Berita gembira tentang kehamilan baru dalam kehidupan setiap pasangan adalah satu kejutan yang mengujakan. Namun sebagai hambaNYA kita hanya mampu merancang, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
Personaliti media sosial dan usahawan Hafiz Mahamad reda selepas menerima berita isteri kesayangan yang juga personaliti media sosial, Syafiqah Aina mengalami keguguran.
Menerusi perkongsian Hafiz di akaun Instagram miliknya, Hafiz memaklumkan menerima berita sedih itu ketika dia berada di Kelantan untuk membantu sahabat baiknya yang jatuh sakit.
“Aina surprise saya minggu lepas, katanya dah dua bulan hamil. Gembira sangat rasa, tambah pula Dr kata scan ada dua kantung.
“Andai kata betul kembar, lelaki saya namakan Haikal Aris dan perempuan tak fikir lagi. Sujud syukur dan teruja sangat sebab puteri sulung saya bakal dapat adik. Tapi…
“Semalam, waktu saya tengah bantu sahabat. Selepas angkat sahabat yang sakit semalam masuk dalam kereta dan terus terima panggilan dari Aina sebab dia pergi buat pemeriksaan.
“Saya tak tahu nak react apa, saya tengah bantu sahabat saya dalam masa yang sama terima panggilan macam tu, korang boleh rasa tak perasaan saya?” kongsinya.
Bagaimanapun, Hafiz menganggap perkara itu sebagai sebahagian daripada ujian Tuhan kepada dirinya untuk menjadi insan yang lebih baik.
Ads
“Saya belajar sesuatu, nak tau apa? Disaat saya terima panggilan tu, Aina kata anak saya dah tak ada dan mata saya tengok sahabat saya tengah tak berdaya depan mata
“Rasa syukur saya terus tinggi, saya tak nak kecewa dan tolak takdir Allah! Ada tu Allah nak tunjuk dan saya belajar untuk redha
“Tipu tak sedih, lagi lagi Aina. Tapi kami yakin, ada benda Allah nak bagi lagi, kami yakin sangat. Sebab berita tu saya terima dalam waktu saya tengah bantu orang.
“Andai kamu lelaki. Daddy namakan kamu Haikal Aris. Haikal Aris, kamu pergi dulu dari daddy dan mummy.
“Kamu tunggu kami di syurga, pimpin kami nanti sayang. Ada sebab Allah ambil kamu di usia kamu dua bulan dalam kandungan.
“Sebak daddy menulis ni. Sayang, pimpin daddy mummy dan kakak kamu nanti di syurga. Selagi masih hidup, daddy bekalkan rezeki keluarga kita dengan rezeki halal sayang.
Ads
“Ini semua satu cerita untuk Allah mengajar saya sekeluarga menjadi kuat lagi dan sentiasa ikhlas dalam usaha.
“Mummy, terima kasih jagakan anak kita dalam kandungan dua bulan dan terima kasih surprise daddy last week.
“Abang happy sayang sebab anak itu anak yang tunggu kita di syurga. Terima kasih @syafiqahaina,” coretnya
Terdahulu, Hafiz menjadi tular selepas beritanya yang sanggup pulang ke Kelantan sebaik sahaja mendapat berita mengenai keadaan rakan baiknya yang jatuh sakit.
Hafiz telah meninggalkan segala kerja di Kuala Lumpur dan bergegas ke kampung halaman untuk membantu rakannya.
Ads
Hafiz merupakan suami kepada personaliti media sosial terkenal, Syafiqah Aina. Hafiz dan Aina telah mendirikan rumah tangga pada 24 November 2017. Pasangan ini menerima kedatangan cahaya mata, Raisya Arisa pada 25 Jun 2019.
Semoga Hafiz dan Syafiqah Aina kuat menghadapi dugaan ini. insyaAllah ada rezeki lain lagi pada masa akan datang.
EPISOD 7 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK ENSIKLOPEDIA
Anak-anak zaman sekarang lebih advance dan suka mempelajari benda baru. Dengan teknologi terkini, anak-anak banyak belajar dari program TV dan internet. Ibu bapa perlu menjadi kreatif untuk bercerita pada anak-anak namun pastikan anda memantau setiap yang mereka pelajari.
Saksikan Episod ke 7, Pa&Ma Journey Bersama JoviaNina pada 7 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Pengalaman mengandung setiap anak sememangnya berbeza-beza. Ada kandungan yang mudah tanpa alahan tidak kurang juga berdepan pelbagai komplikasi pada kandungan seterusnya.
Bagi pelakon, Izreen Azminda, selain kenaikan berat badannya sebanyak 15kg diketika usia kandungannya baru lima bulan, dia kini juga mengidam pelbagai jenis makanan malah sentiasa craving untuk makan pelbagai jenis makanan.
Terbaru menerusi Instagramnya, kata Izreen dia begitu teringin untuk menjamah Nasi Kandar di Pulau Pinang. Namun apakan daya, sekatan rentas negeri tidak membolehkan impiannya untuk ke sana.
“Berapa kali masuk dapoq dah, sat teringin tu sat teringin ni.
“Sebenaqnya, betoi ka orang kata kalau kita teringin makan apa-apa tapi tak dapat, baby akan menjejeh ayaq lioq. Ka sebenaqnya mitos ja?
“Ka memang beberapa bulan pertama tu kelenjaq ayaq lioq baby memang aktif?
“Hampa dulu masa mengandung mengidam apa yang tak dapat? Pregnant kali ni, kami teringin betoi nasik kandaq tapi tak mau makan kat umah, nak makan kat Penang.
“Masa abang Adrian lagi dasyat, teringin nasik kenduri dan nak makan kat tempat kenduri tu jugak. Jenuh mak kami dok cari sapa la buat kenduri masa tu, hampa pulak?,” tulisnya berkongsi.
Lain macam penangan kandungan ketiga kali ini. Semoga impian Izreen untuk menikmati segala makanan yang diidamkannya tercapai.
Menerusi entri berlainan, Izreen juga turut berkongsi keadaan fizikal dan kelainan fizikal bayi perempuan dan bayi lelaki.
“BOOOO-LAAATTTTT. Dulu kami percaya orang kata sapa mengandung anak laki berseri, sapa mengandung anak pompuan tak seri sebab baby tarik seri depa kata.
“Kalau anak laki badan tak kembang sangat, kalau anak pompuan badan kembang semangkuk. Kami tengak samaaa ja, badan kekembangan serupa tu gak,”kongsinya lagi.
Namun kata Izreen dia juga tidak mengalami masalah kulit sepanjang dua kehamilannya sebelum ini.
“Cumanya yang kami perasan, kami memang tak dak masalah kulit kalau mengandung.
“Hampa ada masalah kulit yang teruk dak cthnya, tak mengandung kulit elok ja, kalau mengandung kulit tu rasa macam nak p sagat kat jalan punya nak bagi licin,” selorohnya lagi.
Terdahulu, Izreen mendedahkan yang dia kini hamil lima bulan selepas memuat naik video menampakkan baby bump nya.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @izreen.azminda
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semasa hamil, setiap tubuh anda memerlukan penjagaan yang rapi kerana hormon kehamilan akan membuatkan anda melalui banyak perubahan. Tidak terkecuali, gigi! Ibu hamil sering terlepas pandang akan penjagaan mulut mereka, terutamanya gigi dan gusi.
Disebabkan kurang penjagaan pada bahagian oral, jadi, tidak hairanlah mengapa ramai wanita yang mengalami masalah gigi dan gusi semasa sedang hamil. Masalahnya, jika perkara ini berlaku, akibatnya bukan hanya ditanggung oleh ibu hamil sahaja, sebaliknya bayi dalam kandungan turut menerima kesan buruk.
Risiko kepada kandungan
Tahukah anda bahawa perubahan dan peningkatan hormon semasa hamil akan menyebabkan tubuh bertindakbalas dengan plak, iaitu lapisan bakteria yang ada pada gigi. Oleh itu, amat mudah untuk ibu hamil mendapat sakit gigi jika kebersihan gigi tidak dijaga dengan baik. Sistem imunisasi badan ibu akan lemah apatah lagi jika ibu mengalami sakit gigi berserta jangkitan batuk ataupun demam. Proses jangkitan yang dialami pada badan ibu bukan sahaja akan melemahkan ketahanan tubuhnya, bahkan juga boleh menyebabkan bakteria yang menyerang gigi merebak kepada janin anda.
Ibu hamil yang mengalami sakit gigi berisiko mendapat keguguran, kelahiran bayi pramatang dan bayi mati dalam perut. Bayi yang lahir juga akan mengalami masalah kurang berat badan.
Jadi, jangan pandang remeh jika anda mengalami masalah sakit gigi semasa hamil. Segera berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan.
Penjagaan gigi semasa hamil
Penjagaan gigi yang betul dengan bantuan daripada doktor gigi akan menjadikan gigi anda kekal sihat walaupun semasa anda sedang mengandung. Bagi mengelak dan mengurangkan risiko anda daripada mengalami masalah sakit gigi semasa hamil, ikuti langkah-langkah di bawah:
Teruskan amalan penjagaan gigi semasa hamil.
Patuhi amalan kebersihan oral untuk mengelakkan atau mengurangkan masalah kesihatan mulut dan gigi.
Kurangkan makan makanan yang manis. Anda perlu menggosok gigi setiap kali selepas mengambil makanan manis.
Amalkan diet yang sihat dan seimbang. Gigi pertama bayi anda akan mula tumbuh semasa tiga bulan pertama kehamilan. Jadi, ambillah makanan yang mengandungi produk tenusu, keju dan yogurt yang amat baik untuk penghasilan gigi, gusi dan tulang yang sihat.
Jika perlu mendapatkan rawatan gigi, jumpa doktor obstetrik anda dahulu. Doktor akan memberikan nasihat tentang perkara yang boleh dan tidak boleh dibuat oleh ibu hamil- termasuklah dari segi penerimaan ubat-ubatan semasa rawatan gigi.
Beritahu doktor gigi anda tentang kehamilan anda terutamanya jika anda masih lagi berada di trimester pertama. Doktor akan memberi nasihat tentang rawatan yang selamat untuk ibu hamil.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selebriti Indonesia yang cukup dikenali, Aurel Hermansyah yang kini dikhabarkan menghitung hari untuk bersalin anak keduanya bersama suami, Atta Halilintar.
Namun kongsi Atta, disaat hampir melahirkan, isteri kesayangannya itu mula mengidam dna menginginkan sesuatu yang pelik.
Kongsi Atta lagi, Aurel pernah meminta untuk mengayuh basikal pada lewat malam sehingga dia terpaksa menuruti kemahuan isterinya itu.
“Dia pernah minta nak kayuh basikal pada pukul 12 malam. Cuba bayangkan mana ada orang naik basikal lewat malam. Dengan keadaan sunyi, dia boleh juga kena selsema.
“Akhirnya saya terpaksa layankan sahaja dengan menaiki basikal eletrik,” katanya berkongsi.
Bahkan kata Atta lagi, ketika ulang tahun kelahiran, isterinya juga pernah berhajat untuk bercuti ke Jepun. Segala persiapan ketika itu sudah pun dibuat.
Pun begitu, Aurel bagaimanapun membatalkan hasrat kerana tidak mahu berasa penat ketika bercuti.
“Dia pernah mengidam nak ke Jepun, semasa ulang tahun kelahiran dia. Saya telah siapkan segala tiket dan semuanya tapi tiba-tiba dia tidak mahu dengan alasan penat,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Aurel dan Atta mendirikan rumahtangga pada 4 April 2021. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Ameena Hanna Nur Atta.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.