Sayangilah rahim anda, jangan ambil mudah tanda-tanda ia jatuh! Rahim jatuh adalah igauan ngeri kepada setiap wanita tidak peringkat usia.
Menurut Dr.Nurhazinat Yunus, Pakar Obstetrik & Ginekologi, Pusat Perubatan Tropicana, masalah rahim jatuh berlaku apabila rahim turun dari kedudukannya yang normal. Utero vaginal prolapse (UVP) adalah keadaan di mana rahim bersama vagina atau faraj turun dari kedudukan yang sepatutnya.
Masalah rahim jatuh juga boleh berlaku bersama kejatuhan pundi kencing pada bahagian hadapan (dipanggil anterior wall prolapse atau cystocoele), atau kejatuhan saluran usus pada bahagian belakang (dipanggil posterior wall prolapse atau enterocele/rectocele). Masalah rahim jatuh boleh berlaku dengan sendiri. Tetapi ia juga boleh dikaitkan dengan rahim terkeluar daripada anterior (depan), atau posterior (belakang) dinding faraj, atau kedua-duanya.
Hakikatnya selepas bersalin, segelintir wanita hanya akan mengalami masalah rahim jatuh peringkat pertama. Oleh itu, mereka perlu lebih prihatin menjaga organ peranakan tersebut dengan mengamalkan pemakanan yang sihat, mengelak sembelit, melakukan senaman lantai pelvis.
Walaupun masalah ini normal, tetapi ramai wanita malu untuk mendapatkan rawatan. Jika dibiarkan, ia boleh menjadi serius dan memerlukan rawatan intervensi seperti memakai gelang vagina atau menjalani pembedahan membuang rahim atau menaikkan vagina yang jatuh.
Peringkat pertama
Rahim jatuh sedikit sahaja daripada kedudukan normal, tetapi masih di dalam vagina atau faraj. Pada peringkat ini kebanyakan wanita tidak mengalami apa-apa simptom. Jika adapun, kebiasaannya wanita hanyalah perasan ada rasa berat pada bahagian rongga pelvis sahaja.
Peringkat kedua
Sebahagian dari rahim telah keluar dari vagina. Pada peringkat ini wanita tersebut mungkin merasa sakit belakang, perasaan berat pada bahagian pinggang ke bawah, dan yang pastinya terdapat benjolan bahagian serviks terkeluar melalui bukaan vagina terutamanya ketika berdiri.
Peringkat ketiga
Keseluruhan rahim berada di luar vagina. Biasanya keadaan ini akan bersama dengan kejatuhan pundi kencing pada bahagian hadapan, dan kejatuhan saluran usus besar pada bahagian belakang. Namun pada peringkat ini, organ ini masih lagi boleh ditolak masuk ke dalam vagina semasa pesakit baring di atas katil.
Peringkat keempat
Keadaan organ jatuh seperti peringkat ketiga, namun pesakit tidak boleh memasukkannya kembali ke dalam vagina biarpun pada keadaan baring. Mungkin wanita tersebut boleh mengalami masalah membuang air kecil dan sukar mengawalnya.
SIAPAKAH YANG BERISIKO?
PUNCA
Rahim jatuh berlaku apabila otot lantai pelvis dan ligamen sekitarnya menjadi lemah, lantas tidak mampu memberi sokongan secukupnya kepada rahim. Oleh itu, rahim akan melorot jatuh atau tersembul keluar daripada bukaan faraj.
Rahim jatuh boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak mengira usia, namun ia sering berlaku pada wanita yang sudah putus haid (menopaus) yang pernah bersalin secara normal. Kerosakan pada otot lantai pelvis dan ligamen semasa kehamilan dan proses bersalin, kesan graviti, ketiadaan hormon estrogen dan perbuatan meneran berulang-ulang kali selama bertahun-tahun, boleh membawa kepada kekenduran otot lantai pelvis dan menyebabkan rahim jatuh.
4 AMALAN SIHAT SEMASA BERPANTANG ELAK RAHIM JATIH
Cara berpantang yang betul boleh mengurangkan risiko terjadinya rahim jatuh.
LANGKAH PENCEGAHAN
5 LANGKAH SENAMAN LANTAI PELVIS (KEGEL EXERCISE)