Sayang Nasi Banyak Tak Habis,  Daripada Terbuang Begitu Je Elok Dibuatkan Bubur!

Biasanya jika kita lihat ada banyak lebihan nasi pada malam hari, tentu kita akan merancang untuk sediakan nasi goreng sebagai menu sarapan. Pun begitu, sebenarnya lebihan nasi tersebut boleh juga dibuat bubur nasi yang enak.

Ini seperti perkongsian daripada Nurul Afidah Omar di mana menurutnya kebetulan ada banyak lebihan nasi kenduri di rumahnya. Jadi untuk elakkan membazir, timbul idea untuknya menyediakan menu Bubur Ayam yang enak untuk disedekahkan di masjid.

“Semalam kenduri rumah mak sedara, nasi banyak lebih… sayangnya lahai… tiba-tiba datang idea untuk jadikan bubur. Boleh sedekah dekat orang masjid. Hari ini mesti ramai dekat masjid sebab solat Jumaat. Alhamdullillah dapat siapkan.”

Sayang Nasi Banyak Tak Habis,  Daripada Terbuang Begitu Je Elok Dibuatkan Bubur!

Jadi andai kata di rumah anda ada lebihan nasi,bolehlah mencuba resipi yang dikongsikan ini.

 

Bubur Ayam Mekdah

Bahan-bahan

Ads

Lebihan nasi kenduri – 1 termos besar

Air secukupnya – pastikan nasi tenggelam dan lebihan air agak-agak sejengkal, akan ditambah ikut keadaan

Lobak merah – 10 batang potong kecil-kecil, nak senang parut je

Kiub ayam – 10 kiub

Garam – secukup rasa, agak-agak

Daun sup

Ads

Cili besar merah

Bawang goreng

Lebihan ayam goreng kenduri – siat-siatkan

10 biji bawang putih –dihiris halus

7 biji bawang merah – dihiris halus

Ads

Halia besar ibu jari – hiris halus

Sayang Nasi Banyak Tak Habis,  Daripada Terbuang Begitu Je Elok Dibuatkan Bubur!

Cara-cara

  1. Rebus nasi dan air sampai kembang
  2. Masukkan kiub ayam, garam, ayam yang sudah dicarik, bawang dan halia
  3. Selepas 2 jam tutup api dan biarkan dalam periuk yang bertutup beberapa ketika
  4. Bila agak suam, buka balik api dan sambung rebus.
  5. Masukkan batang daun sup yang dihiris halus dan lobak merah
  6. Selepas sejam dah boleh tutup api
  7. Senduk dalam bekas, tabur daun sup, cili besar dan bawang goreng. Siap untuk dimakan
  8. Sepanjang memasak tu sentiasa rasa, tak cukup masin tambah garam atau kiub ayam. Ejas ikut selera masing-masing ye

*Masa merebus pastikan periuk ditutup ye

Sayang Nasi Banyak Tak Habis,  Daripada Terbuang Begitu Je Elok Dibuatkan Bubur!

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI