Anak sulung mana yang tidak mula rasa tersisih sejak punya adik baru. Kata pelakon, Yana Samsudin, dia kini mempunyai hal yang sama bila mana mula terasa sedikit mengabaikan anak sulungnya, Aisy Mateen dek kerana memberi tumpuan kepada anak keduanya.
Pun begitu kata Yana dia mempunyai caranya sendiri untuk memujuk anak kesayangannya itu.
Melalu instagramnya, Yana bercerita mengenai hal itu panjang lebar. Kata Yana lagi, Mateen sering memintanya untuk mendukungnya ketika waktu mengandungkan anak keduanya. Namun terpaksa ditolak. Begitu juga meminta untuk bergusti bersamanya.
Malah kata Yana lagi, kini anak manjanya itu cukup rajin membantunya menguruskan anak keduanya.
“Masa ambik gambar solo dia tengok je dari tepi. Sekali mommy panggil laju terus dia terpa dan peluk.
“Alahai dak manja mommy rajin tolong mommy dadi jaga adik. Thank you @aisymateen.
“Mommy tahu bila ada adik ni mateen mesti rasa mateen terabai. Dia pernah minta dukung tapi dah mengandung tak boleh dah nak dukung dia.
“Ajak main lasak lasak, tapi dadi pesan mommy ada adik dalam perut tak boleh main gusti gusti.
Ads
“Bila adik dah lahir, dia selalu tanya ” masa mateen kecik dulu , menyusu jugak macam ni ea” ” masa mateen kecik dulu nangis macam ni ea”
“Mommy pun jawab, sama je, nak tengok gambar? ,” cerita Yana.
Yang menariknya Kata Yana, Mateen sering bertanya perihal dirinya selepas melihat apa yang dibuat adiknya kini. Malah ibu kepada dua anak ini mempunyai caranya sendiri. Apa yang dilakukan Yana adalah menunjukkan semula video-video dan gambar lama ketika Mateen waktu kecil.
Bila melihat kesemua gambar dan video barulah Mateen kembali ceria.
“Mommy pun tunjuk gambar dan video lama lama masa dia baby. Lepas tu baru nampak muka dia senyum senyum.
Ads
“Nasib baik ada ambik gambar dan video dulu dulu kat instagram dan kat hp, ada lah bukti mommy selalu dukung mateen dan main dengan Mateen.
“Sengih sengih dia tengok balik, ” katanya lagi.
Malah kata Yana, itulah gunanya kita simpan video dan gambar anak menerusi instagram, dan bukannya niat untuk menunjuk-nunjuk. Ia kenangan untuk ditunjukkan kepada anak-anak apabila besar nanti.
“Tu lah kita dokumentasikan memori kat instagram dan ambik gambar tu bukan untuk menunjuk, tapi lebih untuk kegunaan peribadi, almaklumlah sekarang mana orang print gambar sangat ye dak?
“Hilang hp rosak hp terus takda memori.
Ads
“Apa pun, Mommy sayang mateen dunia akhirat!! 😍😚 love you,” tulisnya.
Benar kata Yana, ada waktunya momen-momen lama yang kita simpan di telefon bimbit menjadi bahan pujukan paling menjadi untuk memujuk anak-anak kita. Simpanlah sebaiknya untuk kenangan kita di masa depan.
Terdahulu, Yana mendirikan rumah tangga bersama, Fadzil Zahari pada 13 Februari 2015. Kini pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Aisy Mateen dan seorang lagi anak perempuan.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @yanasamsudin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pejam celik, pejam celik kini anak bongsu Shuib bersama arwahyarhamah Siti Sarah yang kembali ke rahmahtullah akibat COVID-19 sudah pun berusia satu tahun lima bulan.
Si comel Ayash Affan yang dilahirkan pada tarikh 6 Ogos 2021 kini sudah semakin membesar malah makin laju langkahnya sejak pandai berjalan.
Bukan saja pandai berjalan, banyak telatah comel Ayash sering dikongsikan di Instagram arwah ibu dan ayahnya.
Terbaru, video yang dimuat naik menerusi Instagram arwah ibunya itu menarik perhatian ramai.
Mana tidaknya, si comel Ayash yang menjadi kesayangan semua dilihat sudah pandai solat sendiri.
Video yang dimuat naik itu sudah pastinya menarik perhatian wargamaya yang sentiasa mengikuti perkembangan keempat-empat anak pasangan selebriti ini.
“Ayash solat Jumaat ke tu? Alhamdulillah,” tulis dikapsyen.
Bahkan menerusi perkongsian neneknya, kongsi ibu kepada Shuib, cucunya itu sedang belajar solat dan berhenti serta malu-malu bila dilihat oleh neneknya. Memang anak yang bijak.
“Tengah belajar solat.
“Nampak nenek rekod terus bangun,” tulisnya di video.
Dalam pada itu, rata-rata pengikut setiap arwah turut memuji Ayash yang rajin solat malah turut mendoakan anak kecil itu agar menjadi anak yang soleh.
Terdahulu, pemergian Siti Sarah pada 9 Ogos 2021 ditangisi ramai kerana pada penghujung hayatnya, Allahyarham sedang sarat hamil anak keempat hasil perkongsian hidup dengan pelawak dan ahli perniagaan berjaya, Shuib Sepahtu.
Diam tak diam, si comel kesayangan pasangan selebriti Neelofa dan PU Riz, Muhammad Bilal kini sudah pun diberikan makanan pejal dikala usianya menginjak enam bulan.
Menerusi Insta Story ibunya, Neeofa dilihat sering berkongsi beberapa makanan Bilal yang disiapkannya malah tidak lokek berkongsi beberapa resipi Bilal.
Tidak hanya berkongsi beberapa makanan Bilal, bahkan Neelofa juga turut berkongsi Bilal yang begitu teruja menghabiskan setiap makanan yang diberikan kepadanya.
“Muhammad Bilal yang punya.
“Ada Banana Puree, Sweet Potato Puree, Pumpkin Puree, Carrot Puree dan juga Broccoli Puree,” tulis Neelofa ketika memuat naik video makanan Bilal.
Bukan itu sahaja bahkan Neelofa juga turut menunjukkan cara-caranya menyediakan makanan Bilal.
Antara menu yang dikongsikan oleh Neelofa adalah cara menyediakan Puri Labu dan Lobak Merah serta Puri Keledek.
Bukan itu sahaja bahkan Neelofa turut berkongsi tip dengan menambah sedikit susu ibu untuk mendapatkan tekstur puri yang baik.
Beberapa perkongsian video ketika Bilal sedang makan yang dikongsikan oleh Neelofa jelas menunjukkan Bilal begitu teruja untuk makan malah berjaya menghabiskan setiap makanannya setiap kali disuapkan ibunya.
Terbaru, sekeping gambar Bilal yang dikongsikan oleh Neelofa, kelihatan sipi-sipi jelas menunjukkan kecomelan Bilal. Dengan rambut perang dan bibir mungilnya buat ramai yang geram.
Mak ayah mana yang tidak panik bila anak mengadu sambil menangis tidak boleh berjalan seperti selalu. Apa puncanya? Apa sebab anak sakit sampai tak boleh berjalan?
Pengalaman Dr Redza Zainol yang berdepan masalah sama bila anaknya secara tiba-tiba tidak boleh berjalan ini mak ayah perlu ambil tahu.
Jangan pandang mudah bila anak mengadu sakit tekak atau telinga.
Panik betul bila anak saya mengadu dia tak boleh berjalan. Waktu malam punyalah sihat. Bila bangun pagi, dia kata sakit sangat pada sendi pinggul siap menangis-nangis.
Saya tengok kaki kanan sampai ke atas semua nampak elok. Tak ada bengkak, tak ada kesan gigitan serangga. Kulit pun tak ada merah.
Saya cuba papah dia lagi sekali, tapi kaki dia rapatkan ke perut. Dia takut sangat nak jejak kaki ke lantai.
Sakit sangat. Sedih tu Allah saja yang tahu. Terus saya angkat dia dan letak dalam kereta. Pandai terus sampai ke hospital.
Lepas selesai semua ujian, doktor pakar datang dan kata ini kes penyakit Transient Sinovitis.
Jujur cakap pada mulanya saya pun tak pasti itu penyakit apa.
Ujian darah normal, ultrasound pada sendi pinggul anak pun normal.
Transient Sinovitis tu:
* Boleh berlaku secara tiba-tiba pada kanak-kanak umur 3-10 tahun.
* Rasa sakit ni berlaku secara tiba-tiba disebakan radang pada lapisan dalam sendiri pinggul (hip joint)
* Boleh terjadi selepas anak dijangkiti apa-apa virus pada tekak atau telinga.
* Paling selalu terjadi pada sendi pinggul kanak-kanak dan 2 kali ganda lebih kerap terjadi pada anak lelaki.
Kalau terkena Transient Sinovitis ni boleh jadi anak tu mengadu sakit yang sedikit atau sekadar berjalan tempang.
Tapi 60 peratus kes boleh jadi teruk sampai tak boleh berjalan.
Aduh tak sangka anak sakit tekak pun boleh jadi sampai tak boleh berjalan.
Nasiblah doktor pakar tenangkan hati saya. Dia kata benda ni akan sembuh sendiri dalam masa 2-7 hari.
Kalau masih tak boleh berjalan lebih 7 hari wajib datang semula untuk pemeriksaan lanjut.
Dua hari ni saya hati saya tengok dia mengesot sambil pegang lego kesayangan dia. Nak pergi mana-mana dia minta kita tolong angkatkan.
Pagi tadi anak saya dah boleh berjalan semula. Syukur sangat. Alhamdulillah.
Terus saya niatkan nak kongsi dengan mak ayah semua apa tanda-tanda Transient Sinovitis ini.
Kalau ada tanda-tanda ni terus bawa anak ke hospital.
Masa yang dinanti telah tiba! Harga emas sedang meningkat, menandakan peluang terbaik untuk menambah koleksi barang kemas atau melabur untuk masa depan. Bagi yang...