“Sayang Pegang Semua Amanat Jaga Anak Kita Sebaiknya,” Mengenang 8 Bulan Pemergian Abam, Hidayah Kongsi Nurkilan Buat Arwah Suami

Share

Mengenang lapan bulan pemergian suami tercinta, Siti Nurhidayah balu kepada pelawak terkenal, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan atau Abam menulis nurkilan khas buat arwah.

Berkongsi nurkilan tersebut di Instagram miliknya, Hidayah menyatakan dia akan sentiasa memegang amanat arwah Abam untuk menjaga satu-satunya anak mereka iaitu Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey dengan baik.

“10.10.2020 8 bulan abang pergi, yang hidup pasti akan mati.  Sayang (panggilan diri Hidayah oleh arwah) akan menyusul kemudian abang.

“Sayang akan pegang semua amanat abang menjaga anak kita sebaik-baiknya InsyaAllah,” katanya.

Dalam kemas kini tersebut Hidayah memuat naik rakaman video dia bersama anaknya.

Kata Hidayah, bukan mudah untuk meneruskan hidup tanpa suaminya namun dia harus yakin dengan perancangan Allah.

“Sayang cuba teruskan hidup tanpa abang disisi sangat sukar. Sangat susah,dan sangat sakit nak lalui semua tapi kekuatan sayang keluarga.

“Alhamdulliah sayang bangun untuk capai impian kita sekarang sayang dah ada kedai berkat doa dari semua orang.

“Aku yakin padaMu, Ya Allah, Aku yakin pada rancanganMu. Sesungguhnya Engkau Yang Maha Kuasa dan Yang Maha Mengetahui semuanya,” luahnya lagi.

 

Hidayah dan Abam berkahwin pada 8 Disember 2017. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia setahun dua bulan.

Semoga Hidayah terus kuat untuk jalani hari-hari mendatang dengan amanat yang dititipkan. Dan semoga semuanya dipermudahkan buat Hidayah, Amin!

Sumber: Gempak & IG Hidayah

Baca: Tahniah Farah AF2! Selamat Lahirkan Bayi Ketiga. Nama Ara Jadi Pilihan Untuk Baby Selepas Usia 7 Hari

Baca: Risau, Cemas & Takut Anak Perlu Masa Untuk Ditangani, Pakar Saran Mak Ayah Buat Ini Nak Bantu Si Kecil 

EPISOD 8 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: SI CILIK BERJIWA BESAR

Setiap parents pasti menginginkan anak-anak yang berjiwa besar. Mempunyai semangat tolong-menolong, akhlak yang baik serta menghormati orang tua. Oleh itu, ibu dan ayah sendiri harus menunjukkan contoh terbaik untuk menjadi ikutan anak-anak. Mereka umpama kain putih, ibu ayahlah yang bertanggung jawab untuk ‘mencantikkan’ hiasannya.

Saksikan Episod ke 8, PA&MA Journey Bersama JoviaNina pada 14 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents

Memandangkan situasi Covid-19 masih lagi belum reda dan program on ground bersama followers Pa&Ma tidak dapat dilaksanakan, buat julung kalinya Pa&Ma menganjurkan Merangkak Race SSPN x Pa&Ma secara virtual.

Dengan yuran penyertaan RM20, si comel akan mendapat akaun SSPN, t-shirt, medal dan e-sijil. Best kan?

Hanya 3 langkah mudah untuk menyertai pertandingan ini. Pemenang akan dipilih berdasarkan video paling menarik dan menepati kriteria yang ditetapkan.

Ayuh apa tunggu lagi, daftarlah sekarang!!

 

Published by
SAHR