Keibubapaan

“Sayang Mateen Dunia Akhirat”, Rasa Terabai Sejak Ada Adik, Yana Samsudin Pujuk Anak Dengan Cara Sendiri!

Share

Anak sulung mana yang tidak mula rasa tersisih sejak punya adik baru. Kata pelakon, Yana Samsudin, dia kini mempunyai hal yang sama bila mana mula terasa sedikit mengabaikan anak sulungnya, Aisy Mateen dek kerana memberi tumpuan kepada anak keduanya.

Pun begitu kata Yana dia mempunyai caranya sendiri untuk memujuk anak kesayangannya itu.

Melalu instagramnya, Yana bercerita mengenai hal itu panjang lebar. Kata Yana lagi, Mateen sering memintanya untuk mendukungnya ketika waktu mengandungkan anak keduanya. Namun terpaksa ditolak. Begitu juga meminta untuk bergusti bersamanya.

Malah kata Yana lagi, kini anak manjanya itu cukup rajin membantunya menguruskan anak keduanya.

“Masa ambik gambar solo dia tengok je dari tepi. Sekali mommy panggil laju terus dia terpa dan peluk.

“Alahai dak manja mommy rajin tolong mommy dadi jaga adik. Thank you @aisymateen.

“Mommy tahu bila ada adik ni mateen mesti rasa mateen terabai. Dia pernah minta dukung tapi dah mengandung tak boleh dah nak dukung dia.

“Ajak main lasak lasak, tapi dadi pesan mommy ada adik dalam perut tak boleh main gusti gusti.

“Bila adik dah lahir, dia selalu tanya ” masa mateen kecik dulu , menyusu jugak macam ni ea” ” masa mateen kecik dulu nangis macam ni ea”

“Mommy pun jawab, sama je, nak tengok gambar? ,” cerita Yana.

Yang menariknya Kata Yana, Mateen sering bertanya perihal dirinya selepas melihat apa yang dibuat adiknya kini. Malah ibu kepada dua anak ini mempunyai caranya sendiri. Apa yang dilakukan Yana adalah menunjukkan semula video-video dan gambar lama ketika Mateen waktu kecil.

Bila melihat kesemua gambar dan video barulah Mateen kembali ceria.

“Mommy pun tunjuk gambar dan video lama lama masa dia baby. Lepas tu baru nampak muka dia senyum senyum.

“Nasib baik ada ambik gambar dan video dulu dulu kat instagram dan kat hp, ada lah bukti mommy selalu dukung mateen dan main dengan Mateen.

“Sengih sengih dia tengok balik, ” katanya lagi. 

Malah kata Yana, itulah gunanya kita simpan video dan gambar anak menerusi instagram, dan bukannya niat untuk menunjuk-nunjuk. Ia kenangan untuk ditunjukkan kepada anak-anak apabila besar nanti.

“Tu lah kita dokumentasikan memori kat instagram dan ambik gambar tu bukan untuk menunjuk, tapi lebih untuk kegunaan peribadi, almaklumlah sekarang mana orang print gambar sangat ye dak?

“Hilang hp rosak hp terus takda memori.

“Apa pun, Mommy sayang mateen dunia akhirat!! 😍😚 love you,” tulisnya.

Benar kata Yana, ada waktunya momen-momen lama yang kita simpan di telefon bimbit menjadi bahan pujukan paling menjadi untuk memujuk anak-anak kita. Simpanlah sebaiknya untuk kenangan kita di masa depan.

Terdahulu, Yana mendirikan rumah tangga bersama, Fadzil Zahari pada 13 Februari 2015. Kini pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Aisy Mateen dan seorang lagi anak perempuan.

Artikel berkaitan: Mateen Dah Jadi Abang Long, Yana Samsudin Pilih Berpantang D Kampung

Dulu Tak Cukup Tidur, Sekarang Tak Cukup Tangan, Dulu Suami Yana Nak Anak Ramai, Kini 2 Orang Pun Dah Bersyukur

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @yanasamsudin

Published by
SRM