Keibubapaan

“Sayu Lihat Anak Membesar Terperuk Dalam Rumah” Jadi Ibu Baru Tahu Rasa Peritnya – Nad Zainal

Share

Benar kata Nad, bila mana kita menjadi ibu dan mula menggalas tanggungjawab yang besar, semuanya sentiasa bermain dalam minda seorang ibu untuk membesarkan anak-anaknya.

Apalagi kala terkesan dengan pandemik yang melanda dunia. Kata Nad, dia bukan hanya kesian melihat nasib dua anaknya bahkan kanak-kanak lain yang turut terjejas perkembangan mereka.

Pernah melalui waktu-waktu yang sukar ketika masih bersekolah, namun kata Nad semua itu tidak sama dilaluinya setelah kini bergelar ibu. Terlalu banyak kepayahan yang terpaksa ditanggung kini akibat terkesan dari ancaman Covid-19.

“Pada tahun 1997-98, krisis ekonomi, jujurnya saya tak begitu terkesan…. walaupun saya tahu kedua ibu bapa saya struggle waktu itu, tapi mereka akan pastikan makanan untuk saya tersedia.

“Saya bersekolah seperti biasa, mama tidak bekerja dan mengambil upah jaga anak orang, dan saya?

“Masih selesa, tak ada apa yang kurang, walaupun bila tiba bulan puasa, mama saya hanya makan tauhu sumbat 3 ketul waktu berbuka, dan dia kata ia sudah memadai.

“Dan saya percaya, namun sekarang saya terfikir, betul kah apa yang dia kata? atau hanya menipu saya kerana tidak mahu anaknya risau atau rasa bersalah?

“Lauk ayam goreng diganti dengan ikan bulus kadang-kadang, which i dont mind actually, sedap je and IM HAPPY… walaupun bila difikir kembali.. apalah agaknya orang tua saya bualkan sebelum tidur waktu itu?

“Mesti runsing memikirkan macam mana nak survive,” tulis Nad mengimbau kisah lalu.

Pun begitu setelah bergelar ibu kata Nad, dia mengakui begitu banyak yang terpaksa difikirkan bila mana tidak dapat bekerja dan terjejas pendapatan. Malah pelakon hebat ini juga turut mendoakan agar semua ini cepat-cepat berlalu agar anak-anak kecil kita dapat kembali ke sekolah dan menikmati waktu indah mereka.

“Dan kini..

“Tiba waktu saya pula membesarkan anak dalam situasi sukar ini, dan berharap mereka “tak sedar” akan keperitan yang kami ibu bapa tanggung.

“Saya pasti, semua ibu bapa sayu melihat anak membesar terperuk dalam rumah, ada yang makan ala kadar, pelajaran entah ke mana.

“Di harap 10 tahun akan datang kita mampu mengimbas kembali zaman kegelapan ini dengan senyuman kerana kita berjaya melalu detik hitam itu bersama.

“Cepatlah pandemik ini berlalu,” coret Nad meluahkan rasa di Instagramnya.

 

Semoga pandemik ini cepat-cepat berlalu pergi untuk kita kembali seperti keadaan asal dahulu dan yang paling penting pastinya untuk melihat anak-anak kita kembali ke sekolah tanpa perlu kita mak ayah risaukan dan melihat perkembangan mereka dengan baik.

Menarik: Konon Nak Kumpul Duit Raya Anak Jadi Banyak, Sudahnya Tak Perasan Letak Di Mana, Lebih Baik Simpan Cara Bijak

PA&MA GALA MOMS yang diinspirasikan bersama CETAPHIL, sebuah program Anugerah Digital yang memberi penghargaan kepada 20 mama millennial yang bukan hanya mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial malah memberi inspirasi buat ibu-ibu millennial di luar sana.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Kredit: @nad.zainal

 

Published by
SRM