Kehamilan

“Sayang, Pimpin Daddy Mummy dan Kakak Nanti Di Syurga,” Syafiqah Aina Keguguran Selepas Seminggu Beri Kejutan Pada Suami

Share

Berita gembira tentang kehamilan baru dalam kehidupan setiap pasangan adalah satu kejutan yang mengujakan. Namun sebagai hambaNYA kita hanya mampu merancang, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Personaliti media sosial dan usahawan Hafiz Mahamad reda selepas menerima berita isteri kesayangan yang juga personaliti media sosial, Syafiqah Aina mengalami keguguran.

Menerusi perkongsian Hafiz di akaun Instagram miliknya, Hafiz memaklumkan menerima berita sedih itu ketika dia berada di Kelantan untuk membantu sahabat baiknya yang jatuh sakit.

“Aina surprise saya minggu lepas, katanya dah dua bulan hamil. Gembira sangat rasa, tambah pula Dr kata scan ada dua kantung.

“Andai kata betul kembar, lelaki saya namakan Haikal Aris dan perempuan tak fikir lagi. Sujud syukur dan teruja sangat sebab puteri sulung saya bakal dapat adik. Tapi…

“Semalam, waktu saya tengah bantu sahabat. Selepas angkat sahabat yang sakit semalam masuk dalam kereta dan terus terima panggilan dari Aina sebab dia pergi buat pemeriksaan.

Baca: Bila Mengandung Semua Jeans Tak Muat. Zahirah Macwilson Ajar Teknik Pakai Jeans Bila Hamil. Comel Je!

“ABANG, ANAK KITA DALAM KANDUNGAN DAH TAK ADA”

“Saya tak tahu nak react apa, saya tengah bantu sahabat saya dalam masa yang sama terima panggilan macam tu, korang boleh rasa tak perasaan saya?” kongsinya.

Bagaimanapun, Hafiz menganggap perkara itu sebagai sebahagian daripada ujian Tuhan kepada dirinya untuk menjadi insan yang lebih baik.

“Saya belajar sesuatu, nak tau apa? Disaat saya terima panggilan tu, Aina kata anak saya dah tak ada dan mata saya tengok sahabat saya tengah tak berdaya depan mata

“Rasa syukur saya terus tinggi, saya tak nak kecewa dan tolak takdir Allah! Ada tu Allah nak tunjuk dan saya belajar untuk redha

“Tipu tak sedih, lagi lagi Aina. Tapi kami yakin, ada benda Allah nak bagi lagi, kami yakin sangat. Sebab berita tu saya terima dalam waktu saya tengah bantu orang.

“Andai kamu lelaki. Daddy namakan kamu Haikal Aris. Haikal Aris, kamu pergi dulu dari daddy dan mummy.

“Kamu tunggu kami di syurga, pimpin kami nanti sayang. Ada sebab Allah ambil kamu di usia kamu dua bulan dalam kandungan.

“Sebak daddy menulis ni. Sayang, pimpin daddy mummy dan kakak kamu nanti di syurga. Selagi masih hidup, daddy bekalkan rezeki keluarga kita dengan rezeki halal sayang.

“Ini semua satu cerita untuk Allah mengajar saya sekeluarga menjadi kuat lagi dan sentiasa ikhlas dalam usaha.

“Mummy, terima kasih jagakan anak kita dalam kandungan dua bulan dan terima kasih surprise daddy last week.

“Abang happy sayang sebab anak itu anak yang tunggu kita di syurga. Terima kasih @syafiqahaina,” coretnya

 

Terdahulu, Hafiz menjadi tular selepas beritanya yang sanggup pulang ke Kelantan sebaik sahaja mendapat berita mengenai keadaan rakan baiknya yang jatuh sakit.

Hafiz telah meninggalkan segala kerja di Kuala Lumpur dan bergegas ke kampung halaman untuk membantu rakannya.

Hafiz merupakan suami kepada personaliti media sosial terkenal, Syafiqah Aina. Hafiz dan Aina telah mendirikan rumah tangga pada 24 November 2017. Pasangan ini menerima kedatangan cahaya mata, Raisya Arisa pada 25 Jun 2019.

Semoga Hafiz dan Syafiqah Aina kuat menghadapi dugaan ini. insyaAllah ada rezeki lain lagi pada masa akan datang.

Sumber: Gempak & IG Hafiz Mahamad

Baca: Kalau ‘Termarah’ Anak Cepat Peluk Balik, Bimbang Emosi Cedera. Mak Ayah Tolong Elak 3 Perkara Ni!

EPISOD 7 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: ANAK ENSIKLOPEDIA

Anak-anak zaman sekarang lebih advance dan suka mempelajari benda baru. Dengan teknologi terkini, anak-anak banyak belajar dari program TV dan internet. Ibu bapa perlu menjadi kreatif untuk bercerita pada anak-anak namun pastikan anda memantau setiap yang mereka pelajari.

Saksikan Episod ke 7, Pa&Ma Journey Bersama JoviaNina pada 7 Oktober 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram Pa&Ma D Parents

Published by
SAHR