“Sayang Yang Tidak Berpenghujung Buatmu Anakku” Sambut Hari Lahir Ke-12, Erra Buat Kejutan Untuk Aleesya!

Share

Kejutan yang membahagiakan dari seorang ibu buat anaknya kesayangannya. Pelakon, Erra Fazira tampil membuat kejutan ringkas buat anak tunggalnya, Engku Aleesya bagi meraikan sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke 12 tahun.

Menerusi laman Instagram, Erra berkongsi sebuah video sambutan tersebut untuk tatapan seluruh pengikutnya.

Walaupun hanya menyambutnya di rumah, namun kejutan dari Erra dengan menghiasnya penuh belon-belon yang memenuhi ruang tamu rumah buat Aleesya terkesima.

“Selamat Hari Jadi Anakku. Genap 12 tahun dikau dilahirkan.

” Seusia mudamu, pelbagai kenangan yang dikau lalui. Jadikan semua ini pengalaman istimewa buatmu,” tulis Erra.

Malah kata Erra lagi saat melahirkan Aleesya, semua kesakitan yang ditanggungnya hilang sebaik menatap wajah comelnya itu.

Malah kata Erra lagi, kehadiran satu-satunya anak tunggalnya itu menjadi pelengkap bahagianya kini.

” Masih segar dalam ingatan pertama kali dikau berada dalam dakapanku. Gugur segala kesakitan dan kepayahan saat kita bertentang mata.

“Hadirmu menyempurnakan hidupku, Ya Allah terima kasih diatas anugerahMu

“Sayang yang tidak berpenghujung buatmu anakku.- Mom,” tulisnya.

Video pendek itu ternyata membuatkan Aleesya terkejut yang pada mulanya malu-malu. Sambutan yang diserikan dengan belon berwarna-warni tema pastel dengan kek warna merah jambu itu jelas mempamerkan kebahagiaan dua beranak ini.

Dalam pada itu, di ruang komen, pengikut Erra turut menitipkan ucapan hari lahir buat Aleesya yang memiliki raut wajah cantik setanding kecantikan ibunya.

“Happy Birthday Alesya syg, semuga menjadi anak yang solehah buat daddy dan mom.”

“Hepi besday Alisya cantik. Moga Allah merahmatimu selalu. Tinggi dan cantik nye dia, sebijik mom dia lah…love Alisya”

“Hb princess! Dah besar cantik macam mom! Lapchuu Aleesya”

Sehingga kini, video tersebut telah menerima lebih 782 000 tontonan daripada pengikutnya.

Artikel berkaitan: Copy Paste Erra, Tampil Sopan Berselendang, Ramai Puji Kecantikan Engku Aleesya

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @errafazira

Published by
SRM