Sayangkan Anak, Jangan Sampai Dia Minta Kita Letakkan Phone Untuk Layannya Main

Share

Dalam sehari, berapa jam masa yang kita luangkan untuk anak-anak kita? Keluar pagi buta, bila balik dah malam. Anak-anak seronok sambut kita balik. Kita mandi, solat dan makan, kita tengok tv, anak-anak bising, anak-anak datang tanya, nak bersembang, kita marah-marah…”Bising je la, pergi duduk sana”

Baru jumpa je, dah kena marah

Perkongsian dari Firdaus Shakirin yang sangat terkesan di hati kita sebagai ibu bapa ini boleh dijadikan peringatan bersama sepanjang membesarkan anak-anak.

Anak-anak nak cerita apa yang dia buat kat sekolah, mata kita tengok handphone…Tengok fb, tegok whatsapp, taip balas komen sambal tersenyum. Anak tengok je kelakuan kita, kalau dia tanya atau cakap lebih-lebih, kita marah dia lagi, maka dia senyap, dia tak kata apa-apa.

Bila anak-anak tidur, cuba kita tengok wajah anak-anak kita. Tenung muka anak-anak kita. Itu anak-anak kita dan kita orang tuanya. Semakin lama tengok, semakin rasa bersalah. Teringat kita marah dia tadi. Teringat yang kita tak layan dia, Buat tak tahu kat dia.

Seharian anak-anak kita tunggu kepulangan kita, lama kan…then macam tu sepatutnya kita layan dia?

Hari ni kita buat macam tu dekat anak-anak kita. Tunggu lagi 10-20 tahun, agak-agaknya anak-anak kita akan buat benda yang sama tak kat kita? Masa tu kita nak kata dia derhaka sebab tak layan kita, tak sembang dengan kita, buat tak tahu kat kita?

Kita yang didik dia macam tu…

Kita tak luang masa dengan anak-anak. Kita pentingkan handphone lagi daripada anak-anak. Cubalah letak tepi handphone kita tu bila kita dirumah. Luangkan masa dengar apa yang anak-anak cakap, nak cerita, main dengan dia orang, ajar dia orang kerja-kerja sekolah. Itu tugas kita sebagai ibu bapa.

Kalau kita terlepas saat-saat ini, kita tak kan boleh kembalikan lagi dah masa bersama mereka. Mereka akan terus membesar dan akan meninggalkan kita. Masa tu kita akan rasa sunyi dengan ketiadaan mereka.

Sumber: Firdaus Shakirin

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

 

Published by
Wan Amy