Gajet dengan anak kecil ini umpama satu yang sukar ‘dilepaskan’ bila anak dah terbiasa. Kebanyakan ibu bapa pada awalnya beri anak gajet untuk gembirakan si kecil tapi bila tak dikawal, lain pula kesannya nanti.
Pengalaman yang dilalui oleh pelakon Aeril Zafrel, 31, ini sepatutnya jadi peringatan semua ibu bapa. Bukan kes yang berlaku pada anak sulung Aeril dan Wawa Zainal saja tetapi dah banyak berlaku pada kanak-kanak lain.
Menurut Aeril, kalau sayangkan anak, hadkan aktiviti bermain telefon pintar atau gajet. Setiap skrin pada gajet mempunyai sinaran yang tidak baik untuk perkembangan kanak-kanak.
Malah, faktor tersebut juga menjadi punca buat anak sulungnya, Ahmad Fakharuddin Attar, 6, mengalami masalah ‘speech delay’ atau lambat bercakap.
“Pertama kali dapat kesan simptom terbabit, bapa mana yang tak risau. Saya ni memang jenis risau tapi pada masa sama saya bertindak.
Tambah Aeril lagi, melihat pada perkembangan anaknya sekarang, dia kini sudah mampu menarik nafas lega.
“Malah saya bangga dengan dia sebab tahun depan dia boleh bersekolah biasa sebab sekarang ni dia terpaksa belajar di sekolah khas,” katanya.
Sebelum ini, Wawa Zainal juga ada berkongsi keadaan anak sulungnya yang masih belum lancar untuk bertutur walaupun dah usia enam tahun dan akan masuk tahun satu.
Namun selepas ambil beberapa pendekatan nampak ada perubahan yang sangat positif.
Sumber: Gempak