Adat dalam perkahwinan saling ambil berat antara satu sama lain, tapi untuk insan bergelar isteri, sekali dia sayangkan seseorang, sayangnya melebihi diri sendiri. Sanggup korbankan segala-galanya demi insan bernama suami selain untuk anak-anak tercinta.
Maka suami jangan pernah sakitkan hati si isteri. Syukuri apa adanya pada isteri, jika ada salah dan silap salinglah memaafkan usahlah dipanjang-panjangkan. Jangan sampai merebak hingga bermasam muka sampai hilang rasa sayang.
Gembira isteri, maka bahagialah keluarga, jangan pernah rasa rimas dengan pesanan isteri kerana itu tanda sayangnya sepenuh nyawa.
Pesan Sebab Sayang
“Abg, bwk motor pelan-pelan”
“Abang, bila nak berhenti merokok”
“Abang, jaga diri, jaga kesihatan”
Banyak pesanan isteri kat suami…banyak nasihat isteri kat suami…kenapa perlu cakap macam ni kat suami dia…?
Sebab sayang…sebab kita ni suami dia…sebab kita ni ayah kepada anak-anak dia…
Orang perempuan ni bila dah sayang, dia sayang sungguh-sungguh, dia jaga sungguh-sungguh…dia ambik tahu tentang suami dia lebih dari dia ambik tahu diri dia sendiri…
Dia tanya suami dia makan tak lagi sedangkan dia sendiri pun tak makan lagi…
Dia tanya suami dia sihat ke tak sedangkan dia sakit pun tak bagitau suami…
Ads
Dia tanya suami dia ada duit ke tak sedangkan dia pun tak ada duit…
Itulah isteri…itulah perempuan yang kita kahwini…
Dengan macam ni layanan dia, dengan macam ni dia jaga kita, takkan tergamak untuk kita menyakiti hati dia, bagi dia menangis di malam hari…
Isteri ni bila dah sayang tu, macam tu la dia…dia korbankan perasaan dia, kebajikan dia, kesihatan dia, untuk orang lain yang bernama suami…
Suami perlu lebihkan rasa kesyukuran bilamana ada dan miliki isteri sebegini…salah kecil-kecil tak perlu dibesarkan, gaduh sikit-sikit tak perlu dipanjangkan, masam muka, merajuk dan tak bercakap perlu dielakkan…
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Ads
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dosa yang dilakukan oleh ibu bapa dikatakan sebagai penyebab anak-anak tidak menjadi. Dek kerana sikap ibu bapa maka anak-anak tidak mahu mendengar kata, degil dan sebagainya.
Dalam mendidik anak-anak ibu bapa perlu menjadi contoh tauladan dengan menunjukkan sikap dan budi pekerti yang baik di hadapan anak-anak kerana anak-anak cenderung mengikuti tingkah laku yang paling hampir dengan mereka.
Dosa Ibu Bapa Sebabkan Anak Tidak Menjadi
Kekurangan bimbingan agama dan ketiadaan contoh tauladan dari ibu bapa boleh mempengaruhi akhlak anak-anak Bagaimanapun setelah ada usaha bimbingan dari ibu bapa tetapi anak-anak masih berkelakuan tidak baik maka ia merupakan ujian terhadap ibu bapa atau Allah SWT ingin memberi kebaikan dan ganjaran pahala kepada mereka.
Maksudnya: “Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.” Surah Luqman (17)
Benar Atau Sekadar ‘Cakap Kosong’
Dalam ayat ini Allah SWT menceritakan perihal Luqman seorang hamba Allah yang soleh yang menasihatkan anaknya, agar menjauhi perbuatan syirik, mengerjakan amal-amal soleh serta berakhlak dengan akhlak yang mulia.
Allah SWT memberi peringatan dengan jelas kepada orang-orang beriman agar memelihara diri mereka dan keluarga dengan membimbing ke arah kebaikan dan ketakwaan kepada Allah SWT.
Maksudnya: “Tidaklah dilahirkan seorang anak itu melainkan dia lahir dalam keadaan fitrah. Maka kedua ibubapanya yang menjadikannya beragama yahudi atau menjadikannya beragama nasrani atau menjadikannya beragama majusi.” Riwayat Muslim(4805)
Dalam mendidik anak-anak ibu bapa perlu menunjukkan tauladan yang baik dengan mematuhi segala ajaran agama dan ini sudah tentu akan mempengaruhi anak-anak dalam proses pendidikan tersebut.
Imam Ibnu Hajar al-Haitami ada menyebutkan jika ibu bapa bertakwa kepada Allah SWT, nescaya Allah SWT akan mengurniakan kebaikan dan mempermudahkan segala urusan zuriat mereka dengan memberi keberkatan serta petunjuk dalam kehidupan zuriat-zuriatnya.
Namun sebaliknya, jika ibu bapa mereka tidak melaksanakan perintah Allah dan melanggar larangan Allah, nescaya anak-anak mereka akan berkelakuan sebagaimana kelakuan ibu bapa mereka.
Jika sekiranya ibu bapa telah melaksanakan tanggungjawabnya dalam pendidikan agama anak-anak tetapi anak-anak masih tidak berakhlak dengan akhlak yang baik maka itu adalah satu ujian bagi ibu bapa. Mereka perlu bersabar atas ujian itu dan ia menjadi sebab kepada ganjaran pahala di sisi Allah kepada ibu bapa.
Kesimpulannya tidak ada nas yang jelas yang menujukkan bahawa akhlak tidak baik anak-anak adalah disebabkan dosa ibu bapa. Nas-nas yang ada ialah tentang kewajipan ibu bapa memberi pendidikan yang baik kepada anak-anak dari sudut pemantapan iman diikuti ibadah dan hubungan yang baik sesama manusia.
Hanya 7 bulan bersama setelah 11 tahun menanti, “Kami reda lepaskan dia pergi.” 11 tahun menanti kehadiran si kecil, namun hanya sempat mengukir kenangan indah hanya selama 7 bulan.
Hanya 7 Bulan Bersama Setelah 11 Tahun Menanti, “Kami Reda Lepaskan Dia Pergi”
Menerusi perkongsian Nurul Afiqah, 35, wanita ini berkongsi satu-satunya zuriat, Nur Malaiqa Aqeela Ilham yang meninggal dunia pada usia tujuh bulan selepas berjuang melawan lapan penyakit yang didiagnosis sejak lahir.
“TUJUH BULAN YANG MENCIPTA MEMORI BERSAMA AQEELA ADALAH HADIAH TERINDAH YANG TIADA GANTI NAMUN DIA HADIAHKAN ‘SYURGA’ UNTUK KAMI SELEPAS 11 TAHUN MENANTI KEHADIRANNYA. KAMI REDA SERTA IKHLAS MELEPASKANNYA DIA KEMBALI KEPADA ALLAH SWT,” KATA NURUL AFIQAH SAIDI.
Nur Malaiqa Aqeela atau nama panggilan Aqeela adalah anak sulung Nurul Afiqah dan suami, Ilham Ismail, 30-an selepas menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) selepas menanti selama 11 tahun.
NURUL AFIQAH BERKATA, NUR MALAIQA AQEELA DILAHIRKAN BERSAMA UJIAN BESAR APABILA BAYI ITU DIDIAGNOSIS DENGAN LAPAN PENYAKIT ANTARANYA KABUKI SINDROM, LARYNGOMALICIA, THYROID, GASTROESOPHAGEAL REFLUX DISEASE (GERD), UPPER RESPIRATORY TRACT ILLNESS (URTI).
Menurutnya, Aqeela pernah membuat pembedahan membesarkan saluran pernafasan sempit pada Mei lalu dan sepanjang tujuh bulan dia ditempatkan di wad hospital untuk pemantauan rapi.
“Sepanjang tempoh itu, kami banyak habiskan masa di hospital dan tukar kerjaya daripada mengambil tempahan kek kepada ejen hartanah supaya dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada Aqeela.
“Aqeela seorang ‘fighter’ (pejuang) walaupun ada banyak penyakit dan pernah beberapa melalui keadaan kritikal, sejak lahir bernafas dengan menggunakan bantuan mesin oksigen yang akhirnya dia boleh bernafas tanpa mesin.
“Namun takdir Aqeela ‘pergi’ selepas demam dan dijangkiti kuman pada paru-paru (Influenza A), rotavirus, Adenovirus, dan Respiratory Syncytial Virus (RSV) pada di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada 9 Ogos lalu,” katanya menetap di Melor, di sini.
DIA YANG MENJALANI RAWATAN IVF BUAT KALI PERTAMA ITU TURUT MENGAKUI KEHILANGAN INSAN TERSAYANG SANGAT PERIT, NAMUN MEREKA REDA MESKIPUN NUR MALAIQA AQEELA ADALAH BUAH HATI PALING DITUNGGU-TUNGGU.
“Aqeela hadiah paling indah dalam hidup saya dan suami yang menyambut hari jadi pada 31 Januari lalu dan saya lahir, 5 Ogos namun anak meninggal dunia pada 9 Ogos.
“SELAIN AQEELA SAYA ADA DUA ANAK ANGKAT MASING-MASING PEREMPUAN DAN LELAKI BERUSIA LAPAN SERTA ENAM TAHUN YANG DIANGGAP SEPERTI ANAK KANDUNG,” KATANYA.
Berhubung perkongsian di TikTok, Nurul Afiqah berkata, ia sekadar kenangan keluarga bersama Nur Malaiqa Aqeela dan gambar keluarga mereka bersama jasad bayi itu satu-satunya gambar kenangan mereka.
“Itu foto kenangan kami (lima beranak) yang dirakam pada hari anak meninggal dunia sebelum dikebumikan,” katanya.
Kita sebagai mak ayah punya misi dan tanggungjawab besar untuk mendidik anak-anak. Menjaga emosi anak juga menjadi sebahagian tanggungjawab mak ayah bagi memastikan emosi anak terjaga dengan baik.
Bergaduh dengan pasangan, samada suami atau isteri misalnya perlu disembunyikan sebaiknya. Namun kita juga hanya manusia biasa bila termarah tanpa sengaja.
Menurut perkongsian Penulis Keibubapaan, Pn Wawa Shauqi, cepat-cepatlah bertindak untuk memperbaiki dan memulihkan keadaan jika berada dalam keadaan sebegini. Biar anak nampak kita sudah berdamai jika bergaduh dengan pasangan.
Tunjukkan yang baik-baik sahaja. Bukan sahaja emosi anak terjaga, emosi kita juga boleh pulih sebaiknya.
Kami laki bini, selalu juga terlepas bertengkar depan anak-anak. Sampai kadang-kadang, anak yang jadi pendamai kami.
Haih. Begitulah. Kami pun manusia. Mana sempurna. Tapi, lepas dah ok, saya cakap kat suami, “jom berbaik depan anak-anak.”
Berlakon semula pun tak apa. Penting untuk anak nampak kita saling meminta maaf dan berbaik dengan pasangan. Sebab anak akan belajar banyak dari kita.
Anak akan belajar, kalau buat salah, jangan malu minta maaf. Bila ada konflik, kita selesaikan dengan baik. Bukan lari dari masalah.
Anak akan belajar komunikasi efektif. Macam mana nak menegur dan menerima teguran. Anak akan belajar, macam mana nak menghormati pandangan, walaupun kita tak sependapat.
Malah kan, bila kita buat macam ni, emosi anak yang terluka boleh kembali sembuh. Kesian kat anak tu, kan. Kadang kita punya masalah, emosi diorang terbabit sama.