily-kinesthetic intelligence. Bukan mudah nak belajar koordinasi badan untuk berenang dengan baik. Ibu pun gagal bab ni! Ibu dan ayah bukan jenis sporty sangat masa sekolah dulu.
Nampak tak, anak kita tak semestinya hanya ada satu atau dua jenis intelligence sahaja. Do not confine them to categories. Kalau beberapa jenis intelligence ni bergabung, it shall works wonders! Cuma kitalah sebagai ibu bapa kena rajin sikit cari ruang dan peluang untuk mereka tunjuk bakat dan belajar perkara baru. Jadi, ibu bapa ni memang penat, tapi hasilnya nanti insyaAllah saham kita dunia akhirat!
Kredit: Liyana Nazli
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jika mahu anak-anak membesar menjadi individu yang rajin dan boleh diharap untuk membantu kerja-kerja rumah, latihlah mereka sejak kecil untuk melakukannya. Tidak perlu sempurna, tapi jika selalu dibuat lama-kelamaan akan mahir juga.
Ada sesetengah ibu ayah yang tidak mahu anak membantu kerana kita merasa anak-anak akan ‘menambah kerja’ dari mengurangkannya. Sudah tentu anak-anak akan melakukan kesilapan ketika membantu kita, tapi jangan dihalang. Terus galakkan mereka dan percaya pada kemampuan mereka.
Tolong JANGAN HALANG Kalau Anak Nak Tolong! Baru ni geram juga tengok anak saya yang umur 2 tahun tu basahkan lantai dengan susu. Lebih geram lagi bila dia ambil baju saya dan letak dekat tumpahan susu tu dengan muka yang tak bersalah langsung! Geram je rasa tapi tahan je.
Saya tak boleh halang! Sebab saya kena baca niat di sebalik perbuatan pelik anak saya ni. Bila saya perhatikan balik dari jauh rupanya dia gunakan baju saya tu untuk serap air susu tu sebenarnya. Ye, dia sedang cuba keringkan lantai dengan keringkan tumpahan susu tu!
Mungkin dia pernah nampak saya ataupun umminya buat benda ni kot. Mujur saya tak larang dia buat ‘ benda pelik ‘ tu tadi. Kalau saya jerit atau jerkah, boleh jadi ‘intention’ ataupun niat suci dia untuk tolong saya tu akan terbantut dan hilang buat selama lamanya!
Sumber foto: www.freepik.com
Padahal mengikut kajian daripada Harvard anak yang buat ‘chores’ ataupun bantu kerja di rumah ni akan jadi orang dewasa yang berjaya! Daripada situ seorang anak belajar ‘work ethic’ untuk menempuhi alam dewasa mereka nanti.
Ni cadangan untuk ajar anak kita buat kerja yang ringan di rumah;
Umur 2-3 tahun : + Lap air yang tumpah + Sapu habuk + Letak baju dalam bakul sebelum mandi + Simpan mainan selepas digunakan
Umur 4-5 tahun : + Kemas tempat tidur + Sidai tuala di tempatnya + Cuci cawan dan pinggan plastik sendiri + Siram pokok bunga + Semua kerja yang umur 2-3 tahun tu buat
Kepada yang ada anak lelaki jangan risau. Setakat ni saya tak jumpa lagi kajian yang cakap anak akan tiba-tiba bertukar jadi pondan lepas dah buat kerja rumah 😉
Taufiq Razif.
Bagus perkongsian dari Dr. Taufiq ni, bila anak-anak dah biasa buat kerja rumah dia jadi lebih berdikari. Tak adalah nak bergantung semua benda pada ibu atau ayah. Bila dah besar pun tak kekok kalau terpaksa hidup sendiri di asrama dan sebaginya. Jadi, latihlah anak buat kerja rumah sejak mereka kecil lagi.
Kenapa anak meragam bila bersama ibu tapi bila dengan ayah mudah pula dengar cakap dan berdisiplin?
“Tadi masa mama belum balik kerja, elok je dia tak meragam. Bila nampak mama macam-macam perangai dia tunjuk ya,” komen papa pada si kecilnya yang mula merengek minta didukung bila nampak kelibat mama.
Situasi macam ini mesti biasa anda hadapi. Kenapa kalau dengan ibu, si kecil bukan main mengada-ngada dan manja tapi bila dengan ayah boleh pula berdisiplin dan dengar cakap? Lebih pelik kalau dengan ibu, anak-anak memang susah hendak tidur tapi bila dengan ayah, sekali suruh terus lelapkan mata.
Mesti ramai ibu ayah yang perasan akan hal ini kan?
Sebenarnya mengikut kajian yang dilakukan oleh sekumpulan pengkaji dari Jabatan Psikologi University of Washington, prestasi kanak-kanak akan menurun sehingga 800% (8 kali ganda) apabila ibunya berada di dalam bilik yang sama.
Lebih mengejutkan, kajian mendapati jika kanak-kanak berusia 10 tahun dan ke bawah, peratusnya meningkat dua kali ganda menjadi 1600% (16 kali ganda)!
Gambar hiasan
Kajian tersebut dijalankan ke atas 500 buah keluarga yang mengukur kebergantungan kanak-kanak itu, menangis dan merengek, menjerit, percubaan berlaku kasar, terlupa cara untuk berjalan atau bercakap dan bersikap seperti orang bodoh.
Menurut Profesor dalam bidang Perkahwinan dan Psikologi Keluarga, Dr.K.P Leibowitz, dalam kajian tersebut mereka mendapati kanak-kanak yang berumur 8 bulan boleh bermain dengan riang dan gembira tetapi apabila melihat ibunya masuk ke dalam bilik itu, perangai mereka berubah 99.9%.
Mereka mula menangis, melepaskan apa yang mereka pegang dan meminta perhatian ibunya dengan tergesa-gesa. Baki 0.01% pula mempunyai masalah penglihatan, tetapi apabila mendengar suara ibu, mereka mula melemparkan barang dan meminta makanan walaupun sebenarnya mereka baru sahaja makan!
Salah seorang daripada ayah yang terlibat dalam kajian tersebut (mempunyai 3 orang anak) sangat terkejut dengan laporan kajian dan berkata “Saya selalu tertanya-tanya kenapa isteri saya tak dapat menyiapkan kerja rumah. Rupa-rupanya kelemahannya adalah anak-anak dan dalam masa yang sama magnet mereka adalah ibunya. Ini kerana anak-anak berkelakuan baik ketika dengan saya.”
Gambar hiasan
Ramai suami atau ayah yang mungkin tidak tahu tentang fakta yang ditemui dalam kajian ini kerana si anak cuma buat perangai apabila bersama dengan ibu sahaja.</p>
Kajian ini juga mendapati jika dalam situasi untuk membetulkan disiplin anak-anak, 100% (semua sekali) lebih responsif kepada kata-kata yang diucapkan dengan nada normal daripada seseorang selain daripada ibunya! Malah untuk mendapatkan respon yang sama pula, seorang ibu dalam kumpulan itu harus meninggikan suaranya pada si anak.</p>
Jadi, lepas baca hasil kajian ini janganlah ayah cakap ibu cepat manjakan anak sampai jadi mengada-ngada. Sebenarnya ibu itu sendiri macam magnet kepada anak-anak. Asyik nak melekat je!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah mengharukan bayi tersangkut pokok selepas banjir di Palembayan menggemparkan Indonesia apabila bayi tiga bulan ditemui hidup sebagai satu-satunya yang terselamat. Sebuah keajaiban yang membangkitkan harapan komuniti.