Sayu hati lihat tangisan seorang ibu yang kehilangan anak tersayang di depan mata setelah terlibat dalam kemalangan ketika pulang dari sekolah. Murid perempuan Tahun Empat itu maut selepas motosikal diboncengnya terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Kampung Baru, Alma, Bukit Mertajam, pada Khamis.
Mangsa berusia 10 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan dalam kejadian jam 1.45 tengah hari.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang motosikal iaitu ibu kanak-kanak berkenaan hilang kawalan sebelum terjatuh di atas jalan raya.
“Wanita itu sempat menyelamatkan diri, namun anaknya yang membonceng digilis lori yang datang dari arah sama dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Bukit Mertajam bagi urusan bedah siasat, manakala penunggang cedera ringan dan dirawat di hospital sama,” katanya dalam satu kenyataan.
Ads
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, tular di media sosial menyatakan mangsa sempat menyertai majlis sambutan Hari Raya di sekolahnya sebelum terbabit nahas.
Dalam perkongsian di FB Pendidik2u, gambar pelukan terakhir guru yang memeluk adik Airis Iman semasa Sambutan Raya di sekolah akan menjadi kenangan sehingga akhir hayat.
Ads
Melalui gambar tersebut, nampak arwah sangat ceria dan sentiasa tersenyum sepanjang majlis tersebut. Al-Fatihah untuk adik Airis Iman dan salam takziah buat ahli keluarganya.
Lihat anak gembira dah satu kepuasan buat ibu bapa. Lagi-lagi dapat merealisasikan impian anak untuk memiliki mainan idaman. Mungkin bagi orang yang berkemampuan, nak beli mainan mahal tiada masalah. Tapi yang dari keluarga sederhana bajet itu kena betul-betul kira.
Bagaimanapun, bagi ibu bapa yang kreatif dan pandai memanfaatkan barangan terbuang atau gunakan apa yang ada, anda tetap boleh membahagiakan anak kecil.
Seperti perkongsian ibu ini, Ain Zaki yang membuat dan mendeko sendiri dapur mainan anaknya, memang sangat comel. Paling penting ia mudah nak buat mengikut bajet sendiri. Berikut antara perkongsiannya.
Jadi kepada ibu bapa yang mungkin tiada modal besar tetapi tetap nak memberi anak-anak rasa gembira, inilah idea yang boleh anda lakukan untuk anak-anak.
Boleh beli barang dan sama-sama buat pada waktu cuti hujung minggu ni. Tak semestinya yang kreatif je boleh buat tau. Asalkan ada rajin sikit je pasti boleh!
Setelah sebulan melahirkan bayi pramatang dengan berat 535 gram di Hospital Sungai Buloh, nampaknya perkembangan yang ditunjukkan oleh bayi lelakinya itu sentiasa positif.
Perkongsian Abby di instagram sentiasa menjadi perhatian peminatnya untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai kesihatan bayinya dan terbaru dia dan suami telah menghadiahkan dua buah peti sejuk beku untuk kegunaan ibu di NICU untuk menyimpan susu badan.
“Minggu ni tak sempat nak belanja makan pada kakitangan & doktor2 yang rajin melayan kami & menjaga baik anak kami NICU. Jadi kami (suami & anak2) belanja 2 freezer untuk NICU.
“Tujuan untuk memudahkan pihak hospital menampung susu badan ibu-ibu yang pamkan susu untuk baby mereka di sini termasuklah saya,” kongsi Abby.
Menurut pelakon berusia 41 tahun itu, dia percaya bahawa Allah SWT akan menjanjikan nikmat ganjaran terbaik buat hambaNya yang tidak lupa bersedekah di atas muka bumi ini.
“Hidup jangan berkira dengan Allah & hidup biar bermanfaat untuk orang lain. Semoga Allah redha amin,” katanya.
Malah Abby yakin dengan bersedekah juga Allah akan kurniakan hajat yang lebih baik tak kiralah dalam apa sahaja situasi. Lagi kita ingat Allah, Allah akan sentiasa lindungi dan ingat hambanya.
Terus doakan Baby Muhammad Danial Firman Faizal kami dan anak-anak pramatang yang lain di NICU agar terus kuat & bertahan sampai berjaya balik rumah masing-masing & membesar menjadi Hamba ALLAH dan Umat Muhammad yang beriman, Aminnn
Tindakan murni yang dikongsi menerusi laman Instagram itu menerima reaksi positif dan dan rata-ratanya memuji tindakan Abby sekeluarga.
Sumber : Abby Abadi
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Video detik-detik cemas ketika seorang kanak-kanak perempuan yang memerlukan pertolongan di luar tingkap sebuah bangunan akhirnya diselamatkan oleh seorang pemuda lelaki yang merisikokan nyawanya sendiri untuk memberikan bantuan.
Menerusi video yang berdurasi kurang 5 minit tersebut, jelas kanak-kanak tersebut berpaut pada tingkap sebuah bangunan tinggi selama beberapa minit.
Situasi tersebut mengundang rasa tidak senang warga maya. Mujur ada yang sudi membantu dengan mempertaruhkan nyawa sendiri. Jelas kedengaran kanak-kanak tersebut menangis ketakutan. Untuk peringatan, sila awasi anak kecil anda!
Apabila bercakap mengenai penjagaan kanak-kanak, terutamanya anak kecil, ia turut melibatkan keselamatan di rumah dan bukan hanya semasa di luar.
Jom ketahui asas keselamatan yang perlu dititikberatkan di dalam rumah.
Berikut adalah beberapa peringatan yang perlu ibu bapa ketahui untuk menjaga aspek keselamatan anak semasa berada di rumah:
Keselamatan balkoni
Ini adalah tip untuk memastikan keselamatan di rumah pada bahagian balkoni:
1. Jauhkan bangku, meja dan kerusi daripada pagar balkoni
Ia adalah satu naluri biasa pada kanak-kanak yang ingin memanjat pagar atau perabot untuk melihat pemandangan yang lebih baik. Namun dalam masa yang sama, ia meningkatkan risiko untuk anak terjatuh.
Jika kawasan balkoni anda terhad, sebaiknya biar ia berada dalam keadaan tanpa perabot. Cuma bawa keluar beberapa kerusi jika ingin melayan tetamu di sana.
2. Waspada jarak antara palang pagar balkoni
Jarak antara palang bar di balkoni seharusnya tidak boleh melebihi 4 inci. Ia bertujuan untuk menghalang kanak-kanak walaupun bersaiz kecil untuk melepasi pagar tersebut.
Sekiranya ketinggian balkoni adalah lebih daripada 1 meter di atas paras tanah, ia mesti lah mempunyai pagar atau penghadang.
Ini bermakna jika anda tidak tinggal di kondo atau pangsapuri, tetapi mempunyai teres bertingkat, ia harus mempunyai pagar.
American Academy of Pediatrics (AAP) mencadangkan agar ketinggian pagar balkoni haruslah sekurang-kurangnya 3 kaki atau 1 meter.
3. Pintu ke balkoni sentiasa berkunci, penting untuk penjagaan kanak-kanak
Anak-anak pada masa ini bijak-bijak belaka, malah yang masih kecil sekali pun ada kalanya sudah pandai untuk membuka pintu yang berkunci. Jadi penyelesaian terbaik adalah untuk memasang 2 jenis kunci yang berbeza.
Jika pintu ke balkoni jenis pintu gelangsar atau sliding door, anda boleh meletakkan papan penyelak pada landasan pintu untuk mengelakkan daripada terbuka.
Keselamatan di bahagian dapur
Kebanyakan jenis rumah yang diubah suai atau unit kondo menggunakan susun atur terbuka, menjadikan kawasan seperti dapur mudah diakses untuk semua individu termasuk kanak-kanak.
Jadi pastikan pisau dan peralatan dapur lain diletakkan jauh daripada capaian anak.
Sekiranya perlu, pasang kunci dan selak kalis kanak-kanak (kid-proof lock & latches) pada kabinet dan rak – terutamanya yang menyimpan peralatan berbahaya atau bekalan pembersih seperti peluntur atau semburan beracun.
Gunakan stove guard untuk menutup atau mengunci tombol dapur masakan, pastikan setiap pemegang periuk atau kuali dialihkan ke belakang untuk mengelakkan ia mudah dicapai anak semasa sedang memasak.
Anda juga boleh memasang pengadang sudut pada meja dan kaunter dapur.
Pastikan bilik mandi selamat
Dalam menitikberatkan aspek penjagaan kanak-kanak dan keselamatan di rumah, anda perlu ketahui bahawa bilik air adalah antara tempat berbahaya untuk anak kerana mereka boleh lemas walaupun dalam air takungan yang cetek serta tergelincir.
Anda boleh letakkan tikar getah pada lantai bilik air terutamanya di bahagian pancuran mandian atau tab mandi untuk mengurangkan lantai daripada licin.
Pilih pemanas air yang mempunyai peranti anti-panas atau pasangkan peranti tersebut pada kepala pancuran mandian untuk memastikan kulit anak tidak melecur atau terkena air yang terlalu panas.
Paling penting, jangan pernah meninggalkan anak di dalam bilik mandi tanpa pengawasan.
Bahagian tingkap
Berikut antara aspek keselamatan pada tingkap di rumah, sentiasa pastikan semua tingkap agar:
Tidak dibuka lebih daripada 12.5 cm
Mempunyai selak, kunci atau pengadang tingkap untuk menghentikan pembukaan tingkap lebih daripada 12.5 cm
Hanya boleh dibuka daripada atas
Jauhkan perabot, katil daripada tingkap untuk mengelakkan anak menggunakannya untuk memanjat tingkap
Ajar anak untuk bermain jauh daripada tingkap
Sentiasa awasi anak yang bermain berhampiran tingkap
Lindungi palam elektrik, aspek keselamatan di rumah yang penting
Sikap ingin tahu anak terutamanya yang masih kecil membuatkan mereka akan menyentuh segalanya termasuklah soket elektrik.
Pastikan setiap palam atau soket elektrik dilindungi menggunakan pelindung keselamatan untuk mengelakkan anak daripada memasukkan jari.
Wayar juga perlu dipastikan sentiasa kemas dan tidak berselirat di lantai – jauh daripada jangkauan anak-anak.
Ajari anak aspek keselamatan di rumah
Tip terakhir dalam memastikan keselamatan anak semasa di rumah adalah dengan mengajar mereka mengenai aspek keselamatan dan mematuhi peraturan apabila berada di kawasan dengan pagar balkoni.
Tetapkan beberapa peraturan asas seperti:
Balkoni adalah kawasan terlarang untuk bermain melainkan bersama individu dewasa
Dilarang memanjat pagar balkoni atau perabot yang terletak di sana
Seramai 39 mangsa membabitkan guru dan kanak-kanak dari sebuah tadika yang terperangkap akibat kepala air di Gua Ikan, Dabong dekat sini berjaya diselamatkan semalam.