Keibubapaan

“Sayu Dengar Dia Nangis..” Sebak Tengok Shuib Pujuk, Ayash Macam Faham Je

Share

Kasih ibu bawa ke syurga, kasih ayah selamanya. Itu pepatah yang boleh digambarkan buat anak-anak arwah Siti Sarah yang hilang kasih ibu dari kecil. Mungkin anak orang lain sedang gembira dapat layanan ibu tapi empat anak arwah hanya dapat kasih daddynya dan insan terdekat dengan mereka saja.

Hampir setahun pemergian arwah, kehidupan Shuib dan anak-anak sentiasa mendapat perhatian. Ini kerana ramai bersimpati dengan anak yang masih kecil itu. Tambah pula, anak bongsu arwah, Ayash Affan langsung tak sempat mengenali ibunya.

Dilahirkan sebulan awal, nampaknya kini perkembangan Ayash sangat cepat. Dia sentiasa menjadi penghibur daddy, abang dan kakaknya dengan keletahnya yang comel.

Apa yang menarik perhatian ramai, satu video dikongsikan Shuib di instagramnya itu menunjukkan Shuib sedang memujuk Ayash yang sedang menangis.

Tak ambil masa lama pun dipujuk, bila dengan suara daddynya, terus Ayash diam.

Shuib juga menulis kapsyen “Macam Dia’ seolah-olah ada makna tersirat nak disampaikan.

Berkemungkinan Shuib maksudkan Ayash seperti arwah ibunya yang mudah dipujuk dan lembut hati.

Susulan video itu, ramai yang tersentuh melihat momen tersebut dan seolah-olah terbayang jika arwah ada, pasti dia menjadi orang yang paling gembira.

“MasyaAllah Ayash, nanti dah besar, jaga daddy pulak tau, betapa besarnya kasih daddy kat Ayash and adik beradik yang lain, kami semua jadi saksi ❤️”

“Sayu dengar dia nangis..sebak rasa..semoga Allah lindungi Ayash dann sihat-sihat selalu..ibu tunggu di syurga tu..”

“Kalau anak nangis besar ni cuma nak ibu je…😭 auto teringat anak..”

“Sebaknya tengok Shuib memujuk baby Ayash.. Semoga terus membesar dengan sihat..”

Semoga Uwais, Talita, Maatin dan Ayash terus kuat walaupun tanpa ibunya. Ambil semangat ibu dan daddy, insyaAllah pasti berjaya dalam hidup.

Kredit: IG Shuib Sepahtu

Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat! Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

Published by
Wan Amy